Kereta milik Armell kini memasuki ruangan rumah agam si dia,Walaupun di sekat berkali-kali oleh pengawal keselamatan..
"Saya tunang kepada Tuan Muhammad Adrian Mikail. Kalau encik tidak percaya, itu bermakna tunang saya---"
"Kami kenal cik Armell. Kami cuma terkejut yang cik Armell datang secepat ini."
"Adakah saya terlampau cepat menangkap pelaku?"
Kedua-dua pengawal itu mengangguk. Wah, tak ku sangka mereka berdua turut bekerjasama dengan tuan mereka. Patutlah aku cari Aqil Haiyan, dorang selalu kata tak ada.
Aku senyum.
"Tolong, izinkan saya masuk sebelum saya tukar status tuan korang menjadi 'bekas tunang',"
"Ah, silakan cik Armell. Kami berbesar hati menyambut kedatangan cik. Tuan Adrian ada di dalam."
"Jangan beritahu dia, saya datang ye."
"Menurut perintah!"
"Terima kasih." Stereng di pusing ke kanan memasuki ruangan parkir milik si dia. Baru sahaja aku mematikan enjin, Iqa datang menyambutku dengan peluh di dahi. Baru lepas berlari agaknya.
"Kak Mell buat apa dekat sini?"
"Melawat tunang."
"Macam mana--" dia menekup mulut. Aku senyum nipis.
"Iqa, tolong tunjukkan jalan ke tunang akak, boleh?"
"Boleh-boleh. Ke sini.."
🌸🌸🌸
Di suatu sudut rumah agam itu,
Terlihat Mika yang tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk kembali di atas sofa. Mahu tak keruan dirinya apabila mendapat mesej dari Iqa yang mengatakan Armell sudah berada di depan pintu rumah agamnya.
Nak tak nak, dia kena hadap juga. Tapi, kehadiran Armell saat ini bukanlah dari rancangan asalnya. Ini sangat di luar jangkaan. Penulis cerita pun takkan terfikir untuk membocorkan rahsia di tengah jalan.
TUK TUK
Mendengar sahaja ketukan pintu itu, membuatkan hati Mika berdebar sakan.
Adakah ini yang di namakan cuak?
"Abang Mika?"
"....Ye?" Lambat-lambat Mika membalas.
"Boleh kami masuk?"
"Sssilakan." Mika berpaling dari menghadap pintu itu. Sesungguhnya dia masih belum bersedia!
Kreak
Pintu itu di tolak,
"Abang Mika, Kak Armell. Iqa akan berdiri di luar pintu. Silakan berbual. Dan pintu ni, Iqa akan biar ia terbuka. Jadi, jangan risaukan apa-apa dan berbincanglah."
Dup dap dup dap
Mendengar ayat Iqa sahaja mampu buat Mika makin gundah. Aduh, tak ada back up.
"Encik Tunang, bukan arah itu yang patut awak hadap." Dia berbunyi dahulu.
Lambat-lambat Mika memusingkan badannya. Matanya jatuh pada si dia yang kini sedang menyilangkan tangan dengan lagak tak puas hati.
YOU ARE READING
Little Engaged
Short StoryTunangan ini seperti mimpi. Dia.. Siapa? Aku tak kenal dia. Tapi, Dia pilih aku? Aku Dilema. Nak reject ke nak terima? Cover from amateur me ehe🌼 Start : 07 May 2019 End : Tunggu sampai aku kahwin----ya Allah, gatalnya pipi aku