━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Pagi ini senyap di meja makan. Aku diam membatu manakala si dia juga sepi menyuap roti ke dalam mulut. Masing - masing hanya fokus pada pinggan tidak mengangkat kepala.
"Mingyu, petang ni eomma keluar dengan appa kamu. Ada hal sikit" aku mengangguk pendek.
Tak tahu hendak membalas apa selepas keaadan kekok antara kami berdua.
Hayoon kelihatan seakan menjauhkan diri dari aku. Semakin keliru sama ada ini salah aku atau dia ?
"Hayoon pergi dulu, aunty" dia bangun mengangkat beg pergi.
Tak menghalang kali ini, aku cuma menghantar pandangan jauh kemana bayang miliknya menghilang dari mata. Eomma menepuk bahuku geram.
"Kamu buat apa dekat Hayoon ? Sembap je mata dia eomma tengok. Malam semalam pun macam itu juga" eomma mengetap bibir.
Aku mengangkat kening. Eh, salah aku ke ?
"Mana buat apa. Dia yang tiba - tiba jadi macam tu. Bukan salah Mingyu" rungutku walaupun menipu.
Eomma memeluk tubuh sambil mendatarkan kelopak matanya. "Kamu jangan nak tipu eomma. Kalau eomma tahu kamu buat apa - apa dekat Hayoon, siap kamu tau !" jarinya mengecil membentuk cubitan.
"Ish, tak adalah !"
Tak mahu disoal siasat lagi, aku pantas bangun membawa beg melarikan diri meninggalkan eomma dengan bebelannya seorang di dapur sama. Dari jauh kedengaran jeritan marah dari wanita tersebut tetapi aku pekakkan telinga sahaja.
Telefon bimbit dibawa keluar apabila terasa getarannya.
Nama Seungkwan terpacul selepas aku menghidupkan skrin telefon.
Seungkwan Tangerine
Pakcik, jangan lupa harini
kita nak lepak dekat pc bang
kau jangan nak buat alasan
kucing nak beranaklah, nenek
nak bersilat ke apa.Aku silat kau nanti.
Langkahku terhenti sewaktu melihat bayangan dua orang gadis berdiri tegak di depan pagar. Helmet di tangan diletakkan atas kerusi motor pelik.
Dah kenapa dia berdiri tercegat dekat situ ?
"Sunbae !" Jeonhwa teruja memanggilku sambil melambai - lambai suka.
Aku mencuri pandangan ke arahnya. Jelas berkerut seperti tak rela berhadapan dengan aku lagi.
Besar sangat ke salah aku sampai dia nak benci macam tu ?
YOU ARE READING
𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 | 𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...