Chapter 5: Ep 5-Betrayed

11 2 0
                                    

Cawan yang berisi teh dihirup perlahan. Teh kegemaran datuknya.

Pandangannya jatuh pada halaman kebun yang berada di belakang rumah.

'Ria, mari tolong atuk ni.'

'Baik, tok!'

Air mata lantas jatuh membasahi pipinya. Rindu yang terungkap.

Dalam mengenang kisah silam, tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Angin bertiup kencang, menggugurkan daun-daun pohon. Seakan-akan tahu masalah yang melanda.

Dia berdiri, menutup mata perlahan-lahan sebelum membukanya kembali.

"Irina."

✎︎______________

"Hahaha! Aku dah kata, kalian tidak akan mampu kalahkan aku!"

Irene ketawa terbahak-bahak, dengan keempat-empat Kuasa Cahaya terapung di tangannya.

Aiden, Wawa, Adam dan Isya terbaring lemah saat melihat Kuasa Cahaya tersebut kini di tangan yang salah. Mereka sudah tidak lagi berdaya untuk bertarung.

"Impossible. Dah guna empat Kuasa Cahaya pun masih tak dapat dikalahkan?" Aiden melihat sayup ke arah Kuasa-Kuasa Cahaya yang dirampas. Sesal menghantui dirinya kerana membiarkan kuasa itu di dalam bahaya.

"Dark Mist itu yang terlalu kuat. Bergabung pula dengan Kuasa Cahaya Merah, ia teramat sukar!" Isya pula bersuara, sambil memegang lengannya yang tercedera.

'Hmm, if one Dark Mist could be this difficult to defeat, I wonder what happened if they united one day?' Aiden berbicara sendiri.

Tiba-tiba, Dark Mist yang mengawal Irene keluar dari badan gadis itu. Irene rebah ke tanah dan terbatuk-batuk.

Dark Mist mengelilingi Kuasa-kuasa Cahaya tersebut diiringi gelak tawa. "Hahaha! Sekarang ini semua milik aku!" dia berubah menjadi susuk tubuh seorang lelaki.

"Ayah? Apa ayah buat pada Irene tadi?" Irene yang masih terduduk di lantai, menyoal 'ayahnya' itu. Dark Mist tersenyum sinis.

"Ayah? Aku ayah kau? Heh, dalam mimpi!"

Irene tersentak. Matanya lantas berkaca. "Apa maksud ayah ni?" soalnya lagi, untuk kepastian.

Dalam masa yang sama, Arin, Viora, Ina dan Rina dalam perjalanan turun ke bawah.

"Ish, tangga terlalu banyak! Kita takkan sempat sampai!" Rina melaung. Arin berfikir sejenak.

Tanpa ragu, Arin melompat turun ke bawah. Masing-masing terkejut dengan tindakan Arin, tetapi mereka juga menurut.

Viora menggunakan tenaga yang dia ada, mencipta sebuah gelombang sfera bagi melindungi mereka daripada tercedera apabila terhempas.

Semasa konflik masih berlaku di bawah, sebuah portal tiba-tiba saja terbuka, menampakkan Suria berdiri di luarnya.

Suria dengan tenang melangkah masuk ke dimensi itu. Gadis itu memandang tajam ke arah Dark Mist.

"Sudah! Jangan kau perdayakan dia lagi, syaitan tak guna!" laungnya.

Irene tergamam melihat Suria. Wajah gadis itu kelihatan mirip dengannya!

"What the hell?! Apa semua ni?! Siapa kau?! Why do you look like me?!" Irene bertambah keliru. Siapa pula gadis yang secara tiba-tiba muncul di sini?

"Irina, aku Suria, adik kembar kau. Lelaki yang kau panggil ayah ni, bukan manusia pun! Dia adalah jelmaan, lembaga hitam jijik yang dah bunuh mak ayah kita dan menculik kau." Suria menekan perkataan 'jijik' itu.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now