Kisah 8 -Tunaikan janji?

4.8K 192 9
                                    

           Plak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           Plak.

       Pintu bilik tidur besar yang luas dan mewah itu dibuka oleh si pemiliknya. Edward Dayyan melangkah masuk sambil kemeja biru gelap di tubuh tegapnya ditanggalkan.

       Clarissa Haura yang tadinya sedang duduk dengan resah di birai katil, kini, makin resah saat jejaka itu mendekati dirinya. Sebaik kemeja biru gelap tadi dia campakkan ke lantai,

          Dia cuba untuk tolak Clarissa baring di atas katil king besar miliknya. Namun, belum apa-apa, Clarissa menjarakkan diri. Dia melonjak naik ke bahagian atas katil.

         Edward agak geram, namun, dia masih cuba kawal dirinya. Kalau ikutkan hatinya, gadis muda itu sudah diterkam olehnya.

          Dia raup rambut coklatnya yang jatuh ke dahi, saat dia kembali memandang wajah cantik di hadapannya, gadis muda itu menunduk.

           "Jual mahal harini? Tak murah macam semalam?" Selamba. Bagaikan itu satu topik yang positif. Clarissa ketap bibir cuba menahan rasa sakit yang sedang menikam hatinya.

           "Kau bertutup litup guna hoodie aku kenapa? Suka bau aku?" Barulah pandangan dia dan gadis muda itu bertembung saat Clarissa mengangkat wajah apabila soalan itu diajukan padanya.

             Sebenarnya, apabila dia masuk ke dalam wardrobe Edward untuk mencari pakaian bagi membaluti tubuhnya, dia tidak jumpa apa apa pakaian yang sesuai.

                 Cuma beberapa helai hoodie bersaiz besar yang ada. Jadi dia gunakan saja hoodie itu dan seluar tidur Edward yang begitu longgar dengan saiz badannya.

              Kebetulan hoodie itu memang ada topi, jadi, dia tutup rambutnya dengan topi itu saja semasa dia turun tadi, juga tatkala ini.

               "Aurat." Sepatah balasannya, buatkan jejaka di hadapannya melepaskan tawa hambar.

                Edward mengangkat kening. "Aurat? Habis semalam? Tak kira?" Dia nampaknya benar-benar bergurau sekarang.

              "S-emalam?" Clarissa menelan air liur sebelum dia kembali bersuara. "A-awak betul-betul sentuh saya semalam?" Dia beranikan diri untuk bertanya.

              "Sepuluh kali ke kau nak tanya benda sama? Why are you so innocent Clarissa?" Edward meraup lagi rambut coklatnya yang teralun cantik itu.

              "Kau yang setuju demi hutang bapak kau. Aku tukang kutip je." Dia membalas. Lututnya mula dinaikkan ke birai katil. Dia mengesot tubuh merapati Clarissa.

            Makin dekat Edward, makin takut dirinya. Sebaik jejaka itu mendekati, dia tarik topi yang membaluti rambut Clarissa. Gadis muda itu cuba untuk larang, namun gagal saat Edwis kunci pergerakannya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now