' abang janji akan bersama dengan laze sepanjang masa ? '' abang janji. Walaupun, nyawa abang dihujung. Abang tetap akan bersama dengan laze. '
' don't talk about death ! '
' sorry, lil bro '
" Jadi kau cakap dengan aku yang abang kau kerja lagi hari ni walaupun dia cakap dekat kau semalam yang dia sepatutnya cuti ? " Tanya taufan wind, kawan baik blaze.
Blaze mengangguk laju, mulutnya disumbat penuh dengan Magg* kari ditemani dengan mil* ais disebelah. Garfu diletak pelan sebelum manik jingga itu memandang kearah manik biru langit milik taufan.
" Aku tetap tak puas hati ! Dia dah janji ! " Rungut blaze sambil mencebik.
" Kau ada dengar dia berjanji ke semalam ? " Tanya taufan datar. Blaze terus memandang keatas dengan pose berfikir. Tak lama, dia menggeleng pelan.
" Tapi dia dah cakap kan semalam. Aku ingat dia cuti betul-betul " ujar blaze pelan.
Taufan menghela nafas pelan, " aku rasa kalau abang ice berjanji dengan kau dan dia tunaikan janji tu. Tak lama dah kau, hujung-hujung tanduk je tu "
" Apa yang hujung-hujung tanduk ? "
" Nyawa "
Taufan tergelak besar apabila blaze mengangkat penumbuknya tinggi. Manik emerald milik thorn leaf hanya memerhati gelagat kedua kawan baiknya itu. Mulutnya tak henti disumbat dengan roti coklat.
" Wei, thorn. Kau dah ambik adik kau sekolah ? " Tanya blaze, memandang thorn yang sedari tadi senyap tak bersuara.
" Dah ! Awal-awal thorn dah ambik solar dari sekolah ! " Jawab thorn riang.
" Kau nak ponteng kan ? " Soal taufan bernada datar. Blaze tersengih sahaja, dia mula mencebik.
" Ala, aku bosan je. Manalah tahu boleh jumpa solar kalau thorn tak ambik lagi " ujar blaze dengan raut tak berdosa.
" Jom ! " Taufan terus bangun mengejut dengan bersemangat, blaze yang seperti dapat greenlight terus bangun juga. Wajahnya nampak lebih bersemangat dari taufan. Manakala, thorn memandang kedua insan itu dengan raut hairan.
" Apa yang jom ? "
‹›‹›‹›‹›
" Dah ke taufan ? " Bisik blaze, manik jingganya tak lepas dari memandang sekeliling. Risau ada orang nampak.
Kriek..
" Dah, thorn nak tukar pula kan ? Cepat ya " ujar taufan lembut. Thorn mengangguk terus berlari ke ruang penukaran baju.
Tak menunggu lama, thorn akhirnya keluar dengan pakaian yang berbeza. Baju sekolahnya sudah terlipat kemas di dalam beg.
YOU ARE READING
Home (icelaze) (DISCONTINUE)
Fanficstatus: [Hiatus] +× kisah blaze dan si abang workaholic, Ice === × SwitchRoles! Eldest ice and youngest blaze + OOC nak mampus × sedikit perencah sedih ? + angst ? maybe.. × votement kalau sudi ♡ start:(23/5/23) end(?)