BAB 40

4.3K 144 5
                                    

ENARA membuka matanya perlahan-lahan menerima cahaya malap dari kamar vila yang mereka diami. Esakan kecil di sisinya menganggu lenanya sejak tadi. Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri pun dia tidak pasti seingatnya dia dan Qaif berada di Jasmine Park tadi.

Enara menoleh ke kanannya. Bahu Qaif bergerak-gerak dan esakan lelaki itu kedengaran walaupun tak sekuat mana. Enara meletakkan tangannya pada kepala Qaif lalu dia usap lembut kepala itu.

Qaif segera mengangkat wajahnya sebaik sahaja menerima sentuhan Enara. Wajah lelaki itu Enara renung lama. Mata Qaif kemerahan dan sembab. Tangan Enara yang mengusap wajah suaminya. Qaif segera mencapai tangannya lalu dikucup lembut.

"Aku risaukan kau..." ucap Qaif.

"Saya tak apa-apa. Jangan risau..." balas Enara lembut. Dia sempat mendengar ucapan cinta dari lelaki itu tadi namun dia tidak sempat membalasnya. Melihat keadaan lelaki itu sebegini sekarang barulah dia sedar yang dirinya disayangi oleh lelaki itu.

"Dr Juwita kata kau mungkin perlu lakukan pemeriksaan lanjut sebab.... dia syak yang kau warisi penyakit papa," jelas Qaif lalu matanya berair lagi. Dia tidak dapat untuk tenangkan diri sekarang kerana amat risaukan wanita itu.

Enara merenung suaminya dalam-dalam. Keluhan keluar dari bibir rasanya dia patut jujur sahaja kepada lelaki itu tentang penyakitnya.

"Qaif...." panggil Enara.

Qaif menumpukan perhatiannya pada Enara. "Kenapa Enara? Kau nak apa-apa ke?" soal Qaif penuh perhatian.

Enara pantas menggelengkan kepalanya. Airmatanya tiba-tiba mengalir tanpa dia sedari. "Saya...." Enara berjeda. Sungguh berat untuk dia beritahu Qaif keadaan dirinya.

Enara bangun dari pembaringannya. Matanya tidak lepas merenung wajah suaminya. "Sini..." arah Enara.

Qaif yang duduk di kerusi segera bangun dan mengambil tempat di birai katil betul-betul di sisi Enara.

Enara tersenyum hambar sambil merenung suaminya. "Saya nak peluk awak..." pinta Enara.

Qaif tidak melawan. Dia pantas memeluk tubuh Enara. Qaif mula rasa sebak apabila merasai tubuh hangat milik isterinya.

"Awak cintakan saya?" soal Enara.

Qaif anggukkan kepalanya. Airmatanya tidak henti mengalir. "Aku cintakan kau sangat-sangat..." ucap Qaif.

"Saya...."

Instagram/ thread : floradaniella_

Last Wishes Where stories live. Discover now