Part 19

538 15 0
                                    

Pantulan diri di cermin biliknya dilihat. Gaun yang berwarna hitam elok dibadan kecil miliknya. Sesekali dia tersenyum nipis melihat dirinya. Sesekali nafas berat dihela.

hari ini dimana hari dia harus mengangkat sumpah atas Black Dragon. Angkat sahaja Sumpah dia rasmi menjadi Queen didalam Black Dragon tersebut. Tiba tiba mindanya teringat akan suaminya.

Qistina yang sedang berada di meja solek itu dipandang oleh Adrian.Kaki dilangkah mendekati ke arah Qistina yang sedang menyikat rambut nya itu.

Pinggang milik Qistina dirangkul kemas. Dagunya pula diletakkan ke atas bahu Qistina.

"Ya Adrian,kenapa ni hmm? " soal Qistina. Muka kacak milik Adrian ditenungnya. Adrian hanya menggelengkan kepalanya.

"Nanti kau betul betul pergi italy ke? " soal adrian. Qistina yang mendengar soalan Adrian itu mengangkat kening.

"Of course lah.Kenapa tanya macam tu?"Soal Qistina Lagi. Adrian tersenyum nipis.

"Tak ada apa cuma.. Dekat sana bahaya..Kau yakin kau nak pergi tanpa aku?"Soalnya. Qistina sudah tergelak kecil. Cengeng betul suaminya!.

Badan dikalihkan menghadap Adrian. Matanya membalas renungan mata Adrian.

"Adrian memang tak percaya ke yang Qistina boleh jaga diri sendiri? " Soalnya pada Adrian. Keluhan berat keluar dari mulut adrian.

"Bukan macam tu tapi Qistina.... "Jari telunjuk milik Qistina melekap di bibir milik Adrian.
Senyuman manis diukir buat Adrian.

"Percayakan Qistina okay?. Qistina pergi sekejap je habis je kerja dekat sana Qistina balik terus"Ujarnya.Senyumannya manis terukir di bibir munggil miliknya.Adrian pula hanya mengangguk.Qistina pula sudah tersenyum.

Tersenyum Qistina apabila mengingati kenangannya bersama Adrian. Tengku Adrian Endrew yang awalnya seorang yang poyo, dingin kini seorang yang cenggeng. Ceh! Ketua Red Devil lah kononnya!.

Kepalanya tergeleng geleng seketika.Tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang. Terpampang muka milik Tengku Jasmine Roubert.

"Qistina Okay?" Soal Tengku Jasmine Roubert kepada anak perempuannya Itu. Qistina tersenyum lalu mengangguk.

"Entah lah mama. Qistina takut kalau Adrian tahu semua benda ni" Ujar Qistina. Dia takut kalau Adrian mengetahui perkara ini. Tengku Jasmine Roubert tersenyum sambil menggeleng.

"Kenapa Qistina takut?. Qistina takut Adrian tahu Semua benda ni dan tinggalkan Qistina macam tu? " Soal Tengku Jasmine Roubert lagi.Qistina pula sudah menggelengkan kepalanya

"Tak mama!. Qistina tak kisah dia tinggalkan Qistina!.Qistina cuma takut kalau dia apa apakan lagi family kita macam dulu mama. Qistina tak nak hilang orang yang Qistina sayang macam dulu mama.. Cukup lah Zaymen tinggalkan kita.. Tu pun dah buat Qistina...hmm i don't know. " Luah Qistina.Dia sungguh runsing dengan keadaan sekarang. Qistina dibawa dalam pelukkan.

"Mama tau semua tu Qistina. Memang mama tak ada di tempat Qistina tapi.. Mama tau Qistina runsing memikirkan semua tu.. Tak mudah untuk Qistina buat dan terima..Mama tau Kematian Zaymen bagi Qistina semakin pening.. Qistina hilang Abang Qistina..Mama dengan Papa hilang anak kami Qistina Zaymen.. "Luah Tengku Jasmine Raoubert pula. Hati Ibu mana tidak terluka dan sedih apabila anak lelaki sulung mereka pergi meninggalkan mereka buat selama lamanya.

Balqis yang baru hendak memasuki bilik Qistina terhenti apabila mendengar luahan hati Qistina.Dia tahu tak mudah menjadi seorang insan yang bernama Tengku Qistina Alexzender. Banyak yang perlu diperjuangkan dan perlu menghadapi kehilangan orang yang disayanginya. Air mata milik Balqis juga tumpah.

Marrigge With MafiaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin