Chapter 6

0 0 0
                                    


"Tolong! Sesiapa tolong!!! "

Tangan-tangan yang besar dari kiri dan kanan memegang kuat lenganku. Suatu nafas mendekati bahagian leherku. Aku menarik nafas sebelum sesuatu terasa di permukaan leherku.

Tak— jangan.. Aku tak nak..

Suaraku tak terkeluar. Mataku yang dikaburi air mata melihat bentuk rupa lelaki di depan aku itu sambil dia mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan. Aku menoleh ke kiri dan kanan aku, mulut mereka yang tutup dan buka seperti mengatakan sesuatu tak dapat didengari dengan jelas.

"Tolong... Lepaskan aku... "

Dia mendekati telingaku pula. " All of this wouldn't happen if you're just accept it. "

• •

Aku terbangun dari mimpi ngeri itu. Mimpi yang dihantar khas daripada neraka. Yang aku cuba hapuskan selama 2 tahun, yang membentuk diri aku sekarang.

Mimpi—tak. Memori itu masih menghantui diriku setiap kali aku terdedah kepada dunia luar, setiap kali aku bertemu dengan manusia lain dan aku cuba sedaya upaya untuk pulihkan diri sendiri. Aku ingatkan aku dah sedia nak lepaskan masa pergi airport tapi

As I thought, I will Never heal from this traumatic nightmare. Forever.

Aku cuba menenangkan diri. Tekak terasa haus akibat menangis terlalu banyak dan belakangku sakit kerana posture tidur aku membelakangi pintu.

Perkara pertama yang aku nampak adalah bilik yang berteraburan. Buku-buku yang berselerak dan objek yang dah pecah. Aku menarik nafas dalam. Otak mengingatkan memori semalam tanpa dipinta dan membuatkan aku mengeluh.

Kahwin? Macam mana aku nak berhadapan dengan suami aku dengan keadaan aku macam ni? Tak ke dia fikir aku pelik? Semua lelaki nak kan isteri yang matang, pandai jaga keperluan lelaki masing-masing, lebih-lebih nak jaga diri aku sendiri pun aku tak yakin.

Air mata yang sambung mengalir disapu kesat. Aku paling benci membazirkan air mata. Setiap malam! Setiap malam air mataku jatuh akibat memori gelap tu! Aku dah tak tahu nak lupakan macam mana selain dari menangis hingga terlena dan buat-buat lupa pada paginya.

Ok, Atira. Kau boleh ubah ni... Kalau kau cakap elok-elok dengan ibu, dia mesti bagi muka kesian. Ibu yang aku kenal takkan tinggalkan aku dengan lelaki yang aku tak kenal walaupun ibu dengan ayah yang selalu tinggalkan aku sendirian.

Esok pagi aku cuba cakap. Diorang sayang aku, aku tau. Apa yang orang lain cakap takkan terkesan kalau fasal kasih sayang ibu ayah pada aku. Aku yakin tu.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Tekakku yang kering mahukan air sejuk. Aku buka pintu perlahan-lahan semoga tidak terjaga orang tua aku. Aku menjinjitkan kaki menuruni tangga menuju ke dapur.

Tapi sebelum kakiku mencecah tingkat satu, aku terdengar perbualan— suara ibu dan ayah di ruang tamu. Aku cepat-cepat memberhentikan langkah. Suara ibu yang lantang menyentakkan aku.

"Abang faham tak? Kita kena serahkan dia! " Ibu menjerit kepada ayah.

'Serah? '

"Sayang, perlahankan sikit. Kamu tak nak Tieya dengar tu. " Ayah menyampuk.

Apa maksud ibu?

"Kalau kita tak 'bagi' Tieya kat dia, kita akan struggle dengan masalah kewangan. Only with this, kita boleh lepaskan diri dari bankrup abang! Kita berdua! "

"Sofia! Sedar sikit apa yang kamu cakap tu! "

Aku tersentak. Bagi aku... Kat siapa? Jantung aku berdegup laju. Apa yang ibu cakap ni?

"Kita tak boleh asyik manjakan dia aje abang, dia kena membesar, kena tahu tanggungjawab dia sekarang. Sampai bila kita nak jaga dia abang? Dia dah masuk 20, dia dah boleh jaga diri! "

Ayah menggelengkan kepala. "Sofia, tenang. Abang tahu masalah kewangan syarikat kita dah makin jatuh, tapi kamu pasti ke nak bagi satu-satunya anak perempuan kita kat lelaki yang dia tak kenal? Kamu tahu Tieya macam mana.."
Ayah cuba membela aku.

"Hah! Jangan cakap abang percaya cerita dia? Dia mereka je cerita tu sebab dia tak nak keluar rumah. Dia tak nak pun sambung belajar. Dia tu, tahu menghabiskan duit orang je kerja. "Ayat-ayat ibu meremukkan hati aku, selama ni aku ceritakan masalah yang aku pendam kepada ibu...Tak pernah   sekali pun dia tak pernah percayakan aku?

"It's time to put the end of this. We give her to him and we can save the company or let that little girl eat our money while living rent free. Choose abang. You're the head." Sambung ibu. Membiarkan suaminya membuat keputusan.

Hatiku bagai ditikam berkali-kali, rasa macam dibetray dengan Parents sendiri. Meskipun dengan luka di hati aku sekarang, aku nak dengar jawapan ayah. Aku nak tahu ayah masih di pihak aku atau tak. Kalau tak, aku tak tahu nak cakap apa. Aku dah tak layak gelar mereka ibu ayah aku.

"Sayang... A-abang tak sanggup nak bagi Tieya semata-mata nak selamatkan syarikat kita. " Kata ayah. Hating tersentuh dengan kata ayah walaupun hakikatnya ayah masih tegas dengan aku. Ayah masih lindungi aku. Dia masih percayakan aku. Aku sangat bersyukur.

"Saya dah tahu abang cakap macam tu. So, saya dah contact dia tak bagitau abang. Sekarang abang tak boleh tolak saya atau lelaki ni. Why? Because once he open his mouth, you can't turn him down. This is the only way to save both of us. And Tieya too. " Sambung ibu, berdiri di hadapan suaminya yang tercinta.

"Sofia! " Ayah menjerit lantang.

"Dia datang esok pagi. It's for her own good. Abang tak tahu apa-apa. "Katanya sebelum kaki menapak ke tangga. Ayah cuba mengejarnya dengan menarik tangan ibu.

Aku yang dibasahi air mata dan kejutan yang bertambah-tambah tercengang di kaki tangga sambil aku melihat ibu dan ayah terhenti di tangga.

" Ti-Tieya? "Ibu terdiam. Tangannya mula mengeletar. Selalu terjadi bila dia buat sesuatu yang buruk. Begitu juga ayah, hanya berdiri di situ melihat reaksi aku.

" Ti-Tieya... Dengar semua tu? Ibu boleh jelaska—! "

Aku tak tunggu ayat ibu habis lalu segera berlari ke bilikku. Kalau aku dengar, aku tak rasa aku boleh maafkan wanita tua tu. Aku tak mampu dengar kata yang Ku sangka penuh kasih sayang kepadaku, yang aku tahu hanya untuk dipandang remeh oleh orang kepercayaan sendiri.

Aku menghempap pintu bilik. Beg sling diambil dan tanganku segera mencapai barangan penting. IC, passport, beg duit, kad bank...semuanya yang diperlukan untuk mengisi borang kahwin!

Pintu bilik diketuk kuat. Aku panik. Aku tak tahu nak ambil apa dah dan aku tak tahu nak buat apa.

'Lompat'

Itu yang dikatakan hatiku. Aku segera berlari ke arah tingkap sebelum membukanya luas. Ketinggian tingkat dua ni boleh bawa maut dan aku tak sanggup ambil risiko. Aku was-was, hatiku kata lompat manakala otakku kata sebaliknya. Aku mati akal, otak aku sepenuhnya jem sekarang.

"ATIRA MALYNA! JANGAN NAK LARI! NI YANG TERBAIK UNTUK TIEYA. IBU DAH SUSUN SEMUANYA TIEYA BUKA PINTU NI! " Ibu menjerit dari luar bilik. Pintu dihempap beberapa kali oleh mereka berdua. Tombol pintu juga hampir tercabut.

Apa yang ibu tahu? Aku cuba Move on dari kisah lama. Apa yang dia tau? Apa yang dia buat terbaik untuk aku? Karut apa dia cakap? Jual anak sendiri dekat lelaki kaya yang aku tak kenal? Oh sungguh sekali aku dah tak kenal ibu ayah aku. Mungkin, aku...

Ya. Aku patut terima dia. Kalau aku terima dia, semua ni takkan berlaku. Ibu dengan ayah takkan jual aku dan aku boleh sambung belajar macam aku selalu impikan.

Kalaulah aku buat pilihan yang betul.

Aku melihat tanah yang jauhnya bagai tinggi langit dan tinggi. Kakimu bergerak memanjat tingkap. Tanganku diletakkan di bingkai tingkap. Aku bersedia untuk pergi. Pergi tinggalkan mereka, tempat ni, everything.

Pintu akhirnya pecah. Tetapi sudah terlambat. Aku dah mlangkah setapak ke hadapan. Seluruh tubuhku bagai berada di awanan. Buat pertama kali, aku rasa diri ini bebas dari bebanan.

"ATIRA!!! " Ibu menjerit dengan muka yang pucat.

Bye ibu, bye ayah. Tieya sayang ibu dengan ayah.

Tbc

The Siren's VoiceWhere stories live. Discover now