Chapter 1

14 4 0
                                    

Actually not believe I gonna post a new story. This one I keep since highschool but not feeling to publish it. So don't expect to much. Peace :p

• • •

"Kenapa? Kenapa hari ni?? Aaaaaah!! Aku ingatkan period aku lagi 2 hari! Kenapa dia datang awal bulan ni??" Aduku sebaik sahaja keluar dari bilik air. Selalunya period aku awal bulan baru... Tapi tiba-tiba 2 hari awal. Kenapalah agaknya, Aku stres sangat kot?

Padan la rasa tak sedap je buntut aku, nasib baik aku check. Harap-harap ibu ada simpan stock dalam bilik dia sebab aku punya lupa nak refill...

"Takde! "

Sudah diselongkar setiap kabinet ibu tapi sebungkus pad pun aku tak jumpa. Alamak habislah aku... Macam mana aku nak survive malam ni??

Jam di dinding ditilik, sekarang dah nak masuk 10 malam. Kalau aku keluar sekarang, agak-agak kedai runcit makcik Leha bukak tak eh? Kalau tak aku kena pegi 7eleven la jawabnya. Tapi 7eleven jauh...

"Ahh! " Tak boleh tak boleh tak boleh! Perut aku- urgh- aku rasa nak mati

Hoodie putih disarung cepat. Tanpa menutup lampu, aku terus lari pantas ke kedai makcik Leha. Tak kira lah apa pun, aku kena makan Painkiller. Sengugut ni membunuh aku!

• • •

"Terima kasih makcik! "

Makcik Leha hanya tersenyum kepadaku. Nasib baik aku sempat sampai sebelum makcik tutup kedai. Kalau tak aku kena cross jalan besar nak lintas pergi 7E.

Beg berisi pad night Comfort dan sedozen ubat tahan sakit digoncang. Tangan mencapai sebatang ais krim vanilla kegemaranku. Teringat aku sewaktu ibu dan ayah meninggalkan rumah.

Minggu ni kali pertama aku hidup bersendirian. Kali pertama juga ibu dengan ayah terpaksa kerja outstaiton di luar negara. Aku tau diorang risau fasal aku... Tapi aku dah nak masuk 20! Aku boleh jaga diri sendiri. Lagipun, apa yang aku buat lepas habis paper SPM selalunya duduk kat rumah tengok kdrama. Aku pun nak pergi cari kerja, ambil lesen, lepak dengan kawan-kawan...

Kawan.

Aku tak rasa aku ada kawan dah. Apa yang aku ada sekarang ialah diri sendiri.

Nah. Rasanya salah aku jugak. Sebab setiap kali diorang Ajak keluar, aku bagi banyak alasan. Semuanya sebab nak spend masa cuti aku dengan Kdrama dengan movies. Rasanya alasan aku makan diri sekarang.

Aku melihat langit malam yang disinari dengan cahaya bulan mengambang. Entah kenapa, aku boleh bayangkan bulan tu macam aku. Sorang-sorang dia aje kat langit tu. Dia tak sunyi ke? Bintang satu pun takde nak teman dia. Kesian dia.

Itulah pendapat aku tiap kali tengok bulan. Sebab tu bila aku free(basically sepanjang masa) aku teman dia Kat balkoni. Mungkin sebab ibu ayah aku selalu kerja lewat malam, dengan takde adik beradik, hidup aku jadi sunyi. Sikit.

Aku mengelamun lama sangat. Aku tak sedar hujan dah menitis sikit-sikit. Langit malam membuatkan payah nak tau langit dah nak hujan.

Aku segera berlari ke rumah. Dengan tangan diletak di atas kepala, aku mencari kunci rumah di dalam poket sebaik sahaja berdiri di depan pintu.

"Adu.. Habis basah...kena cepat tukar pad nant—" Tangan aku berhenti bergerak. Hati aku berdegup laju sewaktu melihat pintu rumah yang sedikit terbuka.

Aku cuba berfikir positif. Mungkin aku lupa tutup pintu? Aku lari keluar tak tengok belakang pun. Lampu pun aku lupa tutup.Takkan ada orang merompak kat kawasan ni kan? Tempat ni penuh dengan high Security kot. CCTV merata-rata kat tiang lampu...

"CCTV tu rosak..? " Aku berbisik sendirian. Ha sudah. Lain macam ni. Okay rileks hati, rileks!

Bahagian dadaku ditampar kuat.

Okay. Okay. Kau budak pandai. Cuba fikir apa nak buat sekarang. Jangan jadi bodoh macam main character dalam cerita hantu kau tengok. FIKIR!

Call polis! That's right! Polis. Haha! Aku tak bodoh lagi! Ambil kau orang jahat, aku campak korang dalam lokap! Poket diseluk untuk mengambil telefon bimbit. Air mata tertubir di hujung mata. Rasa nak tampar diri sendiri sebab malang tidak berbau, fon aku kat dalam rumah. Argh!!! Helep me!!! Apa aku nak buat sekarang?!

Aku tau! Mintak bantuan orang. Pfft- of course aku tau tu. Apa kau ingat aku nak pergi karate perompak tu? Haha... Manada.

Aku segera ke rumah sebelah yang lebih kurang sama saiz dengan rumah aku. Butang loceng hampir ditekan sebelum aku berfikir lagi sekali. Macam mana kalau aku yang lupa kunci pintu? Macam mana kalau takde orang pun dalam rumah aku? Tapi CCTV tu rosak- macam mana kalau CCTV tu memang rosak? Kau apa tahu? Kau tak pernah keluar rumah.

Otak overthinking aku sangat tak membantu sekarang. Cuba jadi function sekali?!

Kalau betul pun, macam mana kau nak cakap dengan jiran kau? Cakap dengan kawan kau pun macam keling! Nak cakap dengan orang tak pernah jumpa? Hmph aku rela kau karate perompak tu.

Eyy bodonye overthinking aku. Kau nak sangatkan aku karate perompak tu. Haa kau tunggu aku pegi karate!

Tanpa fikir dua tiga kali, aku pecah masuk rumah sendiri. Payung di sebelah ku baling ketepi, hanya tempat sangkut payung aku heret bersama sebagai senjata sementara. Sedar atau tidak, ku hanya seorang gadis. Tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki. Atau lebih.

Tiba-tiba, aku nampak bayangan datang dari arah dapur. Tanpa menunggu lama, aku meluru ke arahnya dengan tempat sangkut payung dihayungkan tepat ke kepalanya.

"Aduh! " Suara garau seorang lelaki mengadu sakit sebelum dia tersembam jatuh di atas lantai dapur. Tangannya memegang kepala yang mengalirkan darah. Tanpa sesaat terus dia menerkam ke arah aku dengan kelajuan aku pun tak dapat bagi reaction sepatutnya.

"ARGHHHH!!! KENAPA KAU TAK PENGSAN?! GRYAHHH!!" aku terjerit-terjerit takut sambil tanganku mengetuk-ngetuk seluruh badannya dengan kuat.

Aku terduduk kaku di belakang kabinet dapur. Mengintai tubuh yang sudah pengsan dipukul oleh aku. Aku menarik nafas lega apabila tubuh itu sudah tak bergerak. Finally!

Okay now what? Aku tak boleh tinggal dia kat situ. Ah polis! Aku segera berlari naik ke bilik aku di mana aku letak telefon. Sebaik sahaja telefon ditemui nombor talian kecemasan didial serta-merta.

"Beep... 999 apa kecemasan anda? " Talian disambung.

"He-helo! Uhm- Ada perompak pecah masuk rumah saya. Aah-! " Tangan sebesar kepala ditekap pada mulutku. Bau darah yang segar menusuk-nusuk hidungku. Jantung aku berdegup laju sambil tanganku sibuk melepaskan diri dari tangan besarnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya aku sekarang.

Telefon aku yang terjatuh di lantai dikutip oleh dia lalu dimatikan telefon sebelum dicampak jauh dari aku. Gambar wallpaper ibu dan ayah adalah benda terakhir aku lihat sebelum ia lesap dari pandanganku.

"Mmph! Emphh- ! Nngh—!" Air mataku mengalir dari tubir mata. Tangan yang menutup kedua-dua laluan pernafasan aku menyebabkan aku payah nak bernafas. Seluruh tubuh aku dah penat memberontak. Kekuatan wanitaku tidak dapat melawan walaupun hanya sebelah lengan lelaki ini.

Aku cuba mendongakkan kepala untuk melihat wajahnya dari sipi-sipi cahaya lampu koridor. Entah kenapa mukanya seperti pernah nampak tapi aku tak ingat kat mana.

Wait.

Jiran??

Tbc.

Hi Im back. Idc you enjoy or not. This story are just for Fun. See yah!

The Siren's VoiceWhere stories live. Discover now