Bab 1

3.6K 359 12
                                    

"GEMUK! BURUK! NERD! KUAT BERPELUH! Muka macam jalan raya tak kutip cukai! Suka buat lawak bodoh pula tu!"

"Dah puas hina anak orang? Astaghfirullah'halazim," Istighfar panjang Datin Lana mendengar hinaan bertalu-talu anaknya pada seorang gadis yang tak berdosa. Kalau didengar dek keluarga gadis itu, past terluka hati mereka.

"I'm just 21, ma. Nonsense betul kena kahwin dengan budak baru habis spm!" Luah Irhan masih tak berpuas hati.

2 jam berlalu sejak peguam kepada arwah ibu mertuanya datang dan membaca wasiat-wasiat yang telah ditinggalkan arwah.

Memang agak melampau tapi demi menjaga keharmonian hubungan dua persahabatan yang telah terjalin berabad-abad dan kestabilan syarikat keluarga mereka. Hal ini tak kedengaran mustahil untuk dilakukan.

Ini amanah, kalau tak dibuat tak baik. Kalau bukan wasiat ditinggalkan pun, hal ini memang akan juga terjadi. Hubungan keluarga mereka dengan keluarga Kathrine Adhara bukan setakat bersahabat baik melainkan sudah seperti keluarga sedarah.

"Ma, tolonglah! Jangan paksa,"

"I am sorry but I cannot help you. Lagipun perkahwinan kamu berdua cuma perlu bertahan sampai Kathrine masuk 25 tahun je. Lepas tu everything is on you guys. Kalau nak teruskan tiada siapa boleh halang dan kalau nak berpisah pun tak ada siapa boleh halang," balas sang ibu.

"Mengarut kan? At the end boleh cerai juga, so apa motif kahwin? 8 tahun tu lama mama," soal Han. Sungguh, rasa menyesal menjadi cucu sulung tak henti menekan diri. Kenapa bukan dia yang adik kalau tidak tak adanya dia harus hadap wasiat mengarut begini dalam usia yang terlalu muda. Belajar pun tak habis lagi.

Datin Lana mencebikkan bibir. Tak mengarut pun. Sebelum ibu mertuanya meninggal dia ada beritahu sebab dia tetapkan waktu selama itu. Katanya, mustahil hubungan yang terjalin 8 tahun tak terbitkan apa-apa rasa dihati mereka. Bila fikir balik, betul juga cuma untuk terlalu yakin itu tiadalah.

"Please Han. Kahwin je, tak nak tinggal serumah dalam masa terdekat pun tak apa asalkan kita akur dengan permintaan arwah nenek," pujuk Datin Lana.

"Ish! Han bencilah. Dahlah Kath tu tak cantik! Suka-suka nak kahwinkan cucu tak cantik dia tu dengan mana-mana orang! Menang besarlah!" Dengus Han sebelum dia bangkit dan panjat anak tangga untuk ke bilik.

"Jaga bahasa tu Han! Jangan sampai makan diri nanti!" Balas Datin Lana kuat.

Fuh! Teruji juga iman dia dengan anak sulungnya itu punya mulut kadang-kadang. Nak dicilikan dah besar panjang pula.

KATHRINE ADHARA kekal tenang dan membisu sebaik mereka sekeluarga tiba dirumah pusaka keluarganya.

Punggung dilabuhkan diatas sofa sambil fikirannya tak henti memikirkan hal tadi. Kahwin. Ya, menakutkan. Setiap kali sebut perkataan itu, bulu romanya menegak dan dia meremang.

Umurnya baru 17 tahun, baru minggu lalu dia berjuang mati-matian untuk ujian besar SPM. Hari ini, dia rasa macam nak mati dengan wasiat yang baru dia dengar lebih kurang sejam lalu.

"Ayah..."

"Ayah rasa kita tak ada pilihan," ujar ayahnya dalam suara tenang selepas berfikir panjang.

Makin berdegup jantung Kath. Debarkan isu perkahwinan satu hal namun ada hal lain yang lebih menakutkan. Penerimaan Irhan terhadapnya.

Mengenangkan wajah Irhan setiap kali melihat dia, Kath memejam mata sekuatnya.

"Selekehlah kau ni."

"Kau tahu tak perempuan obes macam kau ni tak ada lelaki nak?"

"Tak nak kurus ke?"

"Papa kau kaya asal tak repair muka kau eh?"

"Kalau benda bodoh je nak cakap, baik diam."

Entah ditelinga orang lain, tapi ditelinga Kath semua kata-kata yang keluar dari mulut Han semuanya merendahkan keyakinan diri dia hari demi hari. Setiap kali pulang dari berjumpa keluarga Han pasti Kath tak akan terlepas dari menangis. Kath akan menangis dibelakang semua orang. Saat dia sendiri.

Malu dengan diri, benci dengan diri.

Bayangkan, lelaki yang kita minat... yang kita admire... hina kita depan-depan macam kita tak ada maruah. Kath jujur, dia sangat sukakan Han. Sejak dia mula ada perasaan pada seorang lelaki. Han pertama dan Han terakhir.

Siapa sahaja tak suka Han? Han handsome, Han pandai, Han ada lesung pipit, Han pandai main bola sepak dan Han hebat dalam macam-macam benda yang boleh buat perempuan jatuh hati bila tengok dia. Termasuklah Kath.

Tapi dia sedar siapa dia. Dia tak cantik, tak kurus dan tak seganding dengan Han. Jadi, wasiat yang diberikan Nenek Maryam sangat tak masuk akal dan mendera.

Kenapa permulaannya selalu begini? Kerana nak kembangkan bisnes yang sudah cukup kembang... cucu harus digadaikan. Benda semacam ini tak berkesan untuk semua kisah. Ada kalanya, pengakhirannya bukan 'happy ending'.

Seperti dia dan Irhan Shah. Dia sudah nampak jelas pengakhiran perkahwinan mereka walaupun belum terjadi perkahwinan itu. Mereka tak akan berhasil dengan kebencian Han pada dia.

"Tapi Kath baru 17 tahun," ujar Kath cuba menolak.

"Ayah tahu. Macam ni, kahwin je dulu. Ikat. Selagi usia Kath tak cecah 25 tahun, ayah tak akan paksa Kath untuk buat apa-apa melainkan atas kemahuan Kath sendiri," ujar ayahnya. Dia tidaklah kejam dan dia cukup kenal dengan keluarga Dato Malek Shah.

Kath mengeluh berat dan memandang kearah lain. Takut. Dia tak mahu berhadapan dengan Han. Han mesti benci sangat dengan apa yang berlaku sekarang.

Dia takut Han tak boleh terima dia sebagai isteri. Kath malu dengan keadaan dirinya.

Kath tak mahu tapi apa pilihan yang dia ada? Hal ini cukup besar untuk dia mementingkan dirinya sendiri.

tbc

Love, Rose

Kath √Where stories live. Discover now