"Meow."suara bisikan haiwan menyapa telingaku.Mata yang seakan terlekat di telefon pintar kini mulai memandang ke bawah, automatik senyumanku terukir di bibir.Kucing yang berwarna putih keperangan kini sedang bergesel di kakiku seperti ingin di belai manja.Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling,aku pilih untuk bersila.Badan kucing itu,aku usap lembut.
"Apa itu cinta?"hati ini mula meluah kepada haiwan kesayangan Rasulullah yang tidak memahami apa-apa.
"Dia datang,tapi aku tak menolak.Dia datang, dan aku tidak terdetik untuk mencari kesilapannya...
Melainkan untuk menerima,
Seadanya."sambungku lagi.
Mata-mata yang melihat,aku biarkan sepi.Ibarat tinggal di dalam satu kotak lutsinar,
Di mana,semua orang mampu melihat.
Tapi,tidak mampu masuk..
Tanpa izinku.
Upcoming call....
Mika's
"Awak suka---"
"Tak!Mana ada!Saya tak fikir pasal awak pun!Jangan perasan eh.....ops."aku cepat-cepat menutup mulut.Astaghfirullah,apa masalah aku ni? Aku mengetuk-ngetuk kepalaku.Mika yang menonton aksi secara live itu,tergelak tanpa di pinta.Geli hatinya melihat kelakuan Armell yang luar daripada jangkaan.Tunang aku ke ni?
"Janganlah gelak,ish."omelku,cuba untuk menahan malu.
"Kucing tu.."Mika bersuara setelah menhabiskan sisa tawanya.
"...nama apa?"
"Ha?"
"Yang awak tengah belai sekarang tu."ujar Mika bersahaja sambil bersandar pada pokok yang tersedia di taman itu.
"Awak ada dekat sini? Mana?"aku melilau sekeliling.
Aduh! Aku menepuk dahi.
"Kau tak pernah pun tengok muka dia,macam mana kau nak pastikan dia ada dekat sini? Bengapnya kau ni,Mell. "omelku perlahan.
"Dah puas cari saya?"balas Mika.
"Tipu!Saya tak percaya awak ada dekat sini.Titik!"
"Emm,macam mana ni.."
"Macam mana apa?"
"Macam mana nak curi perhatian awak?"
"Nombor yang ada dail,tiada dalam perkhidmatan.Tuttttttt."
Mika cuba menahan diri dari tersenyum.Alangkah indahnya hidup, jika dia buat aktiviti ini dari awal lagi...
Ting!
Armell's
Jangan buat lagi,nanti kurus puasa.
Ish!
Mika's
Baik Mrs Mika.💜
Hati muhun kuat.Huk huk._________
"A."
"Ai love you."
"B?"dia memandang.
"Baby sayang."
"C?"
"C (See) you in jenjang pelamin."lelaki itu mengenyitkan mata kepada...
PUKK
"Aku dengar tu,Mar."aku memukulnya dengan buku setebal kamus hidup semua orang.Perkara biasa yang wajib aku buat setiap kali member terpesong jalan.Dahlah ajar adik aku subjek yang tidak sepatutnya.
Ha tengok tu,boleh lagi dia buat muka tak bersalah.Bertuah punya member!
"Abang Ammar ajar benda betul kan?"dia sengih kepada Areum,si gadis kecil yang baru berusia 7 tahun.Kenapa Areum?
Sebab author masih belum fikir nak letak nama apa.Shh.
Areum cuma mengangguk laju.Fikir aku tak nampak coklat pada tangan dia tu? Aku menjeling Ammar kembali.
"Nampak ni?"aku menunjuk penumbukku.Manakala dia..
"Tak boleh laga penumbuk awak,kita masih lagi Haram hmm.Tunggu kita kahwin dulu eh? Baru boleh cantum cinta kita."satu kenyitan di berikan kepadaku.
Dasar playboy!
Dengan tidak teragak-agak aku menunjukkan cincin di jari manis.Ehem,basahkan tekak jap.
"Sorry,dah berpunya.Harap tak lupa."
"Oh ye? aku lagi tak lupa bila orang tu kata dia tak kenal pun tunang dia.Boleh jadi....orang tu.....aku kan?"Ammar dengan riak selamba menghalakan jari telunjuk ke mukanya.
"EH?!TANAK AKU!!!shuh shuh.Muhun jauh."
"HAHAHAHAHAHAHAHA aku gurau jelah."
"Aku dah jumpa orang cemni.Ayat gurauan diaorang,kebanyakan boleh undang serius isu tau.Please Ammar Haziq,stop doing this."pintaku.
"Kau pun,Armell.Janganlah ambil serius."
"Tolong, jangan main dengan kata-kata.Aku takut itu satu harapan."
Dan satu doa.
"Armell..."
"Jangan mainkan hati perempuan,Mar.Kami dari kaum yang sama. Begitu jugalah kaum Adam.You hurt other,you hurt me too."Ammar senyum nipis mendengar luahan, yang setiap wanita ingin ucapkan.
"Aku dah berhenti la.Jangan risau."dia memulas tombol pintu rumahku,perlahan.
Demi kau.
"Aku pergi dulu,Assalamualaikum."
Its hard to put into word when you start falling.
YOU ARE READING
Little Engaged
Short StoryTunangan ini seperti mimpi. Dia.. Siapa? Aku tak kenal dia. Tapi, Dia pilih aku? Aku Dilema. Nak reject ke nak terima? Cover from amateur me ehe🌼 Start : 07 May 2019 End : Tunggu sampai aku kahwin----ya Allah, gatalnya pipi aku