BAB 39

3.8K 151 4
                                    

"PUAN Enara ada tunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan ke selama dua atau tiga bulan ni?" soal Dr Juwita sambil memandang Qaif yang masih resah akan keadaan isterinya. Nasib baik ada doktor yang menginap di vila bersebelahan dengannya.

"Dia pregnant..." kata Qaif.

"I know," balas Dr Juwita. Masakan dia tidak dapat mengecam yang pesakitnya itu sedang mengandung.

Qaif hilang kata-kata dia agak keliru dengan situasi sekarang dan tidak faham maksud Dr Juwita.

"Macam ini Encik Qaif... berdasarkan pemerhatian saya Puan Enara ni berat badannya susut kalau perempuan mengandung biasa makin berisi tapi Puan Enara semakin menyusut walaupun perutnya semakin timbul," jelas Dr Juwita. Dia berhenti seketika untuk menelan liurnya.

"Saya rasa ada penyakit lain yang dihidapi oleh Puan Enara mungkin penyakit yang agak berbahaya tapi saya tak boleh nak diagnos berdasarkan pemerhatian macam ni je. Puan Enara perlu melalukan MRI Scanning, ujian darah dan banyak lagi untuk pastikan apa penyakit Puan Enara sebenarnya." Dr Juwita menjelaskan apa yang dia perhatikan selama dia merawat Enara tadi.

"Maksud Dr isteri saya hidapi penyakit yang serius?" soal Qaif.

Dr Juwita anggukkan kepalanya. "Saya ada badan Puan Enara dan saya kesan ada lebam yang kurang abnormal. Bukan lebam akibat terlanggar sesuatu atau jatuh tapi lebam yang datang dari tubuh Puan Enara sendiri..." Dr Juwita menyambung hujahnya untuk menyakinkan lelaki itu.

Qaif kaku seketika mendengar hujah doktor muda di hadapannya itu. Dia sendiri perasan ada lebam pada tubuh Enara namun dia menganggap perkara itu perkara biasa untuk ibu mengandung.

"Saya ni doktor pakar darah, Hematologist-oncologists. Saya rawat pesakit yang menghidap kanser darah. Jadi kalau dapat kesan perkara kurang normal pada pesakit saya, saya akan bagitahu apa yang patut. Cuma saya perlukan details dari Encik Qaif, ada tak tanda-tanda lain yang ganjil pada isteri encik?" soal Dr Juwita sambil merenung wajah Qaif.

Qaif memandang Enara yang sedang berbaring di katil. "Isteri saya kerap demam lagi-lagi waktu malam, hidung dan gusi dia kerap berdarah dan dia juga mengadu yang dia tak larat sampai sepanjang hari dia hanya berbaring atas katil," jelas Qaif tanpa menyembunyikan apa-apa yang dia tahu kepada doktor itu.

Dr Juwita anggukkan kepalanya mengerti. "Puan Enara ada keluarga atau saudara-mara yang menghidap leukaemia?" soal Dr Juwita lagi.

Qaif anggukkan kepalanya. "Ayah mertua saya penghidap leukaemia dan sudah meninggal setahun lepas."

"Maaf ya encik. Ini hanya kesimpulan yang saya buat sendiri berdasarkan simptom-simptom yang dihidapi oleh isteri encik. Mungkin kesimpulan saya ni salah dan mungkin juga betul. Untuk dapatkan kepastian Encik boleh ke hospital untuk dapatkan kesasihan dari pihak hospital..." kata Dr Juwita.

"Maksud Dr?" potong Qaif kurang sabar apabila Dr Juwita seperti berhati-hati untuk memberitahunya perkara sebenar.

"Saya rasa isteri encik menghidap leukaemia..."

Dunia Qaif seakan gelap gelita mendengar khabar yang tidak begitu enak didengari itu. Lututnya terasa longgar dan dia seperti mahu rebah di situ namun dia kuatkan diri.

"Saya tak mahukan cipta spekulasi palsu untuk kepastian encik boleh bawa Puan Enara ke hospital untuk pemeriksaan lanjut." Dr Juwita cuba untuk menenangkan Qaif yang kelihatan pucat lesi pada saat itu.

Instagram/ thread: floradaniella_

Last Wishes Where stories live. Discover now