━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Aku menunggu di depan pintu. Setia menanti pintu bilik itu untuk dibuka dari dalam. Beg sandang disilangkan kemas atas bahu sambil bibir tersengih - sengih teringatkan apa yang berlaku petang semalam. Nafasku mulai menginjak naik memikirkannya.
"Morning" tegurku bersandar ke dinding saat pintu dikuak.
Hayoon menekup mulut yang hampir saja mahu menjerit nyaring terkejut dengan kehadiranku pagi - pagi lagi. Dia menghentak kaki manja membantah membuatkan aku tertawa.
"Kau pergi sekolah dengan siapa pagi ni ? Pergi dengan aku nak ?"
Laju kakiku berjalan mengikut rentak langkah dia ke tangga. Hayoon menundukkan kepala malu menambahkan lagi sengihan wajah. Sambil menuruni tangga persoalan yang sama diulang berkali - kali sengaja mahu menyakatnya. Mahu melihat lagi senyuman segan itu sepuas hati.
"Saya pergi sekolah dengan Jeonhwalah. Siapa lagi ?" jawabnya sebelum meninggalkan aku sendiri dan berjalan ke dapur. Aku masih taat mengekori.
"Hm, tak payahlah pergi sekolah dengan Jeonhwa. Pergi dengan aku nak ? Kita naik motor ?"
Kami duduk berhadapan di meja makan. Hayoon terkaku seketika lalu menggeleng dengan senyuman kecil. "Tak naklah. Sunbae bawak macam orang gila" lidahnya dijelirkan.
Aku menjeling kecil melihat dia tertawa.
"Orang yang kau panggil gila ni yang kau jatuh cinta kan ?" mulutku menjuih kearahnya yang sedang membundarkan anak mata selepas mendengar pengakuan separuh mati itu. Dia kalut meletakkan jari ke bibir sambil melihat kiri dan kanan. Terlihat risau sungguh kalau ada yang terdengar.
"Ey, kenapalah saya cakap macam tu dengan sunbae semalam. Berlagak jugak eh sunbae ni ?" soalnya konon kesal dengan sikapku. Tak hairan dengan gelagatnya, aku menongkat dagu menunduk lebih rapat ke hadapan hingga mata kami bertatapan.
"Sorry, sayang. Kalau jatuh cinta dengan aku tak boleh refund "
Menyerbu merah seluruh raut cantik itu. Senyumanku melebar lalu berubah pada tawa kecil. Dia terus menunduk menyapu krim pada roti bakarnya manakala aku masih menongkat dagu tak mahu berkalih. Terkebil - kebil mengharapkan dia mendongak sekali lagi supaya mata kami dapat bertentangan semula.
"Nak jugak roti boleh ?"
"Buat sendiri"
"Hm, tangan aku sakit angkat kau semalam dari kelas ke bilik rawatan"
"Siapa suruh ? Padan muka"
Makin dia gelabah makin aku suka menyakat. Hayoon cuba menyelaraskan tangannya yang tak keruan mahu meletakkan sudu ke mana. Aku mengambil kesempatan tersebut menyambut sudu dari tangannya. Tersentak juga reaksi dia selepas tangan kami bersentuhan.
YOU ARE READING
𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 | 𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...