Aku berusaha menghayunkan kaki walaupun kaki aku tak bersentuhan dengan darat. Sehinggalah dia hilang imbangan dan jatuh ke belakang.Aku mengambil peluang itu dan melepaskan diri dari genggamannya. Aku mengesot jauh dari dia dan cuba bernafas semula.
"Koff- koff-! Urgh..."
Tangan meraba-raba meja disebelahku, cuba mencapai senjata untuk pertahanan diri. Sebatang pen diambil lalu diajukan ke arah lelaki yang terduduk di depan almari aku.
Aku tak ingat bila. Tapi psycho ni tak lain tak bukan jiran sebelah rumah aku. Baru tadi aku nak mintak tolong dia, sekarang dia dalam rumah aku. Perompak tu jiran aku sendiri!
"K-kau buat apa kat rumah a-aku? Ma-macam kau masuk rumah aku?! " Tanyaku dengan tangan yang bergetar-getar.
Seingat aku, aku nampak dia sekali dua aje tu pun waktu kami sekeluarga keluar berjalan. Sebab aku tak keluar sangat tapi aku ingat muka dia. Rambut hitam lebat, mata yang coklat terang lagi-lagi disinar bila matahari. No, aku takkan cam dia kalau pasal tu. Yang buat aku recognize
dia sangat sebab taik lalat bawah mata dia. Taik lalat yang nampak perfectly complete pada mukanya. Mata aku tidak beralih dari dia.Diam je dia ni...?
Lah. Dia pengsan balik.
Aku cuba mendekati dengan berhati-hati. Jari telunjuk dibawa ke hidungnya yang mancung. Hembusan halus terasa.
"Hahh... Hidup lagi. "Aku meletakkan pen ke tepi. Kemudian bangun nak buka lampu bilik. Cuak dia lain macam bila kau lalui scenes dalam movie-movie thriller tu sendiri.
" Ah... "Kakiku menjadi jeli. Takut dia tak boleh bawak bincang. Segala tenaga aku hilang dari badan. Aku melihat jiran aku yang tak jauh dari aku. Apa dia nak dari aku? Kenapa dia boleh masuk rumah ni? Apa aku nak buat ni... —Ah tandas! Aku kena tukar pad!
Fikirku lalu berlari terus ke tandas.
• • •
" Ketat tak eh? Macam ketat... Sakgi tak bernafas lak jodoh orang."Tali usang dari basement digunakan untuk ikat jiran aku sendiri. Haha... Kenapalah tiba-tiba jiran aku ni orang jahat? Sebab, muka tu macam orang berkerjaya. Kereta pun Mercedes kot. Dah lah handsome, tah tah dah ada makwe. Eh, umur berapa dia ni? Muda lain macam. Aku rasa sejak sekolah rendah lagi muka dia tak berubah.
Wait, Fine wine? Damn. Makwe dia lucky.
Teringat cerita The Maze Runner. Sorang tu nama dia Thomas Brodie-Sangster. Lebih kurang macam tu la tapi rambut dia hitam arang. Hidung mancung, muka flawless. Damn, kalah aku. Insecure la gini.
Wow... What a nice eyebrow...
"GRAYHHHH!!! " Terjerit kuat aku tengok dia terbuka mata. Gila! Aku tak perasan slot mata dia macam tu! Mata separuh buka tu... Aku ingat dia tidur! Dia tak perasan kan aku sentuh-sentuh muka dia? Sakgi dia marah lak kata aku naikkan jerawat kat muka dia.
Eh kesah lak aku. Aku nak serah kat polis dah pun perompak durjana ni! Pandai-pandai lah kau cari safi Rania gold kat penjara.
Telefon diambil. Nombor kecemasan yang sama didial semula. Kakiku 5 kali tapak jauh dari lelaki tu. Langkah berjaga-jaga.
"Helo polis... Ni ada perompak ni pecah masuk rumah saya. Yang tadi saya call tu. " Segera dilaporkan pada polis sebaik sahaja talian disambungkan.
"Hahh? Mana ada saya gurau! Betul lah! Ada perompak dalam rumah saya! " Aih polis ni? Pehal yang kau persoalkan mangsa kejadian ni? Ada ke cakap kita gurau?
YOU ARE READING
The Siren's Voice
DiversosTW : 16+, CURSE WORD, BULLY , ANXIETY AND ETC⚠️ Suara yang tidak pernah didengarkan... Hanyut dalam delusi sendiri... Capai bintang di langit.. Sudah 2 tahun sejak peristiwa itu berlaku, dia cuba melupakannya tetapi peristiwa itu masih kekal di d...