Chapter 4

2 1 0
                                    


"IBUUUUU!!! YAHYAHHH!!! "

"KIERAN!!! "

Eh?

"Oh...Kieran, kamu ni makin membesar ke? Baru seminggu kami tak jumpa kamu. Rindunya ibuuuu! "Ibu mencuit-cuit bahu lelaki itu dengan selesa bersama senyuman seluas lautan dicampakkan kepadanya.

Ibu?!

" Kamu datang sini nak kutip kami ke? Anak ayah! Tak perlu pun takpe, kami boleh balik naik grab aje! Tapi dah alang-alang dekat sini, Jom lah ayah belanja sarapan pagi sekali. Ayah tau kamu tak makan lagi kan? Kan? "Ayah memeluk erat bahu anak angkat barunya seperti dia anak kandung sendiri.

Ayah?!

Aku memandang ayah tak percaya. Setahu aku lelaki tu sangat Strict nak mati. Even abang aku tak dapat layanan kasih sayang macam tu! Ayah aku ke ni?!

Lelaki yang bergelar Kieran itu dijeling. Jeling hingga berlubang kepalanya seraya aku menapak laju ke arah Happy family yang mencuri perhatian satu airport!

Aku dapat rasakan mata-mata memerhati kami. Aku dapat rasakan mata-mata diorang kat aku! Apa yang diorang fikir? Mesti diorang ingat aku ni anak angkat ibu dengan ayah. Diorang ingat aku ni anak pungut ke? Tak cukup kasih sayang? Melebih-lebih? Aku tak penting? Aku tak normal? tak cukup? Aku tak- tak- tak—

"Saya datang dengan Atira. " Matanya meliar mencari aku. Melihatkan aku hanya tercangak disitu berpeluk tubuh. Mukanya berubah. Peluh dingin mengalir ke seluruh tubuhku dan badanku mula bergetar .

"Atira? Tieya? " Ibu berpusing ke arah aku. Mukanya berubah pucat sebelum menghampiri aku. "Sa-sayang?" Dia memelukku. "Tieya datang nak ambik kami ke? Awwwhh sayang ibu...ibu bangga!" Katanya lagi dengan air mata hampir terkeluar dari matanya.

Ayah hanya berdiri di situ, memerhatikan kami.

Aku menolak ibu. Boleh naik lemas aku kalau ibu Start peluk. "Kenapa? Terkejut? Saja Tieya nak buat surprise. Tengok-tengok Tieya yang surprise, Tiba-tiba Tieya dapat abang angkat. "Balasku dengan senyuman sinis yang sedaya upaya cuba dikurangkan. Takut terasa ibunya nanti. Nanti dia ingat aku jealous.

Aku berjalan melepasi ayah dan 'Kieran'. Aku merenung dalam ke otak psycho dia tu. Sekarang kau nak ambik ibu dengan ayah aku? Macam tu kau nak main?

" You're. "

"Dead."

Kataku menggunakan isyarat mulut. Aku salam ayah dan terus pergi dari situ. "Tieya? Tak nak balik sekali? " Tanya ibuku risau.

"Takpe Bu, kereta penuh. Tieya balik naik grab je nanti. Bye Buu, bye yahyah! " Lambaiku dengan senyuman manis yang kemudian bertukar gelap sebaik sahaja ibu ayah hilang dari pandangan. Jelingan terakhir diberikan kepada Kieran sebelum aku keluar dari airport.

• • •

"Ibu terkejut kamu datang dengan Tieya. Kamu buat macam mana bagi dia ikut sekali? " Tanya ibu selepas bagasi dimasukkan ke dalam bonet kereta. Ayah duduk di belakang memberi peluang kepada ibunya untuk bersembang dengan 'anak angkat' mereka.

"Saya... Ajak dia. " Jawab lelaki itu. Sepatah.

Ibu dan ayah bertentang mata. Jelas sekali wajah mereka terkejut. "Macam mana? Macam mana kamu ajak?" Tanya mereka lagi.

Kieran hanya diam. Sesungguhnya, dia pun tak faham dengan mereka sekeluarga. Tapi satu perkara dia perasan, ialah betapa takutnya muka gadis itu tadi. Dia berpeluk tubuh sambil merenung kasutnya. Matanya meliar sekeliling seperti sesuatu menganggunya.

"Tau tak. tie—Atira anak ibu tu... Well, dia tak suka kami cerita masalah dia dekat orang lain. Lagipun hanya kami saja yang tahu. " Ibu tiba-tiba bersuara melihatkan Kieran yang diam.

"Puan tak bagitau saya pun takpe. Saya tak kisah. " Balas Kieran. Tanpa dia sedar, jauh di sudut hatinya ingin tahu sikit-sikit akan gadis itu.

"Ye-ye lah. Mungkin lebih baik dia bagitau sendiri dekat Kieran. "Sambung ibu. Mulutnya berat untuk bercakap tetapi hatinya ingin memberitahu lelaki itu semahu-mahunya. Dia dapat rasakan lelaki itu dapat membantu anak perempuannya yang satu itu.

Kieran teruskan memandu disambungkan dengan perbualan kosong sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

• • •

Ramen samyang Carbonara sebekas diambil bersama sekotak susu HL diambil dari kedai 7eleven. Barangan itu kemudian dihempas di atas meja kaunter bersama dengan duit yang cukup. Sementara mulutnya tak habis-habis mencarut yang bukan-bukan.

"Woah... Bad mood. Period ke? "Tanya kawan rapatnya, Ashiela.

" Hah? Ta-tak ah manada. "Aku mengambil ramen tadi dan meletakkan air panas ke dalamnya. Aku duduk di tempat duduk yang disediakan sambil menunggu ramen aku untuk terbang.

" Tak nak cerita ke beb?" Tanyanya lagi sambil membuka air tin Nescafe lalu diteguk.

Aku menoleh kepadanya dan tin tu. Dahiku berkerut. "Kau shift malam jugak ke? " Tanyaku lagi, Cuba menukar topik.

"Oh. Haah." Dia membuang tin air itu ke dalam tong sampah selepas habis minum.

"Berapa lama dah kau shift malam? Kenapa tak bagitau aku? Kalau kau tak cukup duit lagi aku boleh tolon—"

"Aku tak nak duit mak bapak kau. " Potongnya. Dia duduk di sebelah aku. Melihat langit petang bertukar gelap. Cahaya lampu kereta dan bangunan-bangunan mula mengantikan bintang di langit.

Aku terdiam. Mata mengerlingnya di sebelah. Kemudian ke luar tingkap kedai.
"Masalah kewangan aku bukan masalah kau, Tieya. " Sambungnya lagi.

Aku mengabaikan dia dan teruskan makan. Ashiela kawan sekolah menengah aku. Panggil Shiela. Bapak dia lari, tinggalkan hanya hutang yang melambung-lambung. Mak dia pulak mati awal. Suicide sebab heartbroken. Sekarang Shiela tinggal dengan adik perempuan dua orang. Hanani dan Najwa.

Shiela lah satu-satunya anak sulung yang dah cukup umur untuk bekerja, dia terpaksa tanggung keluargannya yang serba kekurangan. Dengan hutang bapaknya lagi, so, pagi sampai ke malam dia tak berhenti bekerja untuk bayar balik semua hutang.

"And, ni bukan pasal aku. Aku tanya pasal kau. Kenapa dengan kau dari tadi maki hamun kalah Mak aku. "Tanya Shiela kepadaku. Aku tau dia risau walaupun mukanya pamerkan sebaliknya.

" Nah... Too annoying to remember. So, malam ni kau tak free lah?" Nafiku. Ramen dan susu yang habis dibuang di tong sampah yang disediakan.
Sejujurnya, benda yang terjadi tadi sangat tak matang. Aku patut biarkan aje. Lagipun, bukannya aku nampak selalu laki tu.

"Dia kacau kau lagi ke?"

Aku terdiam sekali lagi. Lama sebelum aku menggeleng. "Tak. Tak dah. Don't worry. "

Sebelum benda jadi awkward baik aku pergi dulu. Dah nak Magrib, sakgi orang tua aku risau pulak. Berdensing telinga aku nanti.

"Kalau macam tu, aku Blah dulu. Bye! " Lambaiku sebelum keluar dari kedai serbaneka itu.

Sementara aku tunggu grab sampai, aku singgah ke kedai buku dulu. Nak check novel apa yang fresh-baked. Aku ni bukan peminat buku sangat, tapi ada lah genre-genre yang aku minat macam...

PIXII!!!

Aku suka novel dia. Mystery and thriller, Romance... Semua ada! Aku suka novel Feminisme. Novel yang menyokong kaum hawa. Recommended gila-gila novel tu.

Dua buah buku aku ambil sebelum membuat bayaran. Not RM 20 dikeluarkan dan diletakkan di atas kaunter. Senyuman tak lengkang dari wajahku sejak buku-buku ni ada di tangan.

Bum!

Bahu aku terlanggar seseorang sewaktu ingin keluar dari kedai buku. Aku terjatuh tersembam tanah begitu juga buku-buku ku yang baru dibeli. Selain sakit diri sendiri, aku lagi risau buku-buku tu rosak. Sial siapa tak tengok depan ni? Tiba-tiba langgar orang macam ci-

"Sorry, you're okay?"

Wow.

Tbc

The Siren's VoiceWhere stories live. Discover now