ASH||NIA - BAB 5💫

3.3K 234 44
                                    



"ENCIK Ashraf Mikael bin Ashrif Marzuki. Nama awak tiada dalam senarai melancong hari ini. Dipersilakan berdaftar untuk pelancongan seterusnya. Terima kasih." Rania senyum paksa.

Agak geram kerana nama Ashraf tiada dalam senarai namun lelaki itu boleh pula tercegat dihadapannya sekarang. Rania mengeluh melihat senyuman mengejek dari Ashraf.

"Encik, saya nak buat kerja ni. Cuba encik tengok belakang saya ni. Ramai pelancong yang menunggu saya tau?" Ashraf melihat ada dalam 14 orang pelancong yang sedang beratur menunggu tour guide mereka.

"Jadi, dipersilakan keluar dulu. Boleh? Disebabkan encik seorang, 15 pengunjung harus tunggu dalam keadaan panas ni tau?" Ashraf menjungkit kening.

"Seriusly 15 orang? Kenapa saya kira 14 orang? Awak silap kira eaa?" Rania memusingkan tubuhnya. Dia mengira para pengunjung. Rania menggigit bibir apabila hanya 14 orang sahaja pengunjung yang ada.

"Rania! Seorang pengunjung lagi tak dapat hadir! Emergency katanya!" Jerit rakan sekerja Rania. Rania menghela nafas perlahan.

Dah satu kerja pula nak cari nama orang tu. Kang nanti hilang susah pula.

"So, saya boleh masuk?" Rania menjeling. "No tak boleh. Encik harus ikut prinsip di sini. Kena daftar dulu."

"Miss? How long do we have to wait?" Tanya salah seorang pelancong.

"Rania! Kau pergi jee. Nanti aku masukkan nama Encik Ashraf ni. Nah ambil gelang tangan!" Mira melemparkan gelang tangan untuk memasuki ke dalam taman itu. Rania menyambut dan memberikan kepada Ashraf.

Ashraf mencebik. "Love.. anje rasa tangan anje tak berfungsi la hari ni.. Kalau love tolong pasangkan boleh?" Rania mengetap bibir.

"Jangan nak mengada ya Encik Ashraf.." Ashraf mencebik.

"Miss? Can we go now? You're waste our time right now." Ujar salah seorang dari pelancong. Rania berdecit.

"Give me a second." Rania tersenyum manis ke arah mereka namun mukanya terus masam mencuka apabila berhadapan dengan Ashraf.

"Bak tangan. Sebab Encik la saya lambat tau?"

Ashraf sengih dan menghulurkan tangan kanannya. Rania memasangkan gelang pada tangan kekar itu. Jari Rania sedikit tersentuh kulit lelaki itu.

"Love.. lembutnya jari. Nak gigit boleh?" Rania mendengus. "Ish mengada orang tua ni." Dia menepuk kuat tangan gatal yang cuba menyentuhnya lalu beredar dari situ.

Ashraf senyum lebar dan terus mengikuti langkah Rania.

Emir yang memandang dari jauh hanya menggelengkan kepala. "Dah lari dari tujuan asal dah kau ni Ash..Tapi bagus juga dia masuk ke sana. Boleh la dia anggarkan ekaran tanah.. Kena call uncle Ashrif ni.."

*:・゚✧*:・゚

"HATI-hati.." Ujar Ashraf lalu memegang tangan Rania. Rania sembunyi senyum. Ashraf menyisip jari jemari mereka bersama.

Mereka sedang memasuki area penghujung hutan. Agak bahaya untuk lalu disini kerana akar kayu sangat banyak diatas tanah. Kalau tersadung naya je. Para pengunjung berjalan bebas untuk melihat selok-belok taman ini.

"Ish apa awak ni pegang tangan saya. Lepaslah.." Rania menarik tangannya dari genggaman Ashraf namun Ashraf menggenggam lagi erat.

"No. Nanti love jatuh macam mana?" Rania menjulingkan mata. "Saya dah biasa lalui jalan ni. Tak pernah lagi saya ja---arkkk!" Hampir terjatuh Rania ketika ini. Nasib baik ada tangan kekar yang memeluk kemas pinggangnya.

Eh kejap. What?

Mereka bertentang mata antara satu sama lain. Jantung mereka mengepam lebih laju dari biasa. Mata Ashraf makin menurun kebawah atau lebih tepat dada Rania. Dia tersenyum senget.

"Wow. What a view." Bisiknya. Rania terus memandang kebawah. Terbeliak matanya apabila mendapati mata lelaki itu merenung tepat ke dadanya!

"Eiii pervert! Tak suka la!" Rania menolak kasar badan Ashraf. Ashraf ketawa terbahak-bahak. Rania hanye menjeling sahaja lelaki itu.

"Tak tahu pula makin besar dari sebelum ni.."

"Eee taknak la Ash! Dah la tu!" Ashraf gelak makin kuat. Tak dihairan dengan wajah gadis itu yang makin memerah menahan amarah.

"Ish!" Rania terus melangkah pergi. "Eh jap love. Alaa merajuk pula dia." Ashraf mengejar langkah Rania.

"Kenapa love tak reply mesej saya semalam?" Tanyanya sambil bermain dengan ranting pokok.

Rania menjungkit bahu. "Saya tak berminat nak reply mesej orang yang tak dikenali." Ashraf mencebik.

"Kan dah sah-sah saya tu? Siapa lagi yang panggil awak love kalau bukan saya?" Rania menjeling. Dia mengambil telefonnya dan menunjukkan kepada Ashraf. Sempat dia senyum senget.

"Nombor ni ke?"

~Anjenkk💀~

Terkejut Ashraf melihat nama yang disimpan oleh Rania. Dia tersebik. "Love.. sampai hati.. anje punyalah save name love cantik tau." Ashraf mengeluarkan telefonnya lalu membuka whatsapp.

Terkejut Rania apabila namanya di pin di whatsapp Ashraf.

~Love, kepunyaan Ash🤤👩🏻‍❤️‍💋‍👨🏼~

Rania menjeling. "Kenapa emoji macam tu?" Ashraf senyum gatal. "Sebab nampak seksi."

Rania berdecit namun dia tidak boleh menyembunyikan senyumannya.

"Girl! Show me the flora can you?" Rania mengangguk. "Alright. Wait. Awak pegang telefon saya jap."

Ashraf mengangguk dan menyambut huluran itu. Dia melihat Rania yang berlari-lari anak ke arah pelancong. Ashraf senyum senget. Dia membuka contacts Rania lalu menukarkan nama kenalannya.

~Anje ucuk asham milik Nia🫦~

"Saved."

TBC🤍
Haip biashee dia ni

Vote and comment❤️

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now