BAB 12

4K 171 3
                                    

BADANNYA segera direbahkan ke atas katil. Matanya dipejam kejap. Penat dan sakit seluruh badan. Kenapa badannya terasa semakin lemah? Faktor usia ke? Enara meringkukkan badannya. Nak lepaskan selendang di kepala pun dia tak larat.

Enara membuka matanya apabila terasa henyakkan pada tilam katil. Susuk tubuh yang dikenali itu dia pandang seketika lalu matanya kembali dipejam.

"Kau dah makan?" soal Qaif. Enara hanya anggukkan kepalanya.

"Bangun dulu," arah Qaif.

Enara mengeluh lalu bangun dari pembaringannya. Botol air mineral dan sepapan penadol di tangan suaminya dipandang.

"Saya ni menyusahkan awak, kan?" soal Enara sambil merenung wajah lelaki itu.

Qaif menyua ubat dan air mineral kepada Enara tanpa suara. Enara mengeluh lagi ubat diambil lalu ditelan kemudian dia mencapai pula botol air mineral yang sudah dibuka penutupnya dari tangan Qaif.

"Awak pergilah. Saya okey je sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak lagi. Terima kasih," ucap Enara lalu dia kembali membaringkan badannya dan menutup matanya kejap.

Qaif merapati isterinya. Perlahan-lahan selendang yang tersarung pada kepala isterinya dilepaskan. Setiap jarum peniti yang diselit oleh Enara dilepaskan dengan berhati-hati.

Enara memegang tangan suaminya untuk menghentikan aktiviti lelaki itu. "Saya tak nak menyusahkan awak. Tak perlu kesah tentang saya lagi..."

"Kau isteri aku jadi kau tanggungjawab aku. Aku cuma tak mahu kau susahkan orang lain sebab aku hanya nak kau bergantung pada aku. Jadi berhenti kata tak nak menyusahkan aku sebab kau tanggungjawab awak aku." Qaif berkata tegas.

Enara diam. Dia tahu lelaki itu sedang tidak senang hati mungkin marah kepadanya. Enara penat untuk melayan itu semua jadi dia memilih untuk melelapkan matanya.

Instagram: floradaniella_

Last Wishes Where stories live. Discover now