Bab 2

2.4K 265 10
                                    

          "AKU terima nikahnya Kathrine Adhara binti Mohammad Omar dengan mas kahwin RM 5,000 tunai,"

"SAH!"

Sekali lafaz hubungan mereka sudah menjadi lebih dari hubungan baik dua keluarga. Yang dulunya dipanggil gemuk dan buruk, kini sah menjadi isterinya. Yang dulu dikutuk tak akan ada yang mahu kini sudah terikat dengan dia.

Wajah Han sedari tadi sugul. Tak ada secalit senyuman mahupun riak ikhlas. Biar semua orang tahu dia tak akan pernah rela dengan perkahwinan ini atas apa jua alasan.

8 tahun, bukannnya sikit-sikit masa. Usianya juga sudah hampir berganjak ke 3 siri. Kalau dia kahwin dengan perempuan yang dia cinta dalam tempoh itu agaknya dah beranak pinak! Tak fasal-fasal dia kena buang masa dalam perkahwinan mengarut ini.

Uh! Tak boleh dibayangkan Kathrine Adhara si gemuk buruk itu adalah isteri dia. ISTERI! Tak pernah dia bayangkan pun! Nama aje sedap tapi fizikalnya tak sedap langsung dipandang dek mata!

Ni kalau kawan-kawannya tahu pasti dia teruk dibahan. Mana tidaknya, dekat universiti yang mahukan dia bukan calang-calang punya cantik. Sampaikan yang wajah biasa-biasa pun rasa diri tak layak mahu dekati dia. Bekas kekasihnya juga berdarah campuran Melayu-Inggeris.

Kathrine? Huh, harap aje ada darah campuran Filipina. Patutnya bergandalah cantik dia tapi lihatlah, kemana campuran darah itu pergi Han pun tak tahu.

"Han!" Seru adiknya, Iryan yang berada dibelakang dalam nada bisik. Han berdecit sebelum memaling kearah Iryan.

"Doalah!"

"Amin!"

Baru dia ingin tadah tangan, suara orang ramai mengaminkan doa sudah berdengung diseluruh ruang banglo 3 tingkat itu. Baguslah dia tak berdoa sama, biar tak berkat perkahwinan ini.

"Muka tu elok sikit," sempat mamanya berpesan saat dia menyalam tangan wanita itu.

Han menjeling ke langit. Cuba mamanya yang berada diposisi dia kini, tengok boleh ke tidak nak tersenyum. Kalau pasangannya macam papa memanglah boleh senyum sampai dahi tapi cuba kalau bentuknya macam Kathrine... mahu berlinang air mata dari awal majlis hingga 8 tahun hadapan.

"Pengantin boleh sarung cincin,"

Terdengar sahaja suara itu, Han terus memandang kearah Kath yang berada sedikit di belakang.

Wajah Kath tak seperti selalu, wajahnya sudah diserikan dengan solekkan yang tampak manis. Huh! Berapa inci tebal agaknya mekap untuk menutupi setiap satu cela diwajah Kath.

Wajah Kath juga terisi senyum, senyum yang jelas dipaksakan. Lebih riak takut dan ingin menangis berbanding senyum.

Padahal dalam hati suka, bukannya Han tak tahu Kath suka dia. Kalau tidak takkanlah setiap kali berjumpa mesti ada aje nak ditanya. Kadang-kadang buat lawak bodoh. Menyampah Han dibuatnya.

Seperti yang disuruh, Han bangkit dan duduk dihadapan Kath. Cincin yang berada didalam kotak baldu berwarna biru dikeluarkan dan disarungkan ke jari tengah Kath dengan kasar.

"Eh!" Terbeliak biji mata Datin Lana. Laju-laju bahu Han ditepuk sebelum cincin dijemari menantu barunya ditanggalkan.

Wajah anaknya dijeling tajam sebelum diserahkan kembali cincin itu kepada Han kembali.

Sepanjang Han menyarungkan cincin buat kali kedua, matanya kekal dibeliakkan sehinggalah cincin kemas tersarung dicari manis. Dia harus buat begitu, biar Han tahu dia tak main-main.

Wajah besannya dipandang, ada senyuman tak nyaman diberikan. Jelas sekali kelakuan Han menjadi jamahan matanya. Sekeliling pula dipandang. Semua orang tersenyum suka, nasib baik tak banyak mata yang nampak kalau tidak mahu jadi isu nanti.

Giliran Kath pula menyarungkan cincin dijari manis Han dan mereka bersalaman.

Saat Kath tunduk mencium belakang tangan Han, jurukamera bersuara.

"Stay,"

Kath akur, namun dapat dia rasakan tangan Han yang berada diatas kepalanya menolak kepalanya untuk tidak terlalu rapat dengan tangan Han. Sakit hati Kath dibuatnya namun dia tak boleh buat apa-apa. Han memang bencikan dia dan itu hakikat sampai bila-bila.

Kata mamanya, perkahwinan mereka hanya perlu bertahan sehingga dia berusia 25 tahun. Dari hari mamanya beritahu sehingga hari ini Kath tak mampu berhenti berfikir, macam mana nak bertahan 8 tahun kalau dekat 2 minit pun Han selalu halau dia pergi seperti dia serangga yang sangat jijik.

"Perfect. Pandang sini pula pengantin. Smile!" Arah jurukamera lagi.

"Rapat lagi boleh?" Minta lelaki itu.

Kath akur namun jelas kedengaran decetan kasar dari mulut Han.

"Abang senyum sikit boleh?"

Kath memandang kearah Han seketika. Ya, tiada secalit senyuman diwajah Han. Benci betul Han dengan perkahwinan ini. Kath mula rasakam tubir matanya kabur dek air mata. Kepala didongankkan kelangit.

"Okay done!"

Tanpa tunggu seminit, Han bangkit dan beredar.

Semua mata memandang lelaki itu namun cepat-cepat keluarga kedua-dua belah pengantin menyibukkan mereka dengan hal lain.

"Jemput makan ya... sila-sila,"

KATHRINE hanya duduk kaku diatas katil. Biliknya yang dulu adalah comfort zone bagi dia kini ibarat medan tempur. Tempat yang dia paling takut untuk huni. Dihadapannya ada Han yang sedang duduk sambil menekup wajah mengunakan tangannya.

"Kau mesti suka kan?"

"Kenapa pula?" Soal Kath kembali dengan wajah takut.

"Yelah, kau kan suka aku tahu-tahu dapat kahwin dengan aku. Tiket express lepastu buat muka macam kena paksa,"

"Kath tak fikir macam tu pun,"

"Tapi memang itu yang kau rasa kan? Ish sakitnya hati aku tengok muka kau. Dahlah baru habis spm! Dengan akunya tak habis belajar. Tak habis stress study nak stress hadap kau pula,"

"Kath..."

"Kau rasa kau layak ke kahwin dengan aku? Malu tau kalau kawan-kawan aku tahu pasal kita. Dahlah diaorang selalu kutuk kau tahu-tahu jadi bini aku pula,"

"Apa salah Kath dekat Han eh? Han benci sangat dengan Kath,"

"Salahnya sebab kau selalu semakkan mata aku. Saiz badan kau je kalau berdiri depan mata aku dah tutup sekeliling pandangan. Muka kau ni, kau memang tak reti jaga muka ke? Mak ayah kau banyak duit, kau tak cari treatment repair muka kau ke? Tak malu keluar dengan keadaan macam ni?"

Kath terdiam seribu bahasa. Air mata mengalir dipipi diseka.

"Huh, kalau kau malu tak adalah kau gemuk kan? Tapi masalahnya aku pula yang malu. Egh! Macam mana kalau kawan-kawan aku tahu? Ya Allah!" Han raup wajah.

Semakin galak air mata Kath tumpah. Selama ini, memang dia malu dengan fizikalnya sebab itu dia susah sangat nak keluar rumah lagi-lagi untuk ikut mama dan ayahnya ke apa-apa majlis. Dia malu dan dia tak nak mama dan ayah malu mempamerkan dia pada rakan-rakan mereka.

Dia selalu terfikir, mesti orang akan berkata-kata bila mama dan ayah yang bak pasangan sempurna raut mereka tapi anak pula seperti dia. Lagi takut jika orang sudah membayangkan dirinya cantik.

Bukan itu aje, dia nak berada dikhalayak manusia walaupun bukan orang yang dia kenal juga dia tak ada keyakinan. Takut jika orang mengata dan menilai dia dalam hati. Tubuhnya gemuk sangat, mukanya tak licin seperti remaja-remaja lain. Banyak kekurangan diri yang buat dia jadi tiada keyakinan.

Lagi teruknya, ada satu manusia yang memang akan menilai dia tanpa menjaga langsung perasaan dia, Han. Lelaki yang dia suka.

Kalau lelaki yang dia suka pun akan nilai dia begitu apatah lagi orang lain.


Kath √Where stories live. Discover now