*please point up spelling errors, I am blind to see*
"ATIRA! "
Aku melihat ibu bapa yang tercinta buat kali terakhir. Sedih, marah, terkilan, kecewa semuanya bercampur-baur dalam hatiku yang remuk ini. Rasa ditikam dari belakang sangat sakit sehingga aku tak dapat percaya sepatah kata ibu dan ayah.
"Ibu... Tieya memang cuba ibu... Percayalah, Tieya memang nak berubah! Ingat Tieya suka ke hidup macam ni? Macam PENAKUT ni?! Kenapa ibu sanggup buat Tieya macam ni? Kenapa ibu sanggup 'jual' Tieya?! You only worsen the situation! "Aku meluahkan perasaan aku.
"Atira— ibu minyak maaf Okay? Turun dari situ please. Jangan buat ibu risau macam ni, tolong Tieya... Tolong kesiankan ibu? " Ibu cuba memujuk dengan merapatkan jaraknya dengan aku. Kata-kata manis yang dilontarkan kepadaku tidak sanggup Ku dengar lagi.
Semua yang dikatakan padaku... Sama ada benar atau salah, aku dah tak tahu. Aku dah hilang kepercayaan kepada kedua orang tua ku. Aku tak tahu apa yang nak dipercayai lagi.
Air mata dikesat kasar. Ketinggian tingkat dua sekali lagi dikilas. Otak aku ligat bertiga 'kalau aku lompat ni... Boleh mati terus tak? ' sambil menjauhkan diri dari tebing balkoni.
"Ti— " Semakin banyak air mata yang turun. "Tieya just need time. Please at least give me time before selling me out. " Aku sejujurnya putus asa pada masa itu. Otak aku berhenti berfungsi dan apa yang aku perlukan adalah sedikit ruang untuk memikirkan semula.
Tapi dengan lompat dapat selesaikan segalanya.
Lompat...
Lompat.
Lompat!
"TIEYA!!! "
• • •
Ashiela POV
Aku terjaga dari lena. Kaunter 7 eleven dibasahi air liur basi dari mulutku. Segera dilap mulut bersama air liur pada kaunter. Jam menunjukkan 5 minit sebelum pukul 5 pagi. Waktu shiftku hampir tamat.
Aku membuat satu semakan terakhir di CCTV sebelum menamatkan tugasan pada hari ini. Segalanya kelihatan normal seperti hari-hari sebelum ni. Aku akhirnya beredar ke bilik staf bersiap untuk pulang ke rumah.
Sewaktu perjalanan pulang ke rumah, jam ditilik sekali lagi. Aku kena balik rumah sebelum adik-adik aku bangun, sediakan sarapan, dan siapkan diorang ke sekolah. Kemudian kena pergi kerja sambilan restoran selepas hantar adik-adik. Lepas tu...
Aku terhenti melangkah apabila ternampak dua susuk tubuh besar di kawasan rumah usang tinggalan ibu itu. Dua lelaki itu berulang-alik di hadapan rumahnya berkali-kali.
'Nasib baik aku suruh diorang sembunyi kalau orang lain datang selain aku. '
Aku duduk di situ sehingga samseng-samseng kutip bunga itu pulang. Di lorong yang gelap, aku melihat ke langit. Langit yang masih malap menunggu ketibaan sang matahari.
Sekilas memori lampau meninjau ke kepalaku. Kami sekeluarga ialah keluarga yang sangat sempurna dan gembira walaupun masalah duit selalu mengekori setiap masa.
Selalunya kalau aku nak ambil kerja sambilan untuk tolong Mak dengan abah, mesti kena halang dengan abah. Dia selalu cakap;
"habiskan belajar dulu. Belajar tinggi-tinggi nanti boleh tolong ibu dengan abah. Biar abah je tanggung belajar Shiela sekarang. "
Aku tergelak kecil. Abahnya tu selalu Menggula-gula kan orang. Gula-gula aku sorang dah lah, takyah la gula-gula kan kami semua. Abah... Abah. Seronok ke hidup dengan betina lain? Agak-agak abah teringat tak kat kami ni? Dia tau tak ibu dan meninggalkan kami selamanya sebab dia. Ceh mana dia nak ambik tau. Dia pergi pun tak cakap apa-apa.
Aku menutup mukanya dengan lutut. Matanya sekarang berat betul, rasa nak terlena saja kerja. Bilalah samseng tu nak Blah?
Aku cuba mengintai sikit disebalik dinding. Jantungnya terhenti apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba berada betul-betul di depannya. Aku naik cuak dan segera mengundurkan diri ke belakang tetapi malangnya lelaki itu sempat menangkap lenganku.
"Eh eh adik! Nak pergi mana laju-laju tu?"
Lelaki tu menarik lengan aku dekat padanya.Aku tak nampak dia tadi? Aku ingatkan ada dua orang ja? Dari mana dia datang??
"Eh lepaslah. Kau pehal? Lepaslah gila! " Aku memukul-mukul lengan besar milik lelaki itu di mana calar pun tak terkesan. Kulitnya dah macam baju besi, kuku aku yang sakit aghh!
Tinggi lelaki didepan yang dua kali lebih besar dari aku ni betul-betul menakutkan aku. Badan aku yang kecil ni silap hari boleh jadi pencungkil gigi Kat dia ni. Sekuat mana pun aku memberontak, dia sikit pun tak berganjak.
"Okay, lek dik. Lek." Dia memaksa badanku untuk menghadapnya dengan memegang erat kedua-dua bahuku. "Kalau kau tak nak dua ekor beruk tu dengar kau baik kau serah duit hutang abah kau sekarang. "Sambungnya lagi cuba menakutkan aku.
Aku diam serta merta. Bila difikirkan balik, setiap kali samseng cari minyak duit. Mesti aku kena belasah teruk. Tu kalau aku ada duit. Masalahnya sekarang, aku takde apa-apa Kat aku sekarang!
" Hm? Kenapa diam? "Dia memusing badanku ke kiri dan ke kanan. Ingat aku ni mainan rosak ke apa main pusing-pusing ni?
" A-aku takde d— du-duit sekarang... "Jawabku Tergagap-gagap. Tak berani nak tengok matanya yang aku tau meluat sekarang.
" Oooo... "
Apa masalah dia ni? Kenapa dia tak pukul aku? Cepatlah pukul aku lepastu blah. Jangan libatkan adik-adik aku!
"Woii aku jumpa dia! " Dia jerit kepada dua samseng tak jauh dari tu.
Aku telan air liur. Rasa cuak dah menyelubungi diriku. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku takut sekarang. Dia bawa geng dia datang sini, tau-tau aku tak bawa duit. Tak ke mati aku gitu??
"To-tolong lepaskan saya... Sa-saya janji saya bayar esok ni. Sa-saya just tak bawak keluar duit dari bank lagi. Please.. Please lepaskan saya... Saya tak nak.. Tak nak.. "
Lelakiku tengok aku atas bawah sebelum dia mengeluh. "Bukan masalah aku. "
Dia mencampak aku ke darat dengan kuat. "Agh!! " Aku mengadu sakit. Manakala dua orang samseng baru sampai di tempat kejadian.
Dia menanggalkan jam tangan jenama coach miliknya. "Nah pegang jam aku, tak lawa kalau terkena darah. " Samseng tu cepat-cepat menangkapnya sebelum mengundur ke belakang. Membiarkan lelaki itu membuat kerjanya.
Aku menelan air liur. Air mata hampir memecahkan empangan. Laju badanku mengundur ke belakang apabila dia menghampiri aku. Tangan dihalangkan ke kepala untuk elakkan otak aku cedera.
Dia nak pukul aku! Dia nak pukul aku!
Gigi diketap kuat pada bibir membuatkan bibirku terluka tanpa sedar. "Biar aku buat bagi tak rasa sakit sangat. " Tangan dihayunkan pada leherku dengan kuat.
"Ack! " Padanganku menjadi kabur. Aku melihat senyuman sinisnya sebelum dia beredar dari situ. Bercakap sesuatu yang aku tak dengar. Badanku bersentuh tanah sebelum ianya berubah
Gelap.
Tbc.
YOU ARE READING
The Siren's Voice
RandomTW : 16+, CURSE WORD, BULLY , ANXIETY AND ETC⚠️ Suara yang tidak pernah didengarkan... Hanyut dalam delusi sendiri... Capai bintang di langit.. Sudah 2 tahun sejak peristiwa itu berlaku, dia cuba melupakannya tetapi peristiwa itu masih kekal di d...