Chapter 3

2 2 0
                                    


Sejak kejadian memalukan dalam sejarah hidupku itu, aku tak pernah keluar rumah. Jangan cakap rumah, bilik pun aku tak keluar!

Dah cukup seminggu ;10 hari sejak ibu dengan ayah pergi 'business trip' acah acah diorang. Sepatutnya diorang sampai hari ni. So, sebagai satu-satunya anak yang masih menganggur. Tugas aku lah nak pergi kutip diorang kat airport ni.

"Hahhhh... " Aku mengeliat puas. Rasa macam tulang-tulang aku dah mereput bila tak bergerak sepanjang minggu. Sejak kes 'pecah masuk' haritu, otak aku jadi makin blur. Dah lah last guna otak bijak aku waktu study ujian memandu 2 tahun lepas. Hanya plot twist Penthouse je boleh bagi otak aku berfungsi balik.

Usai mandi, sehelai jacket berwarna biru denim diambil lalu disuaikan dengan t-shirt hitam didalam dan seluar slack hitam. Rambut diikat malas kemudian disembunyikan di bawah topi Nike hitam. Bedak baby johnson disapukan ke muka sebelum ditutup dengan pelitup muka dan kaca mata sebesar gajah.

Aku tengok diri aku dalam cermin. "Waahh~ boleh lah. "Kataku sambil menguap besar di bawah pelitup muka. Aku mengambil kunci kereta Porsche yang dihadiahkan khas untuk aku semperna tamat sekolah menengah yang sudah terang berhabuk. Aku rasa last guna kereta ni time jadi driver Outing dengan kawan-kawan yang entah wujud ke tak sekarang. Yeah, lebih kurang 2 tahun lepas.

Don't worry. I still got the skills. Heh.

Pintu dibuka dengan bergaya. Duduk dengan bergaya. Start kereta dengan bergay—

"Eh? Kenapa tak hidup? " Aku try lagi sekali. Tetap tak jadi. Ha sudah, pehal lak kereta aku ni? Tak pernah-pernah buat perangai. Jangan main-main Porsha kesayanganku. Aku tak rela nak melepaskan kamu lagi!

"Nak pergi mana? "

"GRAYHHHH!!! " Hampir terkeluar jantungku apabila suara garau seseorang menegurku. Tanganku dengan refleksnya menekan hon kereta kuat. Ni kalau taman sebelah dengar pun aku tak terkejut. Tebal dah muka aku nanti ni, ni malas nak keluar rumah ni.

Aku menjeling siapa saja yang tegur tak bagi salam tu. Ni mau aku kat luar kereta ni dah setepek dah muka dia aku baling.
Biasa ah refleks. Nak cakap apa. Signal tak sampai kat otak, sekali trigger dia gerak terus. Tak tunggu apa dah.

Mataku hampir terkeluar bila terlihat muka yang familiar itu. Aku melarikan mataku cepat, kunci dicabut dan segeraku lari masuk ke dalam rumah semula. Jantungku berdegup laju. Tiba-tiba aku teringat kejadian hari tu,
kepalaku terasa panas semula.

Aku mengintai dia dari tingkap. Kain langsir digenggam erat. Mukanya yang confused itu menambahkan lagi bahang di muka. Dia kemudian menyeluk telefon dari poketnya menunjukkan ada panggilan masuk sebelum membuka kereta Mercedes miliknya.

"Dia dah blah dah? Nasib baik... "Aku menarik nafas lega sebelum keluar semula dari rumah. Mata meliar sekeliling. Nice dia dah takde.

Aku menuju ke Porsha kesayanganku. Teringat yang kereta ni tengah buat perangai, aku cuba check enjin kereta di depan tapi hm, aku yang tak tahu komponen kereta atau kereta ni memang bugel?

Tak boleh jadi ni. Aku ambil telefon dalam poket kemudian Search enjin kereta. Haa betul lah, bukan setakat enjin, semua komponen penting dalam kereta semuanya hilang. Jap...

Aku check tayar kereta yang terang-terangan ada empat tayar kan?

Takde!

What happened to you, my PORSHAAA??!!

HONN!!!

"GRAHHHH!!! " Nak terkeluar anak tekak aku. Jantung dipegang. Wow, sungguhku penat asyik terkejut nak mati. What??Apa lagi?! Siapa pulak yang cari pasal dengan aku ni??

Aku menoleh ke arah bunyi hon itu. Sebuah Mercedes berhenti tepat di depan rumah aku. Air liur ditelan.

Tingkap kereta diturunkan. Wajah kacak lelaki itu muncul disebalik cermin tintted gelap itu. Cermin mata hitam ditanggalkan. "Naik. "Arahnya tanpa menerangkan apa-apa.

" Huh? W-why? "Aku tanya kembali. Datang dari mana, Tiba-tiba suruh orang naik kereta dia. Tak ke Tiber tu?

" Kau nak pergi airport kan? Jom naik sekali. "Ajaknya lagi. Pintu kereta dibuka dari dalam. Menjemputku masuk.

Otakku ragu-ragu tetapi pergerakanku tidak. Otak aku dah list-kan banyak posibility buruk yang bakal berlaku kalau aku masuk kereta tu,tapi hatiku mengiyakan semuanya. Aku sentuh Mercedes dengan tanganku. Hatiku tak boleh tahan tapi berlonjak gembira.

I mean siapakah aku nak tolak Front seat Mercedes Benz ni kan? Dah lama aku usha kereta sebelah rumah ni, tak sangka aku finally dapat naik! Vintage vibe pulak tu! I loike!

• • •

Ni dah nak sampai airport ni, aku baru teringat sesuatu. Macam mana dia tau aku nak pergi airport? Aku tak bagitau apa-apa pun? Dalam kereta pun dia tak cakap apa-apa. Aku pun sibuk sangat menghayati Mercedes Benz vintage type ni aku tak perasan dah nak sampai!

"Macam mana a-awak tau saya nak ke airport? " Tanyaku ragu-ragu. Sebenarnya, aku tak pernah sekali pun teringin nak guna awak-saya. Selama ni aku guna aku-kau dengan classmate lelaki aku, abang aku, kawan kepada abang aku... Mana-mana stranger lelaki yang aku rasa perlu pakai aku-kau sebab diorang deserve but mostly sebab aku jarang cakap dengan lelaki. I rather hide or runaway or cakap aku bisu dari adakan perbualan dengan lelaki.

Tapi sebab aku buat jahat kat abeh sebelah ni; tuduh dia macam-macam, pukul dia sampai nak mati, dah lah tak mintak maaf, gila buat malu je.

Lagi satu, sebab terang-terangan dia ni tua dari aku. So, let's be wanita matang for once.

Aku tak berani bertemu mata dia dengan dia, so aku tengok keluar tingkap kot-kot ibu dengan ayah ada kat mana-mana. Tapi dia tak jawab eh? Dia palau aku ke siot? Aaaa... Ibuuu helep meee! Tira benci awkward silence!!!

Kereta diberhentikan, aku melihat dia mematikan enjin sebelum keluar dari kereta. Dah lah tak cakap apa-apa, sekali dia bagi bombastic Side Eye pulak kat aku!

"Kau tak nak keluar ke apa ni? "Tanyanya dari luar tingkap.

" Huh? Ah, nak nak! " Aku segera keluar dari kereta idaman itu sebelum ia dikunci oleh lelaki tu. Aku hanya mengekori dari belakang mengikuti masuk ke dalam tempat menunggu. Bila difikirkan balik, aku tak tahu pun nama dia. Ni nak panggil apa ni? Bro? Bradeh? Man??

Dude??

"Weh, nama apa, nama? " Dengan santainya aku menarik lengan bajunya. Memaksa dia berhenti dan menoleh kepadaku. Riak wajahnya yang sangat jelas tak kisah akan kehadiran aku dan terus berjalan ke pintu checkout.

"Okay... Rude. Awak tunggu siapa? " Cubaku lagi, aku memang nak tau kenapa dia heret aku sekali pergi airport. Kalau dia bawa aku datang sini, macam mana aku nak angkut ibu dengan ayah balik? Kalau dia tunggu kawan dia ke, keluarga dia ke, tak ke penuh kereta Mercedes-Benz tu nanti? Bukannya Avanza ke SUV ke apa ke!

Sekali lagi dia palau aku. Okay! Dah lah mereng, aku Give up. Aku order grab je lah balik sakgi. Lantak ah, ibu ayah nak cakap apa. Lagi cepat aku cari diorang lagi cepat aku blah dari tempat melemaskan ni.

Dah 15 minit kami tunggu di pintu checkout customer, akhirnya bayang ibu dengan ayah muncul di sebalik ramai-ramai pelanggan dari pesawat yang sama. Dengan beg bagasi sebesar gajah- apa tu? Tu semua cenderahati? Apa banyak sangat? Aduuh... Aku kena order lori ni mana muat nak letak dalam grab

Oh nasib baik bukan. Man, that Guy is big.

Lama sangat ke aku tak jumpa diorang ni? Pehal tiba-tiba rasa sebak eh hati ni? Seminggu bukan lama sangat pun, tapi oh rindunya orang tua aku ni... Aku nak peluk diorang!

Tanpa ditunggu-tunggu, aku berlari ke arah mereka. Tangan didepakan seluas-luasnya seakan aku dapat memeluk awan di langit. Air mataku tanpa sedar mengalir sebak. Tak pernah aku rasa sebak macam ni lagi-lagi dengan ibu ayah sendiri.

"Ibuuuuu!!!Yahyahhh!!! "Aku jerit sehingga ke anak tekak. Time macam ni lah, aku tak rasa malu, tak takut, tak kisah sebab apa? Sebab orang penting aku ada dekat sini! And diorang akan sokong aku hilang ke akhir hayat!

"KIERAN !!! "

Tbc. Too long.

The Siren's VoiceWhere stories live. Discover now