Bab 7

1.8K 269 9
                                    

8 TAHUN KEMUDIAN

HAN berjalan tenang membelah jubin marmar diapit deretan butik berjenama antarabangsa di Lapangan Terbang kedua di Kuala Lumpur itu. 8 tahun, selama itu dia tak jejakkan kaki di bumi Malaysia dengan alasan marah akan wasiat keluarganya dan keluarga Kath.

Dia tepati janjinya.

Tak logik bukan? Hanya kerana dipaksa kahwin dia sanggup tak balik jenguk keluarga dan bertanah air di negara orang tapi itulah hakikatnya.

Bila makin dewasa dan berfikir dengan baik. Perangai dia dulu memang tak ubah macam remaja yang tak matang.

Habis semua diamukkan. Habis satu ciptaan Allah dihina semahunya. Macam diri cukup sempurna.

Semakin dewasa juga semakin rasa bersalah sedikit demi sedikit menemani hatinya. Terhadap siapa lagi kalau bukan terhadap manusia bernama Kathrine Adhara. Gadis atau lebih tepat kini gadis yang sudah 8 tahun bergelar isterinya tanpa dia tahu khabar wanita itu. Entah sihat atau tidak, hidup atau mati.

Gadis itu digantung tak bertali selama 8 tahun. Tak boleh bercinta dengan mana-mana lelaki, tak boleh lakukan apa-apa seperti wanita belum berkahwin sesuka hati atas sebab statusnya sebagai isteri orang. Memang tiada siapa yang menghalang, tapi tetap tak manis dipandang orang walaupun hubungan mereka suami isteri tak ubah seperti orang asing.

Han ingat lagi hari dia putuskan untuk sambung pengajian di United Kingdom dan terus bekerja dinegara orang itu lepas tamat pengajian. Dia bilang pada orang tuanya dia tak akan pulang sehingga tamat 8 tahun.

Mama, papa dan keluarga Kath terpaksa akur. Kata mereka, mereka tidak mahu memaksa memandang Kath juga akur. Dia juga banyk benda yang perlu dipandang demi masa hadapan lagi-lagi Kath baru nak masuk dunia dewasa.

Han pergi bawa diri dan tak pulang-pulang langsung.

2 tahun pertama, mamanya kerap mengirim khabar keluarga dan juga Kath.

Han lihat foto yang baru dikirimkan mamanya. Gambar keluarganya dan keluarga Kath bercuti di Kundasang, Sabah. Dalam banyak-banyak wajah didalam gambar itu, wajah Kath sentiasa menarik perhatiannya untuk buat dia marah. Jelak sangat dia lihat Kath entah kenapa sedangkan kekurangan yang ada pada Kath bukannya ada kena mengena dengan dia pun.

Beberapa keping gambar lain turut ditampalkan begitu juga gambar Kath sendirian.

— Tak perlulah hantar gambar Kath sekali. Han tak nak tengok pun.

Tak baik cakap macam tu. Itu kan isteri Han, apa-apa pun Han kena ambil tahu urusan Kath — Mama

Dan perbualan tamat disitu. Bila masuk sahaja topik tentang Kath, dia sentiasa tak ingin ambil tahu namun lagi dia tak mahu tahu lagi kerap mamanya hantar perkembangan Kath pada dia.

Keputusan SPM cemerlang Kath lah.

Kath beli kucing baru bernama Milo lah.

Kath masuk universitilah.

Gambar kat pergi orientasilah.

Video Kath menangis bila terima kejutan hari jadilah.

Namun, semua itu cuma bertahan untuk 2 tahun dan selepas tamat dua tahun tiada lagi nama Kathrine Adhara didalam pesana text mamanya. Tak ada gambar Kath atau video Kath. Han rasa bebas dari nama Kath namun dia tak sesenang yang dia fikirkan.

Kerap dia tanya pada diri sendiri kenapa mamanya berhenti? Kenapa tiada lagi perkembangan tentang Kath? Ada apa-apa berlaku pada Kath ke?

Kerana dalam tak suka, Han mula lali. Buka telefon pasti ada pesanan dari mamanya dan dalam setiap pesanan itu pasti terselit nama Kath. Setiap kali itu juga Han pasti akan teringat hari dia dan Kath jatuh di dapur bersama Kath diatasnya.

Kath √Where stories live. Discover now