QAIF merenung jasad isterinya yang sedang kaku di bilik berkaca ICU di Prince Court Hospital. Airmatanya mengalir sendiri tanpa dia sendiri. Sudah dua hari Enara melahirkan anak mereka namun Enara masih tidak sedarkan diri. Isterinya masih dalam keadaan kritikal dan satu-satunya cara untuk selamatkan Enara adalah dengan pembedahan pemindahan sum-sum tulang.
Bahu Qaif dipegang lembut dari belakang. Dia menoleh ke arah Uncle Ezra yang tersenyum hambar memandang dirinya.
"Kamu dah ada rancangan untuk Enara?" soal Uncle Ezra sambil mengangkat keningnya kepada anak saudaranya itu.
"Qaif ingat nak dermakan sum-sum tulang Qaif untuk Enara..." balas Qaif setelah habis fikir. Sungguh hidupnya tidak tenang sekarang. Anaknya dibawah pantauan doktor kerana dilahirkan tidak cukup bulan manakala isterinya pula dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi kerana masih belum melepasi tahap kritikal.
"Kamu tak usah fikir tentang penderma sebab uncle dah buat pemeriksaan dan uncle lulus untuk jadi penderma sum-sum tulang untuk Enara." Tenang lelaki usia lewat 40-an itu berkata.
Qaif memandang bapa saudara isterinya tidak percaya.
"Uncle tak ada isteri atau anak. Uncle sendiri kalau ada apa-apa komplikasi semasa pemindahan it's doesn't matter to me. Tapi Qaif ada anak yang perlukan Qaif sekarang. Qaif ada Enara yang sedang tenat sekarang. Jadi biar uncle jadi penderma untuk Enara. Lagipun Enara satu-satunya anak saudara uncle," kata Uncle Ezra sambil tersenyum ikhlas kepada Qaif.
"Terima kasih uncle. Terima kasih sangat-sangat," ucap Qaif dengan deraian airmata.
Instagram: floradaniella_
Jangan lupa join channel telegram! Link channel telegram ada dalam bio Instagram dan dalam channel telegram tu saya post short story. Silakan baca
YOU ARE READING
Last Wishes
Romance[COMPLETED] Muhammad Qaif ❤️ Enara Nur Cliché + sad + romance ___________ Cinta? Itulah yang Enara Nur mahukan dari Muhammad Qaif. Namun Qaif tidak mempunyai perasaan itu terhadapnya walaupun mereka bergelar suami isteri. ____________ Satu bab seha...