×›5‹×

129 7 5
                                    


Bagi orang lain, mungkin ada abang seperti ice adalah sesuatu yang sia-sia tapi tidak bagi blaze. Walaupun ice selalu pentingkan kerja dan tidak ada waktu luang bersamanya tapi dia tetap sayang pada abangnya.

Baginya, ice adalah segalanya dalam kehidupan seharian dia. Tempat dia meluahkan, tempat dia keluh kesah dan tempat dia bersandar bahu.

Blaze juga terfikir, mungkin bukan dia yang rugi dapat abang macam ice tapi abangnya yang rugi dapat dia sebagai adik. Tak memahami dan nakal tak bertempat tapi apa boleh buat ? Blaze hanya mahukan perhatian dari sang abang.

" Abang tak payah kerja ! " Pinta blaze sambil memeluk tubuh ice yang sedang leka menekan keyboard laptop.

" Abanggg ! Laze tengah bercakap ! " Rengek blaze.

Ice menghelan nafas pelan, " aku kena kerja, laze. "

Bibir blaze terus muncung kedepan, " abang asyik kerja je ! Laze nak luangkan masa dengan abang ! "

" Kau nak kena tampar kali kedua ke ? Huff, listen. Aku bukan taknak luangkan masa dengan kau tapi kau tahu kan ? Kerja ni memerlukan aku. " Ujar ice.

" Tapi abang tak memerlukan kerja tu kan ? "

"....tak pipi kau kena tampar, buntut kau jadi mangsa tamparan aku laze "

" Heheh senyum bang "

››×‹‹

Blaze mengeluh bosan selepas sahaja abangnya berangkat ke kerja. Dia merenung televisyen dihadapan dengan lama sebelum menumbuk-numbuk bantal sofa dengan geram.

" Ish ! Bosanlah ! Ada abang pun macam takde abang ! Geram betul aku ! Dahlah balik malam ! " Rungut blaze.

Tangannya terangkat dan menyentuh plaster yang melekat di pipi kanannya, bekas tamparan ice.

" Ibu tahu tak ? Abang tampar adik. Lepastu, dia kata dia tak benci adik. Dia sayang adik. Ibu rasa otak abang yang senget ke ? Atau diri dia yang senget ? " Ujar blaze. Mata jingga itu memandang ke atas.

" Janji dia selalu hilang ditelan bumi tau. Kadang blaze risau dengan bakal kakak ipar nanti. Risaulah abang janji apa-apa lepastu dia mungkir macam tu je. Tak ke menyirap kakak ipar nanti, ibu ? " Ujar blaze lagi.

" Tapi laze taknak dia kahwin. Nanti laze sunyi, siapa lagi laze nak conteng muka waktu malam ? " Gumam blaze.

Mata jingga itu mula beralih kembali pada kaca televisyen, dia merenung kedua budak botak dalam kartun itu.

" Laze harap sangat laze dapat tengok abang berumah tangga "

[ Tempat kerja ]

Ice merenung kertas ditangannya lama, dia menghela nafas pelan sebelum kembali kepada kerjanya yang tertangguh. Gempa yang perasan raut wajah gusar si kawan terus bertanya.

" Kau kenapa, ice ? Bos cakap apa dengan kau sampai kau gelisah macam ni ? " Tanya gempa hairan.

" Kau kena tolong aku, gem " ujar ice tanpa mengalihkan perhatian dari laptop. Gempa mengangguk, menunggu ice selesai bercakap.

" Bos bagitahu yang aku naik pangkat "

" Baguslah tu, kenapa kau gusar ? "

Home (icelaze) (DISCONTINUE)Where stories live. Discover now