Tachyon adalah partikel tenaga hipotetikal yang dapat bergerak lebih laju daripada cahaya. Tachyon adalah kunci utama kejadian di luar adat fizik. oleh kerana ianya lebih laju dari cahaya, Tachyon kemungkinan dapat digunakan untuk menghambat frekuensi dari alam atau masa lain seperti fungsi Antiphone, teknologi komunikasi hipotetikal yang menggunakan gelombang dari Tachyon untuk membuat panggilan ke masa depan atau masa lalu dan berbagai lagi teknologi untuk menangkap pancaran siaran televisyen masa lalu dan masa depan, serta teknologi internet yang boleh menangkap informasi dari masa hadapan. ini kerana masa hanya relatif yang digunakan manusia untuk menghitung waktu. sesungguhnya tidak ramai yang tahu Tachyon adalah partikel sejati yang membentuk sesuatu jasad yang dari mana partikel yang terisi sifat-sifat Tuhan untuk dipinjamkan sifatnya pada makhluk dan hambanya. Tuhan itu tidak bertempat di sini, sana mahupun disitu, tetapi Dia sentiasa omnipresent kerana Dia bersifat wujud di seluruh demensi ciptaanNya ini. inilah sebab mengapa Tachyon itu omnipresent dan dapat bergerak tidak mengira alam demensi dan waktu kerana tachyon sebenarnya ditanggung oleh salah satu sifat Tuhan yang 20 itu iaitu Wujud.
Linner memecahkan kesunyian dalam dewan kuliah yang dipenuhi 20 lebih siswa siswi dan seorang pensyarah lelaki dengan penjelasan pseudoscience yang diminatinya iaitu Metaphysics. itulah serangkap penjelasan yang dilontarkannya semasa dia diminta untuk membentangkan projek final yearnya di fakulti fizik dan eletronik itu. para pelajar seperti baru sahaja mendengar sesuatu yang baru mereka harus pelajari. namun pensyarahnya nampak tidak berpuas hati dengan apa yang baru sahaja dibentangkannya kerana dia baru sahaja mengungkit tentang topik ketuhanan dalam projek fiziknya.
Sebenarnya Linner membuat sebuah projek yang tidak langsung berkaitan dengan apa yang dipelajarinya pada semester lalu . Dia menghasilkan projek Matter Tachyonizer yang berfungsi untuk mengenhance partikel objek dengan tachyon dan berharap sesuatu yang ajaib akan berlaku pada benda yang di-tachyonize kan itu
kaedah yang diketahui untuk mentachyonize sesuatu benda adalah meletakkan suatu objek itu pada tekanan zero-point (ZPF) . perlu diketahui kondensasi partikel tachyon adalah di luar ZPF. mari kita lihat bagaimana fungsi Antitelephone Iphone modifikasi saya ini dapat mencari maklumat di internet pada 3 hari esok.
linner menghubungkan USB Iphonenya dengan skrin projektor dewan kuliah itu. Telefon pintarnya yang terhubung secara wireless dengan peti sebuah satelit kecil yang dienhance transmitternya dengan tachyon untuk memerangkap frekuensi radio google pada 3 hari kemudian.
Linner membuka google dan mengakses google news dan membuka berita terkini yang sebenarnya adalah artikel siaran 3 hari akan datang.
banyak berita yang terbaru tentang 3 hari akan datang yang jelas terpapar di skrin. para pelajar dan pensyarah terkejut membaca berita tersebut, Tsunami melanda di daerah mereka. khabar angin kononnya ada tersebar di internet yang mengatakan tsunami berlaku 3 hari akan datang dan penduduk di arah meninggalkan rumah dan menyelamatkan diri di tanah tinggi kerana tsunami melanda di kawasan tanah rendah. khabar angin itu langsung tidak dipercayai sesiapapun, setelah mendapatkan ramalan dari ahli metereologi malangnya tidak mengesahkan tanda awal berlakunya tsunami pada hari yang diberitahukan itu , maka khabar angin itu dikatakan hoax . namun tsunami tetap melanda pada hari tersebut. video paparan tsunami masa depan itu turut ditayangkan
berita tersebut membuatkan linner terkejut, pensyarah dan para pelajar juga terkejut . para pelajar masing-masing merakam video dari skrin projektor linner dan terus menguploadnya ke youtube dan disebarkan terus di facebook dan twitter. para pelajar seperti mencari publisiti daripada berita yang mereka ketahui itu dan masing-masing juga menokok tambah untuk menunjukkan pada pengguna internet lain bahawa mereka hebat dapat menyiarkan berita masa depan. linner dan pensyarahnya tidak sedar tindakan senyap para pelajar tersebut.
linner pun menghentikan akses internet itu dan dia memberi kata akhir dari presentation nya itu dengan penjelasan asas tentang Tachyon dan mengakhiri pembentangan itu . para pelajar pun menunjukkan rasa hormat di depan linner dengan bertepuk tangan pada projek terbaik universiti itu namun dari belakang sesetengah pelajar amat cemburu pada projek peribadi yang dihasilkan linner itu walaupun linner orang terakhir yang membentang projek nya.
pensyarah linner pun mengakhiri kelas itu dan mengumumkan markah final year project mereka nanti sebelum study week. Linner tidak mengharap akan markah yang diberi tetapi berharap ilmu dan teknologi yang disampaikan amat bermanfaat dan membuka minda bakal saintis di universiti untuk menghasilkan produk electronic yang menggunakan teknologi Tachyon.
para pelajar pun keluar dari dewan tersebut sebaik sahaja pensyarah tersebut keluar. Linner adalah orang terakhir keluar dari dewan kuliah. dia terus menuju ke keretanya dan pulang. sambil dia memandu, dia berfikir-fikir apakah berita masa depan yang ditatapnya adalah nyata atau palsu, apakah persediaan yang harus dilakukannya bila berhadapan situasi sebegini.
Linner terasa lapar semasa berhadapan kesesakan jalan raya menjelang petang hari itu dia bercadang untuk berhenti berehat di cafe driventhru kegemarannya .
sesampainya di cafe, Linner memberhentikan keretanya lalu masuk ke cafe lalu menunggu barisan order makanannya. Linner memesan set C low calorie yang mengandungi menu brown rice , black pepper beef seitan, cheesy crispy veggies dan lemonade ice freshies . semuanya berharga 5.00 Fahls.
Linner menikmati makanannya dengan begitu selera. sambil-sambil itu dia melihat-lihat persekitarannya . hanya dia seorang yang makan berseorangan di sebuah meja 4 kerusi yang besar .
tetapi tiba-tiba seorang lelaki duduk di hadapannya untuk makan.
"maaf saya duduk di sini boleh kan ?" kata lelaki itu sambil duduk
"dah banyak meja duduk yang penuh. saya harap awak tak marah saya duduk sini. ok ?"
"tak apa . duduklah" linner yang tadi makan berselera mula makan perlahan-lahan. sambil senyum memandang lelaki itu
"apapun, saya Nash. gembira duduk ngan awak. awak siapa nama?"
"saya Linner. ya gembira bertemu awak" kata linner
"ohh! awak kerja lagi atau belajar?"
"saya masih belajar. saya ambil degree . sekarang dah final year."
"oh camtu. saya ni pulak kerja. saya saintis di National Agency Science Aeronautic"
Linner terkejut mendengar nama itu . nama tempat itu adalah tempat kerja idaman linner apabila dia menamatkan pengajian dari universiti. Hati Linner terus teruja pada lelaki itu.
"awak kata awak saintis?" Linner bertanya dengan curiga sekali
"yeah, you heard me right?" balas Nash . Nash sememangnya bekerja sebagai saintis polymer dan mekatronik untuk mencipta peranti terbaru projek sulit National Agency. National Agency sedang dalam percubaan mencipta inovasi terbaru untuk evolusi teknologi masa depan.
"saya sedang dalam projek pembikinan teknologi interface manusia yang mampu melakukan berbagai tugasan yang luar biasa. saya sedang mencari kepakaran daripada suatu university yang kononnya mempunyai pelajar yang faham selok belok Tachyon energy. Kalau tidak silap pelajar ini bernama Linner."Linner begitu terpaku , ada seseorang daripada National Agency ingin mencari dirinya tetapi dia masih samar objektif lelaki tadi mencarinya
"kenapa awak nak cari saya?"
"well, saya ingin mencari kepakaran daripada pakar tachyon di depan saya sekarang ,hehe. kalau awak sudi, awak mahu tak melawat makmal saya nanti? " Nash mengukir senyuman hebat yang membuatkan Linner terpesona terhadap passion kepada kerjayanya
"bila?" Linner bertanya. dia begitu teruja terhadap tawaran lelaki tadi dan berharap dapat mengongsikan ciptaannya berdasarkan mesin Tachyon
"selepas dinner?" Nash senyum di hadapan Linner, Nash yang memakai cermin mata itu pun membetulkan cermin matanya.
bersambung...
YOU ARE READING
pengembaraan ke beyondworld
Bilim KurguLinner seorang pelajar dari satu university, pelajar yang satu-satunya mengkaji tentang Tachyon sendirian telah menemui cara untuk mencari maklumat internet 3 hari di masa akan datang. 3 hari akan datang bencana tsunami melanda tempatnya . tsunami y...