×›8‹×

193 15 4
                                    


Sejak berada di pantai, mata jingga itu tidak lepas dari memandang sosok taufan yang sedang bergelak ketawa bersama beliung. Secebis perasaan iri hati mula terbit dihatinya. Cemburu melihat kemesraan taufan dengan abangnya sedangkan dia dengan ice seperti orang asing bila berdua.

Hatinya berasa sebak seketika, tanpa sedar airmata mula berkumpul di kelopak mata bersedia untuk jatuh.

' kenapa abang aku dengan abang kau lain, fan ? '

Hari yang indah bagi orang lain kini menjadi hari yang suram untuk blaze, remaja 16 tahun yang kurang akan kasih sayang seorang abang serta kedua ibubapa sejak kecil. Hatinya makin sunyi selepas sahaja abangnya bergerak jauh darinya.

" Laze ? " Panggil gempa lembut.

Airmata itu mengalir jua selepas mendengar suara lembut gempa.

" Shht, jangan macam ni. Abang gem dengan abang hali ada. Kalau laze sunyi, jangan lupakan kami dekat sini " pujuk gempa sambil memeluk blaze sedikit erat.

Tangisan kecil mula terdengar dari celah bibir remaja itu. Tangannya menggenggam erat lengan gempa melampiaskan rasa sebak di hati.

" L-laze cemburu dengan ufan, k-kenapa abang dia lain dengan abang laze ? " Lirih blaze pelan.

" Jangan samakan abang laze dengan abang taufan. Mereka orang yang berbeza. Kasih sayang yang mereka curah adalah lain. Kalau beliung tunjuk secara depan-depan, ice pula tunjuk secara diam-diam " ujar halilintar turut memujuk.

" L-laze sebak tengok cara abang Liung layan ufan Hiks s-sedangkan abang ice layan laze tak macam tu " ujar blaze lagi.

Gempa tersenyum, tangannya mengusap airmata blaze lembut. Helaian rambut yang menutupi mata blaze dialih lembut olehnya.

" BLAZE ! MEH LAH MAIN SAMA-SAMA DENGAN ABANG LIUNG ! " panggil taufan dari jauh. Dia melambai-lambai tangan kearah blaze yang masih dipeluk gempa.

" Budak manja tu dah panggil, laze pergi main dengan diorang. Abang perhati dengan sini " ujar halilintar sebelum duduk di sebelah blaze. Gempa menjeling kawannya.

Blaze mengangguk pelan lalu bangun dan berlari kearah kawan-kawannya. Taufan yang melihat sosok blaze terus merangkul bahu sahabatnya. Pipi blaze dicubit-cubit dengan ketawa yang terhambur keluar.

" Syukur blaze ada kawan macam taufan dan thorn " ujar gempa tiba-tiba. Halilintar mengangguk.

" Kalau ice sibuk bekerja, sekurang-kurangnya dia masih ada kawan baik dia. Ada beliung sebagai abang back-up " sambung gempa lagi.

" Abang back-up ? " Halilintar memandang gempa dengan pandangan hairan.

" Brother figure "

" Itu bukan abang back-up, bodoh. Aku kena suruh Yaya ajar kau balik ni, gem "

" Jangan sebut nama tunang aku melalui mulut kau, hali "

" Yaya~ "

" Bersedia nak mati Harini, tuan halilintar storm ? "

Ada rahsia kenapa gempa larang hali sebut nama Yaya~

(‹3‹3‹3)

Beliung tergelak kecil melihat gelagat ketiga sahabat itu, ini salah satu sebab kenapa dia suka cuti semester. Dapat berjumpa dengan ketiga sahabat itu menjadi kegemaran dia sejak dulu lagi.

Selain taufan, dia juga mempunyai seorang lagi. Paling bungsu dan paling spoiled. Angin wind, kanak-kanak 12 tahun yang mulutnya paling kecoh dan tak tahu duduk diam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Home (icelaze) (DISCONTINUE)Where stories live. Discover now