Bab 12

2.9K 399 40
                                    

          SEPERTI yang semua warga AERA Holdings sudah sedia maklum. Tanggal 23 Mei adalah hari keramat dimana empayar keluarga Tan Sri Ismail Shah bermula. 40 tahun membina empayar, banyak mata jadi penyaksi jerih dan pedih mereka.

Dari pembinaan syarikat pengeluaran tekstil terbesar ini juga, hubungan baik dua sahabat menjadi makin erat sehingga mustahil untuk di putuskan. Ditambah lagi, 8 tahun lalu telah wujud jalinan satu hubungan yang terjamin.

Pernikahan cucu Tan Sri Ismail Shah dan Dato Sri Qadri iaitu Muhammad Irhan Shah dan Kathrine Adhara. Setelah 8 tahun hubungan ini kekal rahsia dari orang luar hari ini ia akan didedahkan kepada orang ramai.

HAN membuntuti papanya masuk kedalam ballroom yang sudah dipenuhi rakan dan kenalan AERA Holdings. Dia tak banyak bicara, rata-rata wajah dia tak kenal. Mana nak kenalnya kalau perkembangan syarikat pun dia tak pernah ambil tahu.

"Dato Malek,"

Kepala Han juga automatik terdongak bila nama papanya diseru satu suara yang tak asing. Ya, tak asing.

Uncle Omar. Dia salam tangan lelaki itu. Sejak hari mereka minum kopi buat pertama kali rasanya ini baru kali ketiga mereka berjumpa lagi.

"Adhara mana?"

Soalan sang ayah buat jantung Han rasa bagai diramas. Perhatiannya tertarik sepenuhnya pada sebaris nama itu.

Sejak memori lebih seminggu lalu waktu dia lihat potret keluarga Kath didinding pejabat Uncle Omar, fikirannya tak setenang dulu lagi.

Kacau habis dan dihuni Kath keseluruhannya.

Lebih huru hara berbanding selepas dia mimpikan Kath berkahwin dengan lelaki lain.

Segala sistem didalam tubuhnya juga memberi reaksi lebih dari sebelum ini. Fikirannya apatah lagi. Tahu tak perasaan bila seseorang sudah mula ganggu fikiran kita tapi kita langsung tak pernah berdepan dengan orang itu? Yang kita dengar hanya namanya jadi sebutan, hanya memori lama jadi bayangan dan hanya gambar jadi tatapan.

Penantian yang buat dia gila.

Han rasa dia tak seperti sudah obsesikan seorang Kathrine Adhara. Wanita yang dia benci sepenuh hati tanpa sebab 8 tahun dulu.

Nafasnya ditarik bila dadanya sudah terasa sesak. Pandangan dikalihkan kearah lain. Dia sesak dengan hanya membayang Kath berada didalam satu ruang dengannya. Mereka bernafas diudara yang sama.

Tak sangka, nak jumpa Kath pun dia boleh rasa begini sedangkan Kath bukannya siapa-siapa. Tak...tak... Kath isterinya kini. makin nak gila rasanya bila sedar akan kenyataan itu.

Kath milik dia.

Kath milik Irhan.

Kathrine Adhara milik Irhan Shah.

Berulang-ulang ayat itu bermain dikepalanya seperti baru diberi kesedaran selepas 8 tahun.

Ibu jari tangan kirinya dibawa usap cincin dijari manis tangan kanannya. Ini bukti Kath milik dia.

"Ha tu dia, Kath"

Drastik kepala Han turut tertoleh kearah nama Kath diseru.

Zap!

Detik itu dia rasa dunianya bagai terhenti bila dia lihat ada seorang wanita sedang berjalan tenang menuju kearah mereka dengan senyuman manis diwajah. Sangat manis.

Jantungnya juga seperti berhenti berdegup serta merta.

Gadis itu memakai off-shoulder dress berwarna hitam. Rambutnya yang separas dada dilepaskan beralun. Wajahnya disiapkan dengan solekan yang agak minimal namun cukup mempersona. Tubuhnya ramping, dia cantik. Dia sempurna.

Kath √Where stories live. Discover now