"MACAM mana keadaan Enara, uncle?" soal Qaif sebaik sahaja Dr Rizal selesai merawat isterinya.
"Biasalah orang mengandung badannya lemah," balas Dr Rizal sambil tersenyum kepada Qaif.
"Tapi Enara nampak lemah uncle tak macam dulu. Sekarang ni hampir setiap malam dia demam. Risau juga saya," adu Qaif kepada lelaki seusia bapa mertuanya itu.
Dr Rizal memandang Enara yang memandangnya kosong. Kemudian dia berdehem. "Qaif jangan risau ya. Insya Allah tak ada apa-apa," kata Dr Rizal cuba menenangkan suami anak kawannya itu.
Qaif anggukkan kepalanya mengerti.
"Uncle minta diri dulu ada urusan di hospital," pamit Dr Rizal. Qaif anggukkan kepalanya mengerti lalu menghantar Dr Rizal ke pintu utama rumahnya.
Setelah Qaif dan Dr Rizal keluar dari bilik tidurnya dan suami. Enara melepaskan selendang jersi yang dia pakai lalu matanya memandang ke luar tingkap.
Dr Rizal mahu berjumpa dengannya esok mengenai keputusan MRI dan dia mahu perkara ini di rahsiakan dari Qaif. Dia tahu tubuhnya sekarang tidak seperti dulu. Jadi dia kena terima sebarang kemungkinan.
"Enara...." panggil Qaif sebaik sahaja masuk ke bilik tidur mereka. Enara menoleh ke arah suaminya.
"Aku susah hati tengok keadaan kau begini... kau sakit mana-mana ke?" soal Qaif sambil mengambil tempat di sisi katil bersebelahan dengan isterinya.
Enara pantas menggelengkan kepalanya.
"Aku takut yang aku akan kehilangan kau..." ujar Qaif perlahan.
Enara mengangkat tangannya lalu pipi suaminya diusal lembut. "Jangan fikir bukan-bukan Qaif..."
Instagram: floradaniella_
YOU ARE READING
Last Wishes
Romance[COMPLETED] Muhammad Qaif ❤️ Enara Nur Cliché + sad + romance ___________ Cinta? Itulah yang Enara Nur mahukan dari Muhammad Qaif. Namun Qaif tidak mempunyai perasaan itu terhadapnya walaupun mereka bergelar suami isteri. ____________ Satu bab seha...