ASH||NIA - BAB 15💫

2.7K 186 14
                                    



RANIA pandang Ashraf tidak berkedip apabila Ashraf menyerahkan duit sebanyak RM30K kepadanya. Bukan itu yang membuatkan Rania terkejut namun wajah Ashraf sekarang membuatkan Rania risau.

Dia mara kehadapan dan menyentuh lembut pipi Ashraf. Ashraf ingin mengelak namun Rania menekup kedua pipinya. "Kenapa dengan muka awak ni Ash? Kenapa lebam?"

Ashraf senyum paksa. Dia melepaskan pegangan Rania di mukanya. "Awak gaduh dengan siapa ni? Ada kaitan dengan duit saya ke?" Mata Rania sudah berkaca. Kerana diakah?

Ashraf senyum tipis. "Tak.. saya bergaduh dengan Emir 2 hari lepas. Tak ada apa lah. Sikit je ni.. Ni, jom saya teman awak bayar duit ni pada ahlong."

Rania menolak muka Ashraf. "Aw! Sakitlah love.." Rania menjeling.

"Awak tipu kan? Siapa yang lempang awak ni?! Berani je main lempang orang." Rania menyising lengan bajunya. Ashraf senyum lucu melihat muka kemerahan Rania dan cara Rania mencekak pinggang.

Atototototo kiyowoooo.

"Siapa dia? Siapa yang berani sentuh awak ni? Meh la lawan dengan saya!!" Ashraf terkekeh ketawa.

"Bakal bapa mertua awak." Terus Rania menurunkan lengan bajunya yang disinsing. Dia berdehem.

"Kalau macam tu tak apa lah..." Ashraf ketawa kuat melihat reaksi tiba-tiba Rania itu. Sungguh mencuit hati baginya.

"Eh kejap.. Kenapa daddy pukul awak?" Ashraf terkulat-kulat. Kalau dia beritahu pasti Rania akan berasa bersalah.

"Saya rosakkan kereta daddy semalam. Tak pasal hancur bateri kereta dia saya buat race." Dia mengerling ke arah Rania yang masih ternganga.

Comel la pulak muka dia blur macam tu.

Rania mengangguk. "Ooo faham. Baguslah awak kena pukul. Saya sokong daddy awk." Ashraf menjeling.

"Love.. don't start it." Rania tergelak perlahan.

"Dah. Saya rasa sampai masa dia dah ni." Kata Ashraf yang mengerling jam tangannya.

"Saya pergi dulu."

"Eh kejap." Rania memegang kejap lengan Ashraf.

Ashraf menjungkitkan kening. "Saya nak ikut.. Saya taknak lepas tangan. Yang ni masalah saya, saya taknak awak harungi seorang diri.. Sudahlah awak bayarkan hutang saya, lepas tu awak pergi sorang pula. Saya taknak la macam tu."

Ashraf melepaskan keluhan. "Ok baik. Tapi berdiri belakang saya je. Saya cemburu kalau diorang nampak muka cantik awak."

Rania memukul lembut tangan Ashraf. "Ish gedik.."

Ashraf ketawa terbahak-bahak.

*:・゚✧*:・゚✧

AHLONG tersenyum melihat Ashraf dan Rania berdiri tegak dihadapannya. Yang sebenarnya hanya Ashraf yang berdiri dihadapannya kerana Rania menyembunyikan diri dibelakang Ashraf. Rania memegang kemas baju Ashraf.

Ashraf melemparkan satu beg duit keatas meja. Mukanya hanya mendatar tanpa reaksi. Amat berbeza reaksinya apabila berhadapan dengan Rania.

"Buka. Cek semua. Aku taknak ada urusan lagi dengan kau. Dan satu lagi, kalau lelaki tua jahannam tu ada hutang dengan kau, kau minta dengan dia. Kalau kau minta dengan Rania atau maknya, aku boleh cincang kau sampai mati."

Ahlong senyum mengejek. "Bagus aa ini anak muda sangat berani. I tabik lu la boy.." Ahlong mengintai belakang Ashraf namun Ashraf menghalangnya agar ahlong tidak dapat melihat Rania.

"Girl? Haiyaa jangan takut-takut ma.. kami tak makan you pun. Ini budak lelaki dah settlekan duit you. You jangan menyorok la. Mari tunjukkan muka cantik you pada kami.."

Ashraf menggenggam erat kedua tangan Rania yang sedang memeluknya dari belakang.

"Sorry aa. Dia aku punya. Tiada sesiapa yang boleh tengok muka dia selain aku. Wajahnya hanya untuk tatapan aku sahaja."

Ahlong tersengih. "Aihh. Kedekut punya olang.." Ahlong memberi isyarat kepada anak buahnya.

"Ash!" Anak buahnya menarik Rania dari pelukan Ash.

"FUCK! KAU NAK BUAT APA DENGAN BINI AKU?!"

Ahlong ketawa. "Wahh sudah naik pangkat jadi bini? Sebelum dia jadi bini lu, bagi la kami sentuh dulu.. Tak perlu kedekut la.."

"Ash!" Rania bergelut. Dia menangis apabila dua lelaki memegang erat tangannya.

"CELAKA!" Ashraf maju menumbuk muka ahlong. Anak-anak buahnya memukul Ashraf beramai-ramai.

Rania masih bergelut untuk melepaskan diri.

Ashraf ditumbuk bertubi-tubi namun dia pandai mengelak dan memukul kesemua anak buah ahlong.

Ahlong maju dan menumbuk rahang Ashraf. Terteleng Ashraf dibuatnya. Bibirnya sudah luka dan mengeluarkan darah.

"ASH!!!! BODOH LA KORANG PUKUL LAKI AKU! DASAR JANTAN TAK BERTELOR! STUPID!" Terkejut mereka yang berada disitu apabila dijerkah sebegitu oleh Rania.

Ashraf juga terkejut dengan kata-kata Rania.. Kenapa.. hot sangat ni?

Rania menyepak kedua kelangkang lelaki yang memegangnya. Seterusnya dia menghempuk kedua kepala mereka. "SESUAI! BUANG JE OTAK DENGAN TELOR TU. TAKDE GUNA UNTUK JANTAN HAPRAK MACAM KORANG!"

Rania terus meluru menghampiri ahlong. "Eh botak tak guna! Kau pukul laki aku ke tadi? Dasar bodoh!" Rania ingin mara namun Ashraf memeluknya dari depan.

Rania masih berdegil. Kakinya masih bergerak kehadapan. "Lepas lah Ash! Saya nak tumbuk rahang dia biar tercabut ke semua gigi palsu dia tu! Dasar lelaki celaka sentuh laki aku! Kau tak layak hidup la!" Ashraf terus mengangkat Rania dan berlalu pergi dari situ.

Rania menggerakkan kakinya yang sudah diawang-awangan. "Stupid! Tak payah jadi manusia la kalau muka pun macam pondan! Harap badan je tegap! Nampak sangat badan fake! Tak guna tak guna! Dasar gay!"

Ahlong dan anak buahnya tercengang. "Itu girl sangat garang lo. Lagi garang dari bini aku. Sudahlah jangan cari pasal dengan dia. Mulut dia boleh tahan punya laser oo."

TBC🤍

Vote and comment❤️

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now