11

286 45 17
                                    


"Kenapa nak awalkan?"

"Bonda dah tua,nak cucu----"

"---Tak baik tipu anak."Walid mencelah sambil membaca surat khabar yang baru di ambilnya sebentar tadi.Bonda buat muka tak puas hati.

"Ish,nak buat drama sikit pun tak boleh."

"Memang tak boleh."

"Bonda..."Mika pantas memotong.Kalau di biarkan ibubapa nya terus-menerus acah perang mulut,mungkin sampai esok pun tak habis.Pikir sweet le tu.

"Ehem,sebenarnya..."Bonda tiba-tiba memegang tangan Walid erat.Mika dah berkerut melihat tingkah laku bondanya itu.Si Walid pula,membiarkan sahaja seakan sudah terbiasa dengan habit isterinya, setiap kali ingin menyampaikan berita gembira.

"...Walid dan Bonda di jemput menjadi tetamu Allah,awal bulan November nanti.Jadi,tak pasti sempat ke tak hadir perkahwinan Mika tu."sambung bonda lagi dengan titisan air mineral yang laju mengalir di matanya bagi menggantikan eyemo. Tak dapat nak menjiwai watak,acah-acah pun jadilah.

"Kenapa bulan depan? Kenapa tak Oktober je? Atau bulan Julai?"tanya Mika bertubi-tubi.Muka bondanya yang penuh dengan air mata palsu itu di biarkan sepi.Kenal SANGAT dengan taktik tu.

"Nanti tanya Iqa."

"Kenapa tak bonda je?"

"Tanak,nanti Mika buat muka seposen.Siapa suruh sibuk kerja sangat? Dah berapa kali bonda nak ajak bincang,Mika tu hah....ish geramlah!Tengok anak awak tu, sekarang baru nak sembang banyak dengan bonda dia."Bonda menyilangkan tangan acah merajuk.Tawar hati bila di perlakukan sebegini rupa,HUMP!

"Oh, sekarang baru anak saya lah?"balas Walid.

"Haah!"

"Bonda...."rayu Mika dengan lembut,berharap si ibu menjelaskan situasi dari mulutnya sendiri.Akan tetapi,

"Apa yang nak di persoalkan lagi? Lagipun Iqa tu kan Personal Assistant berbayar Mika? Ke nak tanya...."belum sempat Bonda ingin menghabiskan ayatnya.

"Ok,Mika akan pergi mintak dengan Iqa sekarang jugak.Bonda jangan bagitahu Along lagi!"laju sahaja anak bujangnya itu mengambil kunci kereta kemudian bergegas keluar.

"Tengok anak awak tu,salam tangan saya pun----"

"Sayang bonda!"Mika memeluk Bondanya erat lalu mengenyitkan mata.Tak lupa juga untuk menyalami tangan Walidnya.

"Tak jadi nak protes (灬º‿º灬)♡."

Setelah itu, kereta milik Mika tidak lagi berbunyi dari deria pendengaran mereka berdua.

"Anak saya kan?"usik Walid.

"Eh,anak kita la."

Bonda main jarinya.

"Tak payah nak buat macam tu.Tak comel pun."

"Ish,abang ni.Tanak kawan!"

Walid tersengih,makin seronok pulak rasa nak mengusik si isteri.

Haihlah merpati saling melengkapi.

🌸🌸🌸

2 minggu kemudian,

Henshin Mall

Mika diam,

Tiada khabar berita.

Aku sunyi,

Tanpa dia.

Little EngagedWhere stories live. Discover now