ASH||NIA - BAB 1💫

4.2K 240 21
                                    


KESIBUKAN jalan raya di pagi hari merunsingkan kepala Ashraf yang sedang berada didalam kereta Honda NSX 3.5 miliknya.

Ashraf menggaru kepalanya apabila lampu isyarat bertukar pantas dari hijau ke merah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ashraf menggaru kepalanya apabila lampu isyarat bertukar pantas dari hijau ke merah. Dia mengusutkan rambut. "Argh! Siapa yang jaga lampu isyarat ni?! Kau tahu tak aku dah lambat! Masakkk aku kalau daddy membebel. Ni semua salah Emir duk ajak aku lepak sampai 3 pagi semalam."

Tak patut betul. Bukan main dia nak masuk tidur pukul 9 semalam kerana daddynya kata ada projek besar keesokannya. Tapi tengok lah sekarang ni? Dia masih berada di atas jalan raya pada pukul 10.17 pagi. Mesyuarat bermula pukul 10 tadi.

Tak pasal-pasal kena dengar ceramah nanti. Tiada siapa dirumahnya pada hari ini. Mummy nya pergi ke Pusat Bantuan Masyarakat. Mummynya sangat sibuk menguruskan urusan membantu rakyat kerana dia adalah pengerusi disitu.

Ashraf menggigit bibir. Kaki sudah bergetar. Apatah lagi telefonnya selalu berdering dari tadi. Dia tahu bahawa Emir, kawannya merangkap teamwork nya yang menelefonnya. Pasti bapanya yang mengarah Emir melakukan itu.

"Ah redah je lah jalan emergency. Kalau kena saman suruh daddy bayar. Apa ada hal." Ashraf memakai kaca mata hitam dan terus memasuki lorong kecemasan. Hon tidak diendahkan. Aku dah lewat lah woi!

*:・゚✧*:・゚✧

PRANGGG!

Puan Reyna memejam mata erat apabila mendengar pinggan yang pecah itu. "Kau jangan nak bohong! Takkan lah kau takde sedikit pun simpanan dalam tabung?! Yang kau jual nasi lemak sampai licin setiap hari tu apa?! Kau nak menipu aku ke perempuan?!"

Encik Malik menarik rambut Puan Reyna. "Abang.. ssakkit.." Desis Puan Reyna yang telah menitiskan air mata.

"Lagi sakit hati aku bila isteri sendiri taknak tolong suami! Aku perlukan duit sekarang! Kalau tak, mesti ahlong cari aku pulak! Cepatlah perempuan!" Puan Reyna menangis dan menggeleng.

"Lepaskan mak aku lah jantan bodoh!" Rania menarik kasar bapanya sehingga bapanya terlanggar meja makan. Rania memeluk ibunya dan mata mencerlung ke arah bapanya.

Encik Malik tersengih sinis. "Kau bodohkan bapa kau? Nak jadi derhaka ke?"

Rania berdecit. "Aku takkan sesuka hati panggil orang bodoh melainkan itu kenyataan." Puan Reyna mengeluh melihat pertingkahan mulut dua beranak itu.

"Rania sayang.. tak baik cakap macam tu pada ayah tau? Meh peluk ayah. Lama dah Rania tak peluk ayah.." Encik Malik mendepakan tangan dengan senyuman manis.

Rania menggeleng lalu memeluk erat ibunya yang sedang menangis. "Aku takkan sesekali benarkan kau sentuh aku dengan tangan kotor kau tu! Aku jijik dengan sentuhan kau!"

Encik Malik berdecit dan menarik kasar tangan Rania. Rania bergelut. "Kau ni memang kurang ajar dari dulu sehingga sekarang! Bercakap dengan bapak pun kurang ajar! Apa nak jadi la kau ni?!"

Rania menyepak kaki bapanya. "Urgh! Sakit lah anak tak guna!"

"Kau lagi tak guna! Duk main judi dekat kampung hujung sana! Jangan ingat aku tak tahu aktiviti haram kau tu!"

"Dahlah Rania.. Jangan cakap macam tu dekat ayah.. Tak baik.." Puan Reyna menggosok tangan anak sulongnya. Dia tahu mengapa Rania begitu kasar padahal Rania seorang yang lemah lembut tika dulu.

Dia menjadi kasar kerana bapanya yang sering berkasar dengannya serta ibunya.

"Ayah? Sejak bila Nia ada ayah, mak? Kita hidup terkontang-kanting sebab dia. Dalam sebulan ni sebanyak 3 kali ahlong datang minta hutang. Dia yang buat kerja haram tapi kita pula yang kena tempiasnya."

Encik Malik ketawa sinis. "Kau patut bersyukur aku tak jual kau la Rania. Sebab ahlong tu cakap dia berkenan dengan kau berbanding Rafiqa.."

Rania mempunyai adik namun adiknya sedang melanjutkan pelajaran di universiti atas bantuan keluarga rakannya, Fikri.

"Aku tak kira. Aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni. Sekali lagi kau datang sini untuk minta duit, kau berdepan la dengan Inspektor Fikri lepas ni. Aku takkan teragak-agak beritahu dia pasal hal ni. Aku masih ada hati nurani lepaskan kau sebab aku masih anggap kau bapak aku. Tapi kalau sekali lagi aku nampak kau berkasar dengan mak aku, bersedialah duduk dalam lokap."

Encik Malik mengepal tangan. Dia tahu betapa rapatnya Rania dengan salah seorang inspektor dikawasan ini. Nak taknak dia kena mengalah juga apabila Rania telah mengugutnya.

Encik Malik meludah dan melanggar kasar bahu Rania. Rania berdecit perlahan. Dia terus menggosok perlahan bahu ibunya..

"Mak mohon Nia jangan beritahu Fikri tentang ni.. Kasihanilah ayah Nia tu.."

Rania melepaskan keluh. Ini juga salah satu masalahnya. Ibunya enggan memberi keizinan untuk memasukkan ayahnya ke dalam lokap walaupun bapanya sering kali memukul ibunya.

Rania memeluk ibunya. "Nia tak boleh janji yang tu. Tapi selagi dia tak melebihi had, Nia akan bersabar. Kalau dia sudah melebih, mak faham-faham lah ya?"

Puan Reyna mengangguk dan membalas pelukan anaknya. Betapa hibanya perasaan dia apabila suaminya berubah sekelip mata hanya kerana duit semata-mata.

TBC🤍
Bapa durjana 😌

Vote and comment❤️

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now