Pintu wad VVIP itu dikuak perlahan. Pelbagai masalah sedang mengganggu fikiran, runsing, pening, rimas dan resah, semuanya bercampur-baur.
Langkah galah diatur menuju masuk. Susuk tubuh yang masih terbaring lemah di atas katil hospital itu, menjadi tumpuan.
Duduk dilabuhkan di kerusi pelawat yang tersedia bersebelahan birai katil.
Rambut panjang hitam berkilat itu menjadi usapan tangan sasanya, tangan kanan pula terus dibawa menggengam tangan halus yang bercucuk dengan wayar drip air itu.
Rasa sebak di dada buatkan dia melentokkan kepala ke birai katil hospital tersebut.
"Abang minta maaf... Abang tak ada niat nak berkasar dengan sayang. Sejak akhir-akhir ni, abang keliru dengan perasaan sendiri." Tangan isterinya terus digenggam erat.
Gugurnya air mata menandakan bertapa hatinya hancur melihat keadaan isterinya ketika ini.
"Abang takut untuk hilang isteri abang. Abang belum cukup kuat. Abang perlukan sayang. Abang sayang Rissa sangat-sangat."
Dalam tidak sedar saja, semua itu didengari seseorang yang baru menguak sedikit pintu wad VVIP itu.
Dia tutup rapat kembali pintu tersebut. "Dengan dia, kau boleh sayang, dengan aku?" Zandra genggam penumbuk sekuat hati.
Dia akan pastikan Edward menderita kerana buat dia begini. Pisau dikeluarkan dari poket hoodie hitam yang dikenakan.
Baru saja dia hendak bertindak, lengan mulusnya direntap oleh seseorang. "Eh, kau nak apa? Lepaslah! Lepas!" Baru saja dia hendak menjerit dengan lebih kuat, mulutnya ditekup oleh lelaki itu.
Dato' Yusuf tarik dia ke ruangan menunggu yang kosong. "Shh.. if you make any noise, we both, dead!" Dia beri amaran tegas pada Zandra.
Terus wanita untuk membuka topi hoodie yang membaluti kepalanya. Dia jeling sekilas lelaki separuh umur di hadapannya.
"Balik Zandra! Jangan kacau Edward, atau budak Clarissa tu lagi. Aku dah tak nak ada kena mengena dengan rancangan kau." Noktah? Begitu saja? Jangan harap.
"Eh, you yang ajar I jadi macam ni? Sekarang, you nak suruh I stop?" Dia kedengaran sangat tidak waras.
"Bukan tu maksud I. Tapi, Edward sendiri tengah terseksa. Clarissa tu sakit Leukimia. I rasa, I tak nak paksa Edward untuk terus kerja dengan I. I pernah ada dalam situasi dia sekarang, I faham." Nampaknya, Dato'Yusuf sudah mahu cuci tangan.
Alangkah bagus jika Zandra juga mempersetujui itu, malah, sebaliknya pula. "Apa? You ada isteri, and then dia sakit Leukimia macam tu?" Soal Zandra kasar.
YOU ARE READING
ROSA NERA FOR CLARISSA ✓
Romance[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatkala itu, baru Clarissa faham mengapa Islam menyuruh umatnya segera melangsaikan hutang. Disaat ibu ba...