"Mana kau dapat ni?" Marah juga bunyinya. Aih, seram pula rasa. Clarissa tundukkan pandangan. Dia tidak berani hendak menatap wajah bengis yang sedang dilemparkan padanya itu.
"L--uar."
Edward yang tadinya berdiri bercekak pinggang, kini duduk bertenggung berhadapan isterinya. "Rissa, bila aku cakap, pandang aku. Bila aku tanya jawab dengan lancar. Aku tak makan orang." Bidas Edward sekali.
Geram sebenarnya bila isteri layan dia seperti itu. "Maaf." Clarissa hanya mampu ujar itu.
Edward segera ambil bunga mawar hitam dari tangan halus isterinya. "Aku tak tahu kenapa diorang nak sangat letak nyawa kau dalam bahaya." Tuturnya tiba-tiba.
Bunga itu dibawa pergi jauh dari Clarissa. Sambil itu, dia terus berkata "Mulai dari harini, jangan buka pintu kalau dengar loceng. Jangan ambil bunga dari sesiapa. Lagi-lagi ros hitam. Kecuali, aku yang bagi."
Ayat akhir tu, buatkan Clarissa pandang suaminya. Edward belum pernah beri dia bunga. Bisik hatinya.
"Rissa, maafkan aku sebab dah ubah cara hidup kau. Aku tahu kau lembut, tapi hidup sebagai isteri rahsia aku, kau kena jadi tegas, kasar. Untuk keselamatan kau." Tegasnya Edward berkata, namun disebalik ayat-ayat yang tersurat, kemas isi tersiratnya.
Clarissa masih diam. Suaminya dipandang lama. Dia mencari keberanian sebelum hati yakin untuk berkata-kata.
"Saya kena jadi isteri rahsia awak sampai bila?" Soalan diajukan lekas. "Sampai aku dedahkan." Dingin. Tiada perubahan walau kini mereka bergelar suami isteri.
Clarissa diam. Habis kalau sampai bila-bila Edward tidak mahu dedahkan hubungan mereka, sampai bila-bilakah dia jadi sebuah rahsia? Bagaimana kalau dia jadi rahsia yang akan terkubur di ingatan?
Dia sepi.
"Saya nak cakap sesuatu." Ujar Clarissa. Edward jongket kening seolah mengizinkan kata-kata diajukan padanya.
"Tolong saya ambil baju-baju lama saya di rumah.. saya tak nak pakai baju mahal awak beli ni." Permintaan isterinya mengerutkan dahinya.
"Kenapa? Tak suka? Nak aku beli yang lain?" Tiga soalan kembali diaju pada Clarissa.
Dia geleng. "Baju awak beli, mahal-mahal, lagipun Zandra dah tahu yang saya tinggal dalam rumah ni, tadi pun dia tengok saya semacam bila saya pakai kardigan ni. Logik ke orang gaji ada baju branded?"
Dia pandang isterinya. Dia tidak suka tanggapan tentang Clarissa Haura ialah orang gaji rumah ini, padahal, dia dah lafaz akad atas nama gadis itu.
Clarissa bangun dari birai katil. Sejujurnya, dia tidak tahu sama ada perkahwinan ini keputusan tepat. Tiba-tiba dia persoalan itu di fikirannya.
Dia dekati Edward. Baju t-shirt Levi's yang dicampakkan ke lantai, dia kutip. Dia dengan keberanian diri yang tiba-tiba muncul, sarungkan t-shirt itu ke badan tegap suaminya.
YOU ARE READING
ROSA NERA FOR CLARISSA ✓
Romantik[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatkala itu, baru Clarissa faham mengapa Islam menyuruh umatnya segera melangsaikan hutang. Disaat ibu ba...