BAB 47

3.9K 136 3
                                    

ENARA melangkah ke dapur sedari sudah sebulan lebih dia tidak masuk ke dapur sekarang usia kandungannya sudah cecah 5 bulan lebih. Memang badannya tidak terlalu sihat dan kadang satu hari dia hanya berbaring sahaja tetapi hari ini. Dia mahu memasak untuk Qaif sudah lama dia tidak memasak untuk lelaki itu.

"Mak Milah dah sediakan bahan-bahan untuk Nara masak." Enara tersenyum kepada wanita berusia 55 tahun itu. Bantuan Mak Milah selama dia sakit ini sangatlah banyak sehingga tidak mampu dia balas.

"Terima kasih Mak Milah. Nara nak masak ayam masak merah dengan sayur campur je hari ni. Lauk kegemaran Qaif. Mak Milah duduklah biar Nara yang masak," kata Enara sambil tersenyum kepada wanita itu.

"Kalau perlukan apa-apa bantuan bagitahu Mak Milah ya. Mak Milah nak siang sayur untuk kamu masak nanti," balas Mak Milah sambil tersenyum kepada majikannya itu.

Enara anggukkan kepalanya lalu dia memulakan aktiviti memasaknya. Siap masakan pertama dia rehat seketika di bar island sebelum mula memasak masakan kedua.

Enara menundukkan kepalanya memandang meja bar island apabila melihat ada titisan merah menitik. Matanya mula berpinar. Enara menyentuh hidungnya. Cecair merah keluar dengan agak banyak. Dia segera mencapai tisu di bar island itu dan mengelap darahnya.

"Ya Allah Nara!" tegur Mak Milah apabila melihat tisu di tangannya Enara penuh dengan darah. "Banyaknya darah kamu kali ni," sambung wanita itu.

"Nara tak rasa boleh siapkan sayur campur untuk Qaif. Mak Milah siapkan boleh ke? Nara nak baring kejap dalam bilik," pinta Enara.

"Jom rehat. Biar Mak Milah papah kamu takut pitam!" kata Mak Milah lalu segera memapah Enara dan bawa majikan itu ke bilik. Dia membantu Enara berbaring di katil.

"Nanti Qaif balik... Mak Milah suruh dia makan dulu ya sebelum jenguk saya. Saya penat sangatlah hari ni. Tak sempat nak teman Qaif makan," pinta Enara lagi. Bukan mahu mengada-ada namun dirinya saat ini sangat tidak kuat dan lemah.

"Baiklah. Kamu rehat je dulu," balas Mak Milah.

_______

QAIF segera melangkah ke bilik selepas selesai makan malam sebaik sahaja pulang dari kerja. Mak Milah kata Enara masakkan ayam mesak merah untuknya tengahhari tadi. Masakan dia mahu menolak jika isterinya yang masakan. Sudah lama dia tidak dapat merasa masakan isterinya.

Pintu bilik tidur mereka Qaif buka. Sekarang mereka sudah berpindah ke bilik master bedroom di bawah kerana Enara sudah tidak larat mahu memanjat tangga lagi. Qaif melangkah mendekati katil. Isterinya terbaring lemah di katil. Mata wanita itu tertutup rapat dan wajah wanita itu pucat lesi tanpa darah. Tidak lagi kelihatan segar seperti dulu.

Dia duduk dibirai katil lalu tangan wanita itu dia raih. Enara tidak mudah tersedar dari tidur selepas menghidap leukaemia. Kadang-kadang dia menangis di saat mengejutkan wanita itu kerana jasad wanita itu kaku seperti tiada nyawa.

Perut Enara yang membesar itu disentuh lembut dan diusap-usap perlahan. "Baby jangan tendang perut mommy selalu tau mommy tak berapa nak sihat sekarang ni," pesan Qaif kepada bayi yang berada di dalam rahim isterinya.

Badan wanita itu hangat kerana demam. Sekarang makin kerap Enara demam bukan waktu malam sahaja kadang-kadang berlarutan sampai tiga hari. Airmata Qaif mengalir jatuh ke pipi. Sakit melihat keadaan isterinya seperti itu.

"Save your tears, Qaif..." kata Enara lemah sebaik sahaja sedar dari lenanya.

Qaif memandang wajah isterinya. "Kau dah sedar?" soal Qaif lembut. Enara anggukkan kepalanya lemah.

"Maafkan saya tak boleh sambut awak balik," pinta Enara. Airmatanya juga jatuh ke pipi.

Qaif menggelengkan kepalanya. "Tak perlu minta maaf sayang.... Kau terus hidup untuk hari ini pun aku dah bersyukur," ucap Qaif lembut.

"Saya cintakan awak Muhammad Qaif," ucap Enara lembut sambil menatap wajah suaminya.

"Aku cintakan kau juga sayang..." balas Qaif lalu dahi isterinya dikucup lembut.

Semoga FloraDaniella jadi penulis berjaya. Aminnn🤍

Instagram: floradaniella_

Last Wishes Where stories live. Discover now