Blaze terdiam memandang kertas yang ditangannya. Hatinya sebak seketika. Dengan laju, dia mendongak memandang abangnya." Abang seriuslah ni ? A-abang nak tinggalkan laze ke ? " Tanya blaze.
" Aku terpaksa blaze. Nak tolak pun tak guna sebab bos memang suka memaksa. Huff, kau jangan risau. Aku suruh gempa dan hali tengok-tengokkan kau selama aku takde. " Ujar ice.
" T-t-t-tapi siapa yang jaga abang dekat sana !? Laze nak ikut ! " Blaze terus berlari kearah ice. Dia menarik tangan ice lalu digoncang pelan.
" Laze nak ikut, bang ! " Ujar blaze lagi.
" Dekat sini pun kau dah terbiar. Kalau dekat sana nanti ? Aku tak janji aku akan balik macam waktu sekarang ".
Blaze menggeleng laju, " laze tak kisah ! Laze nak ikut juga abang kesana ! Bolehlah abang ! Laze taknak jauh-jauh dengan abang ! " Pujuk blaze.
" Dengar sekali ni je, blaze.. aku pergi sana untuk kerja bukan bercuti. Kalau kau ikut, siapa yang akan jaga kau ? Aku taknak kau makin sunyi dekat sana. Dekat sini, sekurang-kurangnya ada dua kawan kau dengan dua kawan aku. " Pinta ice.
Blaze diam, genggaman tangan itu makin melonggar. Senyuman kecut terukir di bibir remaja jingga itu.
" T-takpelah. Abang pergilah, laze tunggu abang balik tapi jangan lupa call ya " ujar blaze. Ice mangangguk sahaja. Tidak merespon apa-apa.
" Abang pergi bila ? "
" Lusa pagi "
›››×‹‹‹
[ Pagi, 6:45am ]
Ice yang sedang berada didapur dengan apron kesayangannya fokus dalam membuat nasi goreng dipagi itu. Manik biru itu tidak leka dari memandang nasi goreng di atas dapur.
" ABANGGG ! "
bahu ice sedikit ternaik, dia mengelus dadanya kasar.
" Kau ni nak suruh aku cakap dalam bahasa Tamil ke baru nak faham ? " Soal ice dingin. Blaze tersengih lebar.
" Abang cuti kan ? Jom pergi jalan ! Jomlah ! Cutilah abang ! Hari ni je ! Esok abang dah bertolak ! " Pujuk blaze lalu memeluk belakang badan ice dengan erat.
" Blaze ! Aku tak boleh nak bernafas ! " Marah ice sambil menampar-nampar tangan blaze yang berada di pinggangnya.
" Takkan ! Abang cuti dulu baru laze lepaskan ! " Ancam blaze.
Ice menghela nafas kasar, dia membiarkan sahaja blaze memeluk badannya. Nasi goreng diangkat dan diletak dalam mangkuk sebelum berjalan kearah meja makan. Walaupun susah untuk berjalan tapi apa boleh buat selain pasrah.
" Abanggg ! " Rengek blaze.
" Aku tak kisah. Kau nak peluk sampai malam pun boleh. Kau ingat aku takut ? Mati, tanam " ujar ice selamba. Blaze terus masam muka.
" Malas lah dengan abang. Baik laze bersiap jumpa ufan. Ajak dia main game dekat taman pun best " ujar blaze lalu melepas pelukannya.
" Pagi-pagi macam ni ? " Tanya ice hairan.
" Lepastu ? Nak tunggu abang kahwin dulu baru pergi ? "
" Kau jangan sampai aku heret lepastu kurung kau dalam bilik, laze. Jangan nak mengada ! " Larang ice datar.
" Dahlah taknak keluar berjalan ! Lepastu bila laze nak kerumah ufan pun tak boleh ! Apa yang abang nak sebenarnya !? " Marah blaze tak puas hati.
YOU ARE READING
Home (icelaze) (DISCONTINUE)
Fanficstatus: [Hiatus] +× kisah blaze dan si abang workaholic, Ice === × SwitchRoles! Eldest ice and youngest blaze + OOC nak mampus × sedikit perencah sedih ? + angst ? maybe.. × votement kalau sudi ♡ start:(23/5/23) end(?)