[The E's Family vol.2]
Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu..
"Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura-
Tatkala itu, baru Clarissa faham mengapa Islam menyuruh umatnya segera melangsaikan hutang. Disaat ibu ba...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Air kosong diteguk sebaik sekeping biskut kering dia telan. Cuma itu sarapannya pagi ini. Lagipun, memang itu saja yang tinggal di dapur rumah. Makanan basah mahupun kering, semuanya sudah habis.
Tiga bulan. Cukup tiga bulan dia dapat pekerjaan untuk perlahan lahan melangsaikan hutang arwah ayahnya. Walaupun dia tahu, jumlah yang dia bayar, masih terlalu sikit.
Setiap hari, dia akan pergi ke The E's Holding. Atas tujuan, membayar hutang sedikit demi sedikit. Jujur dia akui, dia tidak suka benar dengan Edward, anak kepada Tan Sri Danish. Mengapalah bukan Tan Sri Danish saja yang kutip hutang nya? Berurusan dengan Edward Dayyan, bagai berurusan dengan ais batu. Dingin dan beku. Sombongnya tak boleh bawa bincang. Pervert pun ada.
Kejap kejap melirik Clarissa cuba menggoda, menyampah. Tubuh yang terhuyung-hayang semasa berdiri itu, dibawa keluar.
Dia penat sungguh sejak bekerja. Pekerjaan yang dia buat semata mata untuk bayar hutang, bukan sikit. Pagi begini, dia akan kerja di kedai runcit yang ada berdekatan taman perumahannya. Tengah hari pula, dia pergi berkerja di kedai kopi yang ada di hujung simpang sana. Petang, dia kerja lagi di warung kecil yang terletak boleh tahan jauh dari rumahnya. Akhirnya sampai ke malam, sebelum dia pulang, dia bekerja lagi sebagai tukang sapu lantai di rumah kebajikan. Lelah tu? Tak payah ceritalah.
Bila balik, kepala melayang. Badan lenguh, lutut juga longlai dan terasa lemah. Disaat dia lapar pula, makanan tiada. Bukan tidak tahu, dirinya sekarang, makin merosot. Berat badan berkurangan, wajah juga pucat lesi. Apa boleh buat? Dia terpaksa untuk kerja demi langsaikan hutang ayahnya. Kalau tidak, dia takut kalau kalau Tan Sri Danish ambil tindakan padanya.
Clarissa berjalan keluar dari rumah. Sebaik kasut tersarung kemas di kakinya, dia mengatur langkah berjalan pergi. Destinasinya kedai runcit yang terletak di hadapan sana.
Dia perlu kerja lagi pagi ini. Dia janji, petang ini, dia akan bawa duit lebih sikit untuk dibayar pada Edward. Semalam, dia diremehkan lelaki itu. Edward kata, dia menyusahkan sama seperti Halim. Dengan itu, Clarissa tekad. Dia akan buktikan dia mampu bayar semua hutang hutang itu. Dia tidak sedikit pun ikut ayahnya. Dia benci disamakan dengan lelaki itu.
Edward Dayyan sudah awal pagi lagi siap kemas berpakaian kemejanya. Tinggal coat saja masih dipegang. Malas sarung, lagipun masih dirumah.
Dia dengan mata yang sepenuhnya memandang telefon, menapak turun satu per satu anak tangga rumah agam ayahnya itu.
Seperti biasa. Wajah kalau tak tegang dan beku, bukan Edward Dayyan lah namanya. "Wau! Impressive... Edward Dayyan bangun awal harini? Kau tak pergi kelab malam ke semalam?" Soal si adik bongsu yang duduk di sudut melukis nya, di kawasan halaman tengah rumah yang merupakan kawasan kolam renang.
Edward tidak jawab, Essac pun tidak ambil hati. Sifat abang keduanya itu, memang tidak boleh dibawa bincang. Essac tutup semua peralatan melukisnya. Dia mendekati Edward yang sudah duduk di meja makan.