ASH||NIA - PROLOG💫

9.9K 302 40
                                    


ASHRAF menunggu Rania di tempat parking motor. Dia bersiul nakal apabila melihat Rania yang menuju ke arahnya atau lebih tepat lagi ke arah motor milik Rania.

Rania mendengus. Ashraf bangun dari menyandar di motor Rania.

"Hai jodoh.." Ashraf mengenyitkan mata ke arah Rania. Rania menjulingkan mata.

"Hai bodoh." Ashraf gelak perlahan. "Wow garangnya. Tengah bulan mengambang ke?"

Rania menyilang tangan. "Like really Encik Ashraf? Boleh tak awak hilang dari pandangan saya?" Ashraf menggeleng lalu mendekati Rania. Dia berpeluk tubuh lalu menunduk ke arah Rania yang separas dadanya.

"Tak boleh sebab badan saya jadi lemau kalau tak berdekatan dengan awak." Ashraf mengenyit mata nakal.

Rania mengeluh kasar. "Watever! Tolong tepi sikit boleh? Saya nak berambus cepat-cepat. Penat dengan karenah pelancong lagi. Lepas tu nak layan awak pula yang tambah kepenatan saya."

Ashraf mengerutkan dahi. "Kenapa pula penat dengan saya? Bukannya kita buat exercise bersama pun.." Rania mengetap bibir. Malas sungguh nak melayan perangai gatal lelaki dihadapannya ini. Bukannya dia tidak tahu maksud tersirat apabila melihat Ashraf yang membuat muka miang.

Rania menolak kasar badan Ashraf. Dia menjeling Ashraf lalu memakai topi keledarnya. Ashraf senyum melihat gadis dihadapannya.

Gangster tapi comel. Boleh ke macam tu?

"Nak nombor telefon boleh?" Tanya Ashraf. Rania menolak isi pipi dengan lidah. Penat betul nak layan buaya darat ni.

Rania tersenyum manis ke arah Ashraf. Ashraf terpana dengan senyuman itu. "Boleh. Boleh pergi mampus." Terus bengis wajah Rania selepas mengatakan itu. Ashraf meneguk liur kesat.

Garang bethol. Tachod kita. Rania memulas handle motornya lalu terus berlalu tanpa menghiraukan Ashraf yang memerhatinya tidak lepas.

Ashraf senyum senget. "Interesting."

Ashraf Mikael - 29 tahun - Pengurusan korporat pembangunan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ashraf Mikael - 29 tahun - Pengurusan korporat pembangunan.

Rania Mikayla - 26 tahun - Tour guide (Pemandu pelancongan)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rania Mikayla - 26 tahun - Tour guide (Pemandu pelancongan)

HOLAA! NEW STORY NEW ADVENTURE 💫
Kalini FL dan ML versi dewasa ya.

Light conflict, violent, harsh words, mature dan semestinya ada perangai miang. Hoho🫣

-WELCOME TO ASHRAF AND RANIA-
ASHxNIA

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now