BAB 11

4K 164 1
                                    

"KAK LONG... pucat sangat muka kak long ni," tegur Qaleesha yang sejak kemarin mengikuti kakak iparnya atas arahan Qaif. "Akak pergilah masuk bilik dulu. Tak payah fikir nak buat kerja. Ramai saudara mara tolong," sambung Qaleesha tidak betah melihat Enara yang bila-bila sahaja boleh rebah.

Enara pantas menggelengkan kepalanya. Goodies untuk tetamu dia masukkan ke dalam bakul untuk diagih.

Qaleesha mendengus geram dengan kedegilan kakak iparnya. Dia segera mendapatkan Qaif yang sedang menuang lauk dari bekas kecil ke bekas yang dihidang untuk tetamu. Lengan abangnya itu dia tarik.

"Nak apa angah?" soal Qaif. Bekas kecil yang isi berisi gulai daging itu diletak di tepi meja.

"Kak long.... nampak tak sihat tapi degil nak buat kerja. Along pergilah bawa dia masuk bilik!" arah Qaleesha. Kalau dia yang suruh Enara rehat bukannya dengar baik dia suruh Qaif je.

"Tak sihat?" soal Qaif sambil mengerutkan dahinya.

"Ya! Muka pucat semacam badan pun suam-suam. Pergi cepat! Kang pengsan kak long tu," balas Qaleesha. Bekas kecil abangnya tadi dia ambil.

"Abang tinggal kejap ya," pamit Qaif. Qaleesha anggukkan kepalanya mengerti.

Qaif membuka langkah dengan pantas menuju ke arah isterinya. Sampai sahaja di hadapan rumah Tok Ma, Qaif melihat wajah pucat isterinya yang sedang mengagihkan goodies kepada tetamu.

Dia mendekati Enara. Bakul berisi goodies diraih lalu diletakkan di meja berdekatan. "Masuk bilik sekarang," arah Qaif sambil merenung wajah pucat milik isterinya.

"Saya nak tolonglah Qaif. Segan kalau duduk dekat bilik sedangkan orang lain buat kerja," tolak Enara. Bakul tadi dia ambil lagi namun dihalang oleh Qaif.

"Kau nak pengsan dekat sini ke? Kalau kau pengsan nanti menyusahkan orang tau. Baik kau berehat sekarang!" arah Qaif tegas. Kalau tidak bertegas Enara tidak mahu dengar.

Enara tergamam namun dia kawal reaksi wajahnya. Bakul diletakkan di meja kembali. "Saya masuk bilik dulu," pamit Enara.

"Aku hantar kau."

"Tak apa saya pergi sendiri." Enara menolak pantas lalu langkah diatur untuk masuk ke dalam rumah Tok Ma. Kepalanya juga berdenyut-denyut mungkin kerana tidak biasa rewang seperti ini.

Instagram: floradaniella_

Tiktok: floradaniella_
floradaniellaa2.0

Last Wishes Where stories live. Discover now