2023 | MayArmell POV
Helen memegang tanganku. Dipegang erat sambil matanya menatapku dengan penuh senyuman.
"Dia sebenarnya...ahh mata aku rasa nak masuk habuk---arggHHHHH sakit Mell, sakit oi!"dia menjerit dengan tangannya tak lepas menepuk tanganku agar berhenti dari mencubitnya.
Ya, aku cubit dia sebab dia tak serius.
"Kaulah! Masa ni juga mata nak masuk habuk la. Tak payah nak sinetron sangat lah."
"Maaflah Mell. Aku rasa nak usik kau je sebab nampak comel sangat reaksi kau tu. Hehe.."
"Jangan sampai aku lari dari perkah---umpppp"mulutku di ketup rapat.
"Tolong, jangan terfikir nak buat macam tu. Dia dah rancang elok-elok demi kau, Mell. Selama ni, dia tengok kau dari jauh je. Tolong, bagi dia peluang untuk tebus kesalahan dia."Helen cepat-cepat melepaskan tangannya lalu mengeluarkan hand sanitizer untuk----kurang asam!
"Kesalahan? Yang aku tahu cuma satu. Dia tak tunjuk muka. Itu je."
"Mika ada bagi pendrive putih kan?"Helen menukar topik. Walaupun aku ingin mempersoal kenapa dia mengelak tapi mengingatkan pada pendrive tersebut.
Aku...
"Oh my god!"
"Kau kenapa?"muka blurrnya di tayang kepadaku.
"AKU LUPA NAK TENGOK ISI DALAM TU, LEN!!! ADUHHHH! SELAMA NI AKU BIAR JE PENDRIVE TU TERPERAP DALAM LACI. ISHH, MANA NIII?! MASA ORANG NAK CARILAH DIA MAIN SOROK-SOROK--HA JUMPA PUN! Len, bawakan laptop aku ke sini--ok, terima kasih." melihatkan tingkah aku yang sebegitu rupa, Helen hanya mampu menggelengkan kepala.
"Tengoklah tunang kau ni, Mika. Dia tak berubah banyak." desisnya di dalam hati.
🌸🌸🌸
Sementara itu,
Mika baru sahaja selesai menunaikan solat zohor. Dia kemudian merenung sejadah itu, lama. Debaran di dada kian terasa menunggu hari itu tiba. Mika memejam matanya, rapat. Seketika kemudian, tangannya terangkat untuk berdoa lagi...
"Ya Allah, aku harap apa yang aku buat ini betul. Aku belajar banyak benda dari si dia. Dia banyak mengingatkanku kepadaMu. Namun, aku yang belum matang itu, sedikit sebanyak memberi kekecewaan kepadanya. Ya Allah, jika dia baik untukku, engkau permudahkanlah urusan perkahwinan ini. Jika sebaliknya, aku redha dengan ketentuanMu. Dan aku sedar, pasti ada hikmah dariMu jika sesuatu tidak bergerak sesuai dengan kehendakku. Kerana itulah yang terbaik. Tenangkanlah hati ini, Ya Allah. Moga baik-baik saja, aamiin."
"Aamiin."
"Along?"
"Along doakan semoga semuanya berjalan lancar buat adik along sorang ni. Yang penting yakin! Nah semangat!"Aqil menghalakan buku limanya ke arah si adik. Mika mengukir senyuman lalu mencantumkan buku lima mereka berdua.
Air yang di cincang takkan putus bukan? Walau seberapa gaduhnya antara dua adik-beradik itu akan terselit jua kehangatan sesebuah kekeluargaan.
"MUHAMMAD AQIL HAIYANN!!!"
"Alamak, bini dah cari. Adios Adrian! Doakan along selamat dunia akhirat!"ucap Aqil lalu bergegas pergi ke arah pencuri hati. Baru sahaja Mika ingin melipat sejadah..
YOU ARE READING
Little Engaged
Short StoryTunangan ini seperti mimpi. Dia.. Siapa? Aku tak kenal dia. Tapi, Dia pilih aku? Aku Dilema. Nak reject ke nak terima? Cover from amateur me ehe🌼 Start : 07 May 2019 End : Tunggu sampai aku kahwin----ya Allah, gatalnya pipi aku