ASH||NIA - BAB 17💫

2.7K 137 11
                                    



FIKRI tersenyum lebar apabila ternampak Rafiqa yang berada di airport. Rafiqa menjulingkan mata melihat senyuman Fikri ke arahnya.

Rafiqa pulang ke kampungnya kerana Rania telah memberitahu bahawa Rania ingin melangsungkan perkahwinan. Puan Reyna juga telah dikhabarkan hal itu.

"Ambil beg aku ni. Berat." Fikri senyum dan ambil beg Rafiqa. Rafiqa mengibaskan badannya.

"Kenapa panas sangat? Kau tak beritahu aku pun sekarang cuaca panas tahap gaban." Fikri mendengus. Dia rapat dengan Rafiqa cuma mereka pasti akan jadi anjing dan kucing jika bertemu.

"Kalau aku beritahu, kau tak nak balik la tengok akak kau kahwin? Apa punya adik la.." Rafiqa menjeling.

"Mestilah aku balik. Cuma, kalau kau beritahu sekarang cuaca panas, dah lama aku berdoa supaya diturunkan hujan tau. Mana tahu doa aku dikabulkan."

Fikri tergelak perlahan. Dia memasukkan bagasi Rafiqa di dalam bonet kereta. "Kalau macam tu kau nyanyi je Fiqa. Konfirm sekarang juga hujan." Fikri terus menonong masuk ke seat pemandu.

"Kurang ajar kau! Suara aku best lah!" Terjerit Rafiqa dibuatnya. Dia menghentak kaki lalu memasuki kereta di seat penumpang.

BAMMM! Rafiqa menghempas kuat pintu kereta Fikri.

"Bodo la dia ni! Rosak la pintu kereta aku nanti!" Teriak Fikri.

*:・゚✧*:・゚✧

"RANIA .. ada cerita tak pada kau?" Rafiqa yang memandang luar tingkap terus mengalih pandangan ke arah Fikri yang sedang memandu. "Pasal apa? Akak cuma tanya khabar aku je. Tak ada pulak dia cerita apa-apa pada aku.."

Fikri mengangguk. Dia dah agak bahawa Rania pasti menyembunyikan hal bapanya kepada Rafiqa. Sudah lama Rafiqa tidak pulang.. Jadi, dia tidak tahu tentang bapanya yang sering memukul ibu dan kakaknya. Lagi pula, bapanya pandai berlakon dihadapan Rafiqa. Dia akan menjadi bapa yang penyayang dihadapan anak itu.

"Asal kau tanya macam tu? Ada apa-apa terjadi ke waktu aku dekat U?" Fikri senyum kelat dan menggeleng. Adalah sebaiknya jika Rania sendiri yang menceritakan hal itu. Dia tidak mahu dilabel sebagai penyibuk hal orang..

Rafiqa berdecit. "Beritahu la aku. Aku benci betul la kalau orang berahsia macam ni." Fikri menggaru telinga. Apa nak jawab ni? Sudahlah Rafiqa garang seperti singa. Antara Rafiqa dan Rania, Rafiqa lebih garang manakala Rania ada lembutnya juga.

"Rania.. dia..err dia..." Rafiqa menjulingkan matanya.

PAKKK!

Dia memukul kuat kepala Fikri. "Sakitlah Fiqa!!" Teriak Fikri lalu mengusap kepalanya.

Rafiqa menjeling. "Kau lembab sangat apahal? Susah sangat nak bercakap. Padan muka kau. Biar bergegar otak kau. Cepat sikit berfikirnya tu."

Fikri cemberut. Rafiqa menghela nafas. "Cepatlah Fik. Aku nak tahu juga kalau ia melibatkan kakak aku."

Fikri mengemam bibir. "Rania.. dia kahwin dengan ex dia.." Terkejut Rafiqa dibuatnya.

"WHAT?!!! SI CURANG TAK GUNA TU?!! AKU TAK RESTU!" Fikri mengusap telinganya. "Kau restu ke tak restu ke, kakak kau tetap juga akan berkahwin esok. Tak payah nak drama sangat.."

Rafiqa mendengus. "Aku benci jantan tu. Dia lah penyebab akak aku menangis 24 jam tau? Akak aku pun lembab. Taknak beritahu tentang ni pada mak ayah aku. Aib katanya. Pale hotak dia." Rafiqa lah yang menjadi peneman apabila Rania memerlukan sokongan.

Dia masih ingat betapa hancurnya hati Rania ketika itu. Kerana itulah Rafiqa membenci semua lelaki. Dia tidak mahu bertemu lelaki seperti Ashraf. Baginya cinta dan lelaki itu menyusahkan dirinya.

"Lek ah. Salah faham je tu.. Aku kenal Ashraf tu macam mana. Dia bukan kaki perempuan.. Mesti dia ada sebab tersendiri." Rafiqa mendengus dan menyandar kasar badannya di seat penumpang. Malas nak melayan si Fikri gamaknya.

*:・゚✧*:・゚✧

"AKAK!! MAK!!! FIQA DAH BALIKK!!!" Terkejut Rania dan Puan Reyna dibuatnya apabila terdengar jeritan itu. Rania senyum dan terus berlari ke arah adiknya.

"Fiqa!" Rania memeluk erat adiknya. Betapa dia rindu akan adiknya ini. Rafiqa membalas pelukan dan menggoyangkan badan mereka berdua.

Puan Reyna tersenyum dan terus memeluk kedua-dua anak daranya itu. Sekarang ke semua dara. Esok salah seorang dah bukan dara hakhak.

"Rindunyaaa korangggg!" Gumam Rafiqa dalam pelukan.

"Choiii! Aku yang kena angkut semua barang kau! Berat macam gajah."

Mereka bertiga melepaskan pelukan dan memandang Fikri yang sedang membetulkan uratnya. Tergelak mereka dengan perilaku Fikri.

"Cehh. Kata inspektor. Takkan angkat sikit dah mengah?" Ejek Rafiqa dengan riak mengejek.

Fikri menjeling. "Aku inspektor. Bukannya ahli angkat berat. Tugas aku adalah menangkap penjahat dan menembak diorang. Jadi, izinkan aku tangkap diri kau dan menembak hati kau Fiqa?" Tanya Fikri lalu mengerdipkan mata berulang kali.

Puan Reyna hanya menggeleng manakala Rania tergelak perlahan. Rafiqa sudah tercengang. Wadefish?

"Cliche gila ayat kau Fik. Ni kalau kau ngorat orang lain pun tak lepas tau?" Fikri memuncung. Cehh. Asyik reject aku je..

Rafiqa mengerling rumahnya. "Ayah mana?"

Jeda.

Mati senyuman mereka bertiga apabila mendengarkan soalan itu.

TBC🤍

Ayah awak dah mampus kut

Vote and comment❤️

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now