KATH turun dengan terburu-buru.
"Nak gerak dah?"
Kath anggukkan kepala sambil tersenyum memandang mamanya. Hari ini hari jadi seseorang yang sangat istimewa, Tengku Raees a.k.a coklat Reese's dan dia adalah orang wajib ada dimajlis hari jadi lelaki itu. Kata Raees, tak guna majlis ini tanpa Kath. Mengada.
"Kirim salam pada Raees ya. Cakap dekat dia, wish panjang nanti mama bagi dekat Whatsapp,"
Sempat Kath tertawa lucu sambil menganggukkan kepala.
"Bye ma!"
Sambil pandu kereta kesayangannya, bibir menyanyi kecil mengikut suara dari corong radio.
Tiba di lokasi, Kath masuk kedalam vila 4 tingkat itu bersama beg kertas pakaian jenama kegemaran Raees ditangannya.
"Finally, orang penting I dah sampai"
Kath tertawa kecil mendengar bicara Raees. "Happy birthday, Raees" Ucap Kath dan beg kertas ditangannya diserahkan kepada Raees. Hari ini Raees genap 27 tahun. Ya, sahabat 8 tahunnya itu seusia Iryan sebab itu mereka sangat kamcheng!
"Wow... wow... thank you Kath. The best present ever" Ujar Raees dengan senyuman besar.
"Iye lah tu,"
"Mestilah, my favourite brand kot"
"It's not like you can't afford what I bought for you," ujar Kath. Bukannya apa, dia segan. Hadiahnya taklah seberapa untuk Raees berikan reaksi teruja begitu. Tapi itulah Raees yang dia kenal. Hargai apa sahaja yang orang beri pada dia walau hanya sehelai dauh. Ceh!
"It's not about afford, it's about effort, dear Kathrine"
"Fine,"
"Mana Iryan?"
"Ada dekat dalam, jomlah masuk"
Kath masuk dan serta merta dia disapa orang-orang yang tak asing dengannya. Ya, semua yang ada disitu semuanya orang yang dia kena. Siapa kawan Raees, itu jugalah kawan dia.
"Please enjoy, everyone" ujar Raees sebelum meminta DJ untuk menguatkan lagu yang dipasang.
1 jam, masa berlalu tanpa mereka sedar. Leka berbual walaupun sebahagian dari mereka hari-hari berjumpa dipejabat.
"Raees pernah cakap yang dia akan kahwin bila umur dia masuk 27. Hari ni, masuklah 27 umur kawan saya ni," ujar Matin dengan bahasa dan nada formal.
Raees jungkit kening sebelum mengurut keningnya. Dah mula si Matin ni.
Kath yang hanya menonton sudah tersenyum lebar.
"So, Kath..."
Kath menoleh kearah Matin kembali, kening dijungkitkan.
"Bila you nak terima kawan baik I ni?"
Kath gelengkan kepala sebelum teguk air ditangannya.
"Stop Matin, leave her alone," ujar Raees sambil menggelengkan kepala dan buat-buat muka marah.
"Okay... okay... chill! Aku cuma nak tolong"
"Banyaklah kau!"
Begitulah mereka sejak dulu. Bukan sahaja Matin tapi rasanya semua kenalan fikir yang Kath dengan Raees ada hubungan lebih dari kawan baik. Tiada semua itu.
Mereka hanya bersahabat dengan sangat baik bermula dari perkenalan dengan Romeo, Juliet, Seroja, Kemboja dan Lantana Camara. Sedihnya, Seroja dan Kemboja sudah kembali kepada Ilahi 4 tahun lalu.