Tidak jadi ke pantai, ketiga sahabat itu membuat keputusan untuk ke kedai makan bagi mengisi perut yang sudah kelaparan. Taufan yang perasan akan remaja orange dihadapannya senyap tak bersuara terus bertanya.
" Kau kenapa, laze ? Senyap je dari tadi ? Selalunya, kau manusia paling kecoh. Dengan muka pucat macam tu, nampak hantu ke apa ? " Tanya taufan hairan.
" M-matilanak " ujar blaze tiba-tiba, tangannya menutup mukanya dengan helaan nafas yang terdengar berat. Taufan serta thorn memandang sesama sendiri, mereka menjadi semakin hairan.
" Kau apahal ni ? " Tanya taufan lagi.
" Abang aku ada dekat sini ! Kedai makan seberang sana tu ! Sekali dia nampak aku, masak aku balik nanti ! " Ujar blaze panik. Taufan terkekeh kecil.
" Kau risau ? Kau sendiri yang cakap abang kau tak pernah kisah pasal kau, asyik kisah pasal kerja je " ujar taufan sinis.
" Masalahnya dia pesan dekat aku jangan merayap ! Ini dah melampau sampai dia pun ada dekat restoran seberang ! Dating ke apa !? " Ujar blaze geram.
" Biarlah dia dating pun, kau gelisah kenapa ? Hey, abang kau tu dah umur 21 tahun tau. Layak berkahwin " sahut taufan selamba. Blaze terus mengetuk kepala kawannya sedikit kuat.
" Bodoh ! Abang aku tu dah janji tau ! Dia kata dia takkan tinggalkan aku ! " Marah blaze.
" Laze jeles tengok abang ice ada orang lain dalam hati selain laze ? " Tanya thorn polos. Blaze merona tipis.
" Biasalah thorn, abang kesayangan dia kan. Ufan risau calon kakak ipar dia nanti kena SmackDown je " ujar taufan selamba.
" Tch ! Senyaplah korang dua ! Tak membantu ! " Blaze merungut lalu memasang kembali cermin mata hitamnya. Dia membetulkan sedikit rambutnya bagi nampak lain dari style asal.
' dasar bodoh punya malaun jingga, kau ubah rupa kau jadi lain pun abang kau tetap perasan. Kitaorang je sahabat dunia akhirat kau dekat atas muka bumi ni ' rungut taufan dalam hati.
" Abang ice dah keluar. Dia menuju ke lain, laze dah selamat " ujar thorn sambil matanya tidak lepas memandang sosok ice yang menjauh dari restoran.
" Ada sesiapa dekat sebelah dia ? " Soal blaze tanpa mengalihkan pandangan dari ice choco dihadapan. Thorn menggeleng comel, apa lagi. Hembus nafas lega lah malaun jingga tu.
" Abang kau memang single-pringle ke, laze ? Ke tak laku ? Aku tengok dia hensem je macam kawan-kawan dia yang lain " tanya taufan hairan. Tak menipu, rupa ice lagi kacak dari blaze yang jenis suka menebar ketiak.
Katanya tunjuk ketiak ni nampak cool-
" Dia tahu kerja je dalam isi kepala. Perempuan ? Heh, kau bagi borang permohonan calon isteri banyak-banyak dekat dia pun tak layan. Jual mahal lah orang kata "
" Lepastu ? Kau nak dia jadi macam kau ? Jual murah ? Nampak perempuan sikit terus peewiit macam babun terlepas dari zoo "
ZUUP!
masuk ke hati turun ke jantung, blaze terkaku mendengar setiap bait perkataan dari taufan.
♡˖꒰〃〃〃꒱˖♡
Selepas penat bertarung lidah di kedai, ketiga sahabat itu sudahpun keluar dan berjalan menuju ke mall di bandar rintis. Sambil berpegangan tangan dan gelak bersama-sama. Ramai yang geram akan friendship ketiga mereka.
" Alaaa, thorn taknak pergi mall... " Rengek thorn.
" Thorn nak kemana kalau bukan mall ? " Soal taufan.
![](https://img.wattpad.com/cover/339727565-288-k700804.jpg)
YOU ARE READING
Home (icelaze) (DISCONTINUE)
Fanficstatus: [Hiatus] +× kisah blaze dan si abang workaholic, Ice === × SwitchRoles! Eldest ice and youngest blaze + OOC nak mampus × sedikit perencah sedih ? + angst ? maybe.. × votement kalau sudi ♡ start:(23/5/23) end(?)