BAB 34

4.1K 155 2
                                    

"MUNTAH lagi?" soal Qaif yang baru sahaja selesai bersiap untuk pergi kerja. Enara anggukkan kepalanya lemah.

Enara terduduk di sofa kecil di biliknya. Bibirnya dilap dengan tisu. Tubuhnya lemah dan lesu. Serabai habis pakaian kerja yang dia pakai setelah tiga kali muntah untuk pagi ini sahaja.

"Tak payah pergi kerjalah atau masuk lepas lunch je..." cadang Qaif sambil duduk melutut di hadapan isterinya.

Enara pantas menggelengkan kepalanya tidak bersetuju. "Apa kata awak gantikan saya jaga syarikat papa," cadang Enara pula. Melihatkan kondisi dirinya sekarang memang dia tidak larat mahu bekerja.

"Itu milik kau dan harta peninggalan papa untuk kau. Jadi aku tak mahu usik hak kau," pantas Qaif menolak.

"Kalau saya mati syarikat tu akan tetap jadi milik awak," balas Enara tanpa memikirkan perasaan Qaif.

"Kenapa selalu cakap tentang mati?" soal Qaif.

"Entahlah... saya rasa yang saya akan mati dalam masa terdekat ni," balas Enara tanpa perasaan.

"Enara... aku tak mahu kau mati. Aku mahu bersama kau sampai hujung nyawa aku," tegas Qaif.

"Ajal maut itu milik Allah, Qaif..." kata Enara sambil merenung suaminya.

Qaif tersentak seakan tersedar akan kealpaan dirinya.

"Saya tak larat nak jaga syarikat buat masa sekarang ni..." kata Enara sambil mengusap perutnya yang sedikit menaik.

"Kalau saya masuk office pun jarang-jarang je. Boleh tak awak uruskan syarikat tu sampai saya melahirkan?" pinta Enara sambil memandang suaminya penuh pengharapan.

"Aku akan cuba uruskan syarikat tu bersama Uncle Ezra," putus Qaif.

Enara tersenyum. "Terima kasih Qaif..."

Qaif menyentuh lembut perut Enara lalu mengusapnya perlahan-lahan.

"Sayang jangan susahkan mommy tau... kesian mommy nak makan pun susah sebab asyik muntah," pinta Qaif lembut kepada bayi mereka yang berada di dalam perut isterinya.

Enara tersenyum terharu. "Mommy?" soal Enara sambil mengangkat keningnya.

"Yes! Since I am his or her daddy..."

Instagram: floradaniella_


QR CODE GROUP TELE SAYA KALAU ADA YANG NAK JOIN.

Last Wishes Where stories live. Discover now