Kisah 60 -Izin

5.4K 216 14
                                    

           "Sedap?" Dia angguk apabila suaminya ajukan soalan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           "Sedap?" Dia angguk apabila suaminya ajukan soalan itu. "Sedaplah.. suami Rissa masak kan? Siap suapkan Rissa lagi," ujarnya.

            Edward senyum. Sekali sekala, pipi isterinya diusap. pada masa yang sama, Clarissa ambil tangan sasa itu lalu dibawa ke perutnya yang sudah semakin membesar.

            "Abang rasa anak kita perempuan ke lelaki?" Soal Clarissa teruja. Seronok memikirkan tentang anak mereka yang bakal lahir nanti. Dia saja tanya suaminya.

            Edward tarik nafas dalam. Kalau anak itu lahir, kemungkinan besar tahap kesihatan Clarissa akan semakin merosot.

          Namun, bila dia perasankan mata hitam bersinar milik isterinya itu tidak henti menatapnya seolah menanti jawapan, dia paksa bibir membentuk segaris senyuman. Dia tidak mahu Clarissa tahu tentang isi hatinya yang tiap-tiap hari meraung sedih sekuat hati.

           "Uhm.. lelaki perempuan, abang tak kisah, yang penting dia sihat, ibu dia pun sihat." Hidung mancung yang cantik terbentuk itu, dilagakan dengan hidungnya.

          Clarissa tertawa kecil. "Iye.. Rissa pun harap macam tu." Dia balas sambil perutnya kekal diusap. "Abang.." Panggilan pertama, tiada sebarang sahutan. Dia alihkan pandangan ke arah suaminya.

            Edward sedang termenung jauh, tenungan itu boleh menembusi dinding sekiranya dibiarkan. Clarissa lepaskan keluhan. Sejak kebelakangan ini, Edward sering begitu.

           "Bang.. Rissa panggil tak dengar pun, tak nak suap Rissa dah ke?" Dia soal dengan bibir pucatnya itu dicebikkan.

            Barulah Edward bagai kembali sedar ke realiti. "Eh, sayang abang cakap apa? Sorry.. I was just.." Dia mati kata. Tak akanlah nak beritahu yang dia sibuk fikir tentang takut akan kehilangan isteri yang cukup berharga di hadapannya ini?

            "Just what? Sibuk fikir scandal ke?" Saja dia bergurau. Tetapi suaminya sudah mencemberutkan wajah. "Scandal apa? Isteri punyalah cantik ni, buat apa nak cari scandal?" Dia cubit manja pipi isterinya.

             Lagi sekali kelakuan suaminya itu berjaya buat dia tertawa. Sungguh, dia harap momen ini akan kekal untuk selamanya.

             "Betullah.. Rissa bukan apa, kalau Rissa tak ada nanti, mana tahu abang nak kahwin lain.. Rissa nak abang tahu, Rissa terima aje." Raut wajah Edward berubah.

            "Apa Rissa cakap ni?" Suaranya sedikit kasar. Dia tarik nafas sedalam yang mungkin dengan niat menenangkan diri. Rambut isterinya mula dibelai lembut sebaik dia menghembus kembali nafasnya.

            "Abang tak nak Rissa cakap macam tu, hati abang, cuma akan terbuka untuk Clarissa Haura. Kalau betul pun nanti Rissa akan tinggalkan abang, hati ni akan tertutup juga dengan nama Clarissa Haura dalamnya." Dia tuturkan itu dengan penuh perasaan. Dia genggam tangan isterinya dan dibawa tangan halus itu ke dadanya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now