Bab 9

1.8K 267 12
                                    

"KATH tahu Han dah balik?"

Senyuman diwajah Kath mati. Han. Spontan, matanya jatuh pada cincin dijari manisnya. Sejak Han sarungkan cincin itu dijari dia, Kath tak pernah buka cincin itu sehingga hari ini. Pernah buka sekali, cuma untuk kecilkan saiznya.

Entah apa yang dia patut rasa. Gembira? Takut? Teruja? Gusar?

Tak tahu, tapi yang dia tahu berita itu sangat mengejutkan. 8 tahun. Lepas tak ada khabar berita, tak pulang langsung. Han akhirnya pulang juga.

Baguslah, Han pulang untuk tunaikan janji dia pada diri sendiri agaknya. Bercerai.

Kalau dulu, mungkin perkataan itu akan buat air matanya berlinang. Tapi sekarang tak lagi.

Kath pernah meletakkan harapan pada pernikahan ini. Bila dia semakin mampu terima, dia pernah membayangkan dirinya dan Han bahagia seperti pasangan bercinta. Berkeluarga. Punya anak. Dan dia sentiasa tak sabar menunggu kepulangan Han.

Namun hati mana aje yang mampu bertahan selama 8 tahun? Makin lama, harapannya makin pudar. Hatinya makin tawar dan dia mula menerima bentuk pernikahan yang hanya sah didalam kertas ini. Mimpi hidup bahagia sebagai suami isteri tak akan jadi kenyataan selagi lelaki bernama Irhan Shah adalah suaminya. Itu hakikat.

"Tadi Kath pergi rumah mama Lana, tak jumpa Han?"

Kath gelengkan kepala. Ibu mertuanya pun tak ada sebut soal Han. Mungkin sebab Kath dalam keadaan terburu-buru itu yang tak tersempat nak beritahu agaknya.

"Tak nak jumpa Han?" Soal mamanya lagi.

"For what?" Soal Kath.

"Kath yakin dia pun tak nak jumpa Kath ma. Eloklah dia balik, dah tiba masa dia lepaskan Kath pun," sambung Kath lagi.

"Astaghfirullah'halazim, apa cakap macam ni Kath,"

"Betul kan? Nak harapkan apa lagi dalam perkahwinan ni? Arwah nenek pun cuma beri syarat perkahwinan harus kekal sampai Kath 25 tahun dan sekarang Kath dah nak masuk 25 tahun pun. 2 minggu je lagi dan semuanya akan berakhir. Mama patutnya happy, bolehlah Kath mula cari boyfriend sekarang kan?" Dalam serius berbicara sempat Kath berseloroh.

"Tak nak cuba semula?"

Kath mengeluh perlahan. Kalaulah ia semudah kata. Kalau boleh 'mencuba' rasanya bukan begini hubungan mereka sekarang.

Mereka dah bahagia dan beranak cucu dah agaknya. Ini bukan sahaja beranak cucu, tanya khabar berita pun tidak.

"Bukan pada Kath yang mama perlu minta cuba semula tapi pada Han," balas Kath mendatar.

"Anyway, it is too late ma. Dah tak ada guna nak mulakan apa-apa dalam perkahwinan ni. Dah basi," balas Kath perlahan.

"Kath masuk bilik dulu." Mintanya dan dia beredar.

Masuk sahaja kedalam bilik, Kath terus berjalan kearah cermin sebesar tubuhnya.

Tubuh rampingnya ditenung didalam cermin itu. Irhan Shah, sebaris nama yang bertanggungjawab menjadikan Kathrine Adhara siapa Kathrine Adhara sekarang. Setiap satu hinaan Han lah yang menjadi motivasi dia hari demi hari sejak 6 tahun lalu.

Dia berubah. Tiada lagi tubuh sepenuh ruangan mata, tiada lagi muka yang berjerawat batu, tak ada lagi Kathrine Adhara yang dulu. Dia berubah, 100% menjadi orang yang lain.

Dia tekad 8 tahun lalu adalah kali terakhir Han akan hina dia.

Dari seorang kosong keyakinan diri kita di yakin dengan dirinya sendiri. Dia taklah sempurna, tapi sejak dia sedar menerima kekurangan diri adalah kesempurnaan yang sebenar, dia jadi tak peduli pada sesiapa.

Dia yang membawa dirinya, dia yang tahu tahap kemampuan diri, dia yang tentukan kebahagiaan sejenis apa yang dia mahu dan jelas... menghiraukan pandangan orang terhadap diri tak akan buat dia bahagia walau sempurna mana pun dirinya.

Irhan Shah, 8 tahun cukup untuk dia sembuhkan perasaanya dari terus memandang lelaki itu. Kini, tak ada lagi rasa yang sama walau mereka terikat dengan perkahwinan.

Bila fikir balik, kebal juga hati Kath dulu bila masih boleh simpan perasaan pada Han yang hanya nampak keburukan dirinya. Yang hanya tahu menjatuhkan dia.

Tapi itu semua dulu. DULU!

Tak sabar rasanya ingin tamatkan semua ini. Tamatkan perkahwinan yang bagai tiada makna ini.

Dia juga teringin nak rasa berumah tangga yang sebenar. Bukan hanya pada kertas. Usia 25 bukan masa untuk bercinta saja-saja lagi.

tbc

will update more tomorrow. kisses <3

Love, Rose


Kath √Where stories live. Discover now