Ashiela POV
Meow~
Mmmm... Kat mana?
Cahaya matahari memancar tepat pada mukaku. Dahiku berkerut-kerut akibat cahaya terang itu. Aku bangun dari lenaku yang terasa sangat tak enak. Kucing hitam di sebelah melihatku tanpa berkelip. Bau longkang yang busuk mencucuk hidungku. Ah, aku Kat lorong semalam.
"Semalam... Agh-! " Aku menggosok leherku yang agak kemerahan. Memori semalam menerjah ke kepalaku.
Aku tak nak ingat pun benda semalam. Aku bangun, menyapu kotoran pada baju dan menuju ke rumahku.
Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Mataku terbuntang. Segera aku membuka pintu tetapi seorang pun tiada di rumah. Aku mencari adik-adikku di serata tempat. Tiada!
"Hana! Najwa! Mana korang nih?!" Jeritku serata rumah. Malangnya kelibat Najwa Dan Hana tak dijumpai.
Aku menyeluk telefon bimbit until menghubungi sekolah. Mana tahu diorang ada kat sekolah, takde lah aku risau sangat. Sebaik sahaja aku mendail nombor telefon guru kelas seorang, aku ternampak sekeping sticky note di peti sejuk rumah kami.
'Kakak hari ni ada koko tau. Kami balik lambat! :D
Jangan risau kakak, ada kawan kakak hantar Hana dengan Najwa pergi sekolah!
Hana<3'
Kawan? Siapa? Atira ke?
Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya diorang selamat kalau Atira yang hantar.
Aku membuka peti ais, tiba-tiba tekak terasa haus. Air diteguk lalu aku teringatkan sesuatu. Aku mengelap air di dagu.
"Atira macam mana sekarang ye~? "
• • •
Atira Malyna POV
Ibu cakap dia datang hari ni. Apa aku nak buat? Aku dah tak boleh lari lepas diorang tangkap aku semalam.
Semalam...
"ATIRA TURUN DARI SITU SEKARANG!! "
Aku mengorak langkah. Entah apa nak jadi, jadilah. Asalkan aku lari dari tempat durjana ni daripada rela kahwin dengan lelaki aku tak kenal!
Tapi sebaik sahaja kakiku mahu memijak angin, satu tarikan kuat dari belakang membuatkan aku terjatuh dari situ.
"Wha- Ayah! Lepaslah..! Kenapa dengan ayah ni?! " Aku cuba melepaskan diri tapi tiada gunanya. Mana mungkin aku melawan kudrat seorang ayah.
"A-ayah sanggup nak bagi Tieya Kat orang lain? Ayah dah tak sayang Tieya ke? Hic- Tieya benci ayah...! Tieya benci! "Aku berhenti memberontak malah menangis sepuas hati dalam pelukan seorang bapa.
Malam itu pun dipenuhi dengan tangisan berdayu aku.
Seingat aku sampai tertidurlah aku menangis. Bila diingatkan balik, terasa cringe pun ada. Aku tak pernah tunjuk kat orang kalau aku menangis. Last aku buat macam tu, it did not end well.
Dindong~!
Ah.
Dia dah sampai ke?
Ibu kurung aku dalam bilik, di mana pintu, tingkap dan sliding door semuanya dikunci dari luar. Diorang dah betul-betul prepare takut aku lari lagi pagi ni.
Aku melekapkan telinga pada pintu. Walaupun samar-samar suaranya, aku pasti 'tetamu' ibu dengan ayah dah mula menyembang.
Aku mengambil peluang ni untuk mencari jalan lain keluar dari neraka ini. Aku tengok dalam movie, diorang pakai klip rambut nak bukak pintu berkunci.
YOU ARE READING
The Siren's Voice
RandomTW : 16+, CURSE WORD, BULLY , ANXIETY AND ETC⚠️ Suara yang tidak pernah didengarkan... Hanyut dalam delusi sendiri... Capai bintang di langit.. Sudah 2 tahun sejak peristiwa itu berlaku, dia cuba melupakannya tetapi peristiwa itu masih kekal di d...