" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? "
Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Langkahku ringan menghayun masuk ke dalam ruang tamu rumah selepas menutup pintu. Sambil bernyanyi - nyanyi kecil, aku menggoyangkan bahu teruja.
Bukan selalu nak acah K - Drama macam ni. Dalam rumah je mampu nyah.
"Hayoon, balik dah ?" tegur Puan Kim muncul dari dapur.
Aku terkaku diam malu. Malu kerana perangai gila ini dilihat orang. Senyuman manis terukir di bibir wajah wanita tua tersebut. Dia menggeleng perlahan sambil tertawa halus membuatkan aku ikut menyeringai segan.
"Haah, dah balik aunty. Baru je tadi. Aunty buat apa dekat dapur ni ?" ramah pula mulut ini mahu berbicara.
Puan Kim berjalan keluar ke ruangan makan membawa beberapa potong kek coklat. "Ini ha, aunty ada buat kek sikit. Kamu cubalah rasa. Nanti aunty nak bagi dekat uncle kamu pulak"
Wanita itu mengangguk mengerti. Aku mempamit diri ke tangga pantas. Tak mahu membuatkan dia menunggu lebih lama lagi. Kasihan duduk di rumah besar ini seorang diri di waktu kami keluar, pasti sunyi.
Tapak kaki aku baru mendarat ke lantai tangga kedua, Puan Kim membuka mulut lagi.
"Hayoon, lupa pulak aunty nak cakap. Surat mama dan papa kamu dari Europe dah sampai ke sini. Ada atas meja sana" laungnya mendongak kearahku.
"Surat ?"
Puan Kim mengangguk. "Iya, surat. Lepas kamu semua berpindah, mama dan papa kamu selalu hantar surat ke sini. Nak buat kenangan. Gambar kamu dari kecil sampai besar pun mereka hantar tau. Ada Mingyu simpan dalam bilik dia. Hendak dibuat apa entahlah"
Larianku ke arah meja yang ditujukan tadi terhenti. Lambat - lambat aku berkalih buntu.
"Gambar Hayoon dari kecik ? Dia yang simpan ?"
Kenapa dia yang simpan ? Dia kenal aku ke ?
"Biasalah tu. Kamu dengan dia kan bersahabat dari kecil. Tunang olok - oloklah katakan" sengaja Puan Kim mendatarkan nada suaranya menyakat aku.
Tapi ianya tidak terkesan. Langsung tidak.
Laju saja kakiku melangkah naik tangga meluru ke tingkat atas. Aku menghalakan kaki ke bilik lelaki tersebut dengan dada yang berombak.
Pintu bilik dibuka tanpa mengetuk terlebih dahulu. Almari bukunya diterjah buat mencari sesuatu yang mungkin dapat menerangkan lagi perasaan bercelaru ini.
Puk !
Sebuah kotak sederhana besar berwarna merah baldu terjatuh entah dari mana menarik perhatian. Kertas - kertas yang mempunyai tulisan ala - ala klasik menjadi tatapanku buat seketika.