TIBA hari Isnin, rutinnya akan seperti biasa selaku pembantu butik di butik milik mama Lana. Sepanjang dia bekerja sambilan sementara tunggu keputusan SPM keluar, macam-macam benda yang dia belajar di butik itu.
Selesai bersiap ringkas, Kath turun ke tingkat bawah dan hanya kekosongan ruang makan yang menyapakan.
Seketika, Kak Diba letakkan scrambled-egg diatas meja. "Morning Kath"
"Morning Kak Diba, mana semua orang?"
"Datin dengan Dato keluar sekali tadi sebab dari ada urusan luar. Kata Datin dia dah whatsapp Kath"
Laju Kath keluarkan telefon dari totebagnya. Dia memang tak buka telefon lagi sejak dia bangun dari tidur dan ya ada mesej dari mama Lana beritahu yang dia terpaksa keluar awal hari ini dan dia juga kata dia ada minta Han hantarkan Kath ke butik hari ini.
Han?!
Serentak itu, manusia bernama Han muncul diruang dapur dengan wajah ketatnya seperti biasa.
Sejak momen dia jatuh diatas Han tempoh hari, dia memang langsung tak nampak muka Han lagi. Dia yang lari, dia yang elak sebab dia masih tak hilang rasa malu dan sekarang mama Lana minta Han yang hantar dia?
"Kau nak pergi mana?" Soal Han bila Kath mahu keluar dari ruang dapur.
"Butik,"
"Mama suruh aku hantar kau. Duduk makan,"
"Tak apa, Kath boleh pergi naik Grab"
"Duduk. Makan." Arah Han.
Kath akur, kerusi ditarik dan dia duduk. Dia memandang Han melalui ekor mata dan lelaki itu tak lepas memandang dia sehinggalah punggungnya jatuh diatas kerusi.
"Makan, tak makan karang pengsan pula aku yang nak kena menjawab"
Kath makan dengan senyap sunyi namun dikepalanya sudah riuh dengan suara akal sendiri. Macam-macam yang dibualkan didalam kepalanya.
Sedang dia mengaut sup cendawan kedalam sudu, matanya jatuh pada cincin dijari manisnya. Ada cincin. Laju matanya pergi ke jari kanan Han.
Kosong.
"Dah siap makan belum?"
"Da...dah"
Han bangkit dan terus keluar dari rumah. Berlari anak Kath mengejar langkah Han sehinggalah dia masuk kedalam kereta lelaki itu. Hampir dia lupa cara untuk bernafas bila bau kereta Han. Macam bernafas didalam baju Han bila wanigan lelaki itu semerbak memenuhi udara.
Sekali lagi, suasana kereta senyap sunyi. Sebenarnya, ada sesuatu yang berubah sejak memori terhimpap itu.
Apa yang berubah?
Inilah perubahannya. Senyap sunyi.
Dulu kalau setiap kali jumpa penghinaan demi penghinaan Han lemparkan pada dia. Tapi sekarang lelaki itu tak banyak menghina lagi. Dia banyak diam. Ke sebab mereka sendiri pun jarang sekali jumpa?
"Kau nak apa-apa tak?"
Kath tersedar dari lamunan sendiri bila disoal Han. Bangunan dihadapan mereka dipandang, Starbucks.
Kath gelengkan kepala.
Han parkirkan kereta dan keluar selepas itu meninggalkan Kath sendirian didalam kereta.
Kath pejam mata dan dia menarik nafas dalam. Fuh, leganya bila Han tak ada didalam satu ruang dengannya.
Namun, kelegaan itu hanya kekal untuk seketika sebelum pintu bangunan café dihadapannya terbuka dan Han keluar bersama bungkusan ditangan.
