"Puan!"
Jeritan Fahmi bergema di dalam bilik itu, dia segera berlari ke bilik air saat dia dengar bunyi sesuatu jatuh. Seperti yang dia sangka, Clarissa jatuh melorot di lantai.
"Puan, puan, saya minta izin bawa puan pergi ke katil ya?" Dia tahu Clarissa bukan seperti Zandra, yang sesenang itu saja biarkan pekerja-pekerja di rumah ini menyentuhnya, biarpun dalam keadaan kecemasan, batas masih perlu dijaga. Jadi, dia meminta izin terlebih dahulu.
Apabila Clarissa setuju kerana dia memang perlukan bantuan, Fahmi bawa Puan Clarissa nya itu kembali ke katil. Dia dudukkan Clarissa di birai katil sebelah kanan.
"Puan, puan nak saya call doktor?" Soal Fahmi dengan riak risau. Namun, Clarissa geleng. "Saya nak Edward." Lemahnya suara, sehingga terdengar samar-samar saja di telinga Fahmi. Dia mengeluh.
"Tapi, Tuan Edward tak balik lagi. Dia ada family lunch dekat rumah Tan Sri Danish." Balas pekerja suaminya itu. Clarissa sandarkan kepalanya dia bahu katil. Dia rasa benar-benar tidak sihat. Juga ada lagi satu rasa yang dia tidak percaya dia sedang rasakan. Rasa hendak Edward ada dekat dengannya. Mengapa? Dia masih marahkan Edward, tetapi, dia rasa dia mahu suaminya itu dekat dengannya.
"Awak telefonlah dia. Suruh dia balik. Saya betul-betul nak dia." Baiklah, ini pelik. Kenapa dia cakap macam tu? Fahmi sudah garu kepala.
Betul gamaknya apa yang Ariano kata pada dia dua hari lepas semasa Clarissa masih tidak sedarkan diri. Ya, dua hari. Dua hari Clarissa tidak sedarkan diri selepas dia jatuh pengsan di bilik air.
Edward selalu arahkan pekerja-pekerjanya yang temankan Clarissa. Maklumlah, dia risau, tapi, ego sering memakan diri. Dia buat acuh tidak acuh dengan kesihatan isterinya, tetapi, pada malam hari, dia jugalah yang akan temankan Clarissa bila isterinya itu mimpi sehingga meronta-ronta.
Gila agaknya. Ego saja tahu, jangan menyesal nanti sudah.
"Puan, puan tak rasa sesuatu pelik? Puan nak jumpa doktor tak?" Fahmi soal lagi. Namun, Clarissa tetap geleng. Dia tetap menyatakan yang dia mahukan Edward. Iya, walau hati masih terluka dek tindakan kejam suaminya haritu.
Tetapi, rasa pelik pun ada. Dia mual? Loya? Muntah? Jangan kata dia mengandung pula, tidak mungkinlah kan? Nanti, berkemungkinan juga ya. Allah. Hati mula beristighfar laju. Dia rasa takut. Takut kalau Edward tidak mahukan anak ini, lagi-lagi dengan situasi mereka yang sedang tegang sekarang.
"Baiklah. Puan baring dulu. Rehat. Saya akan telefon tuan nanti. Kalau puan nak makan, makanan ada dekat bawah. Panggil aje saya. Nanti saya hantarkan." Jelas Fahmi ringkas dan padat.
Clarissa angguk lemah. Alahai mengada-ngadanya hati, dengar suaminya akan pulang, dia rasa hendak melompat seperti kanak-kanak. Kalau tidak sakit sekarang, mahu dia buat juga. Bukan? Pelik bukan sikapnya? Sikap kanak-kanak.
YOU ARE READING
ROSA NERA FOR CLARISSA ✓
Romance[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatkala itu, baru Clarissa faham mengapa Islam menyuruh umatnya segera melangsaikan hutang. Disaat ibu ba...