"You're okay? "Wow. He was so damn beautiful. How can a man be so Fine?? Damn!
Kulit putihnya bersama rambut coklat perang, mata koko yang bulat dan menawan. Muka dia? So, Cute!!! Oh yes, he's totally my type.
Lelaki yang langgar aku tadi menghulurkan tangan. Aku masih tergamam melihat wajahnya yang berseri. Hilang segala baran aku dari pagi tadi. Terasa bagai bebananku terangkat dari bahu sekejap.
"Awak? "
Suara comelnya membawa aku semula ke realiti. Tangan yang dihulur disambut. Mukaku terasa bahang. Aku tak tahu kenapa dengan aku, tapi aku nak kenal dia. Boleh ke kalau aku mintak nombor fon dia? Pelik tak kalau aku tanya? Ahhh Kenapa dengan aku ni? Terkena panahan cinta ke apa? Cakap lah sesuatu!
"Uhm. Yes. So, —... Bye. " Aku mengambil beg buku di jalan dan terus pergi dari situ. Hood aku ditarik ke depan, menutup muka aku yang merah seperti bontot jebon.
Oh you totally miss your chance, Atira! Bodoh lah kau ni! Kau patut cakap dengan dia, tanya nama dia at least! Oh, stupid mouth, stupid introvert things, stupid anxiety! Stupid stupid stupid!
• • •
"Atira Malyna! Kamu ke mana dah nak tengah malam baru nak balik?! "Suara nyaring ibu memenuhi segenap rumah.
Oh yeah, diorang balik.
Selepas menyesali perbuatan aku tadi, aku pergi lepak dengan hantu kat taman permaianan. Itu yang aku selalu buat kalau benda yang menyesalkan terjadi. Selalu jadi bila parents aku tak ada kat rumah and selalunya jarang-jarang terjadi.
Mesti aku menyesal gila gila.
"Ibu... Bangun satu taman nanti. " Kataku tanpa melihat wajahnya. Aku tak suka muka dia yang buat-buat risau bila aku buat benda macam ni. Keluar malam-malam, makan makanan tak sihat, etc.
I Mean, she's not even here. Why would she care.
"Tieya tahu tak ibu risau? Ibu punya tunggu Tieya balik sebab Tieya cakap nak balik naik grab, tapi Tieya tak sampai-sampai pun! Ibu risau tau tak?! Macam mana kalau apa-apa jadi kat Tieya hah?! Ibu tak suka lah bila Tieya buat perangai macam ni! " Satu oktaf dinaikkan oleh ibu tercinta. Ayah yang diam di sofa diperhati. Dia hanya membiarkan sahaja isterinya sebab dia tau aku akan mengalah juga.
Tolonglah ayah, ibu tak fikirkan langsung perasaan Tieya.
"Ibu—"
"Bila ibu dengar Kieran cerita pasal pecah masuk rumah tu, ibu risau betul. Macam mana ka-kalau perompak betul-betul pecah masuk rumah bila kami tak ada? Ma-macam mana kalau apa-apa jadi kat Tieya lagi bila tak ada siapa boleh protect Tieya?? "Sambungnya lagi dengan nafas tersangkut-sangkut.
Aku terdiam. Tak sangka peristiwa tu boleh jadi benda besar. Gila tu pun! Pergi bagitau ibu dah kenapa? Jadi kerja aku pulak nak pujuk ibu aku ni...
" Tak boleh macam ni. Ibu dah tak sanggup biar Tieya macam ni. "
"Ibu? "Kenapa aku rasa tak sedap hati? Ibu nak buat apa kali ni?
"Ibu nak kamu kahwin. "
"WHAT?!! " Aku terkejut beruk. Ape tiber sangat ibu aku ni?? "Wh-what do you mean KAHWIN?! " Aku jerit anak tekak aku. Apa ibu merapu ni? Kenapa dia cakap pasal kahwin tiba-tiba??
"Ibu dengan ayah dah plan. Tieya tak nak sambung belajar, Tieya tak nak kerja and Tieya tak pandai jaga diri sendiri. So, we'll find a husband! Takpe Tieya, kami cari yang pandai masak, boleh tampung hidup Tieya and boleh protect Ti—"
"Yahyah! " Aku menoleh ke arah ayah. Meminta penjelasan. Aku tau dia strict pasal hidup aku sejak kes tu, tapi aku percaya dia sanggup serah aku dalam perkahwinan!
Ayah hanya menggeleng. Tak dapat menggunakan suaranya dalam situasi seperti ini. Dia hanya mengiyakan saja apa yang keluar dari mulut isterinya.
Aku tak dapat tahan air mata dari mengalir. Tak tahu macam mana nak tunjukkan emosi yang aku alami sekarang. Hanya Tuhan yang tahu betapa betrayed aku rasa sekarang. Kalau ibu dengan ayah tahu macam mana aku rasa waktu tu, mesti diorang tak paksa aku macam ni!
"Apa yang ibu dengan ayah tau?! You're not even here! Ibu tak nampak Tieya punya struggle? Ada ibu nampak macam mana Tieya cuba jadi normal? Ada ke ibu tanya macam mana Tieya rasa sejak tu? Tak! Because you're not here! All you do is leave me alone here, don't even know how I'm doing, and go to work until late at night expecting me to get better by myself! "Luahku dengan seventh hati. Dan itu bukan semua yang aku pendam selama ni.
" We do that for your own sake, Tieya! "Ibu menidakkan luahan aku.
" Did it do me any better? I'm still stuck here, and you want me to marry someone I don't even know? Only to be stuck with him too?! "Sambungku lagi dengan hati yang memberontak. Selama ni ku pendam sebab kesian kat ibu dengan ayah yang cari kerja untuk bagi aku makan kat rumah. Sedangkan aku sendiri nak enjoy zaman muda aku. Semuanya sebab kes sekolah Menengah tu.
" Enough, Tieya! "Ayah menjerkah aku membuatkan aku terhinjut. Aku merenung matanya, tak percaya akan tindakan yang diambil oleh ayah.
" Ayah—! "
"Cukup Tieya, ayah tak nak dengar apa-apa dah. Pergi naik bilik kamu sekarang! " Arah ayah sambil jarinya tegas menunjukkan arah ke bilikku.
"Tapi ayah—"
"NOW ATIRA MALYNA!!! " Jerkahnya lagi. Tak melepaskan matanya melainkan aku ikut apa yang diperintah.
Air mata mengalir laju sebelum aku berlari naik ke atas. Kaki dihentak-hentak macam anak kecil tak dapat apa yang dimahukan.
Ibu melutut sambil air matanya mengalir di pipi. Ayah hanya menepuk-nepuk bahu isteri tercinta.
"This Is for her own good. " Ayah memeluk isterinya erat.
Aku menghempas pintu dengan kuat. Bilikku yang gelap yang disinari cahaya bulan mengambang dilihat sebelum aku memusnahkan segalanya. Rak buku yang dipenuhi buku-buku silibus SPM, manga limited Edition, novel PIXII dan hiasan tanah liat yang Ku buat sendiri sepanjang tempoh 2 tahun ini. Meja belajar di mana aku tengok Netflix, belajar, makan ditolak semuanya ke lantai. Pecah, hancur berkecai. Memori yang aku cipta selama 2 tahun untuk pulihkan diri dari 'penyakit' ini menjadi hanya sampah yang memenuhi bilikku.
Aku kemudian duduk didepan pintu sambil menatap bilikku yang musnah oleh tanganku sendiri. Kepala diletakkan pada lutut sambil aku menangis malam itu dengan tangisan yang sayu.
"Please, don't give up on me... I promise I can get better... "
• • •
Tbc.
YOU ARE READING
The Siren's Voice
CasualeTW : 16+, CURSE WORD, BULLY , ANXIETY AND ETC⚠️ Suara yang tidak pernah didengarkan... Hanyut dalam delusi sendiri... Capai bintang di langit.. Sudah 2 tahun sejak peristiwa itu berlaku, dia cuba melupakannya tetapi peristiwa itu masih kekal di d...