"AW sakit love.." Rania menggigit bibir. "Sorry-sorry. Saya buat slow.."Rania sedang menekup pipi Ashraf dengan ais batu. Mukanya tersangat lebam kerana tumbukan padu tadi. Ashraf hanya perhatikan sahaja dahi berkerut Rania. Rania hanya fokus menekup pipi Ashraf. Dia langsung tidak perasan akan mata Ashraf yang merenungnya tanpa berkelip.
"Love.. kenapa garang sangat tadi? Terkejut saya.." Rania terus mengalih pandangan ke mata Ashraf. Gulp. Baru perasan wajah mereka sangat rapat ketika ini.
Rania menjauhkan sedikit mukanya. "Err saya minta maaf la.. Saya terkejut sangat tadi tengok dia pukul awak.. Sebab tu kemarahan saya tercetus.. sorry.."
Ashraf senyum lebar. "Tak ada apa lah. Cuma saya terkejut je tadi.. Tak pernah lagi saya nampak awak mencarut macam tu. Saya fikirkan awak kena rasuk tadi."
Rania senyum janggal. Malu la pulak jadi garang depan orang yang dia sayang ni..
"Hehee saya memang macam tu lah. Kalau awak nak tahu, haritu kan saya ada maki orang awam.. Saya marah sebab diorang perhati je masa ada seorang aunty ni hampir kena ragut. Ada ke patut diorang tengok je aunty tu kena ragut. Apa diorang fikir tu filem ke? Rasa nak tumbuk je diorang waktu tu.."
Ashraf senyum lebar. Ahh tak dihairankan dah pipi yang membengkak. Sakit pun sakit lah! Asalkan dia dapat senyum dengan celoteh gadis ini.
"Lepas tu ada pemandu dia sampai. Ya Allah lambat giler wak dia sampai. Saya rasa nak sepak je bontot dia.. Kalau majikan dia hampir kena ragut macam mana? Lepas tu...."
Ashraf berkerut sedikit mendengar kisah itu. Macam pernah dengar tapi di mana eh? Hmm suka hati lah. Asalkan dapat tengok cara Rania bercerita. Comel pula mulut kecil itu memuncung bercerita.
Ditongkatkan tangannya sambil mata fokus memandang Rania.
Comel nye love...
*:・゚✧*:・゚✧
ENCIK Ashrif mengeluh. "Apa lagi ni Ash? Ash ada hutang dengan siapa pulak kali ni sehingga kami kena berkumpul untuk Ash? Tu muka masih ada kesan lebam. Tak puas lagi ke bergaduh dengan ahlong?"
Encik Ashrif memicit batang hidung. Pening dengan anak tunggal yang satu ini. Asyik buat hal sahaja kebelakangan ini. Sakit kepala nak melayan!
Puan Afina menjeling suaminya. "Apa you ingat anak i ni miskin sangat ke sehinggakan asyik nak pinjam ahlong setiap masa?" Encik Ashrif redha sahaja menerima jelingan isterinya.
Ashraf senyum sedikit. "Ash nak kahwin."
Terbeliak mata dua orang tua itu. "What?!" Terkejut Ashraf mendengarkan suara bapanya yang agak bergema.
"Betul ke Ash? Dengan siapa tu? Mummy kenal tak? Comel macam mummy takk? Eiii cepatlah bawa mummy jumpa diaaa. Yeayy mummy ada geng!" Puan Afina menepuk tangan keriangan. Yippie ada geng gosip!
Ashraf tersengih melihat keriangan ibunya.
"Dengan Rania my.. Orang yang Ash nakkan selama ni.." Sekali lagi Puan Afina terkejut.
"Ash dah dapat mengorat dia balik ke? Hebatnya anak mummy!" Puan Afina memeluk erat badan anak tunggalnya. Digoyangkan kiri kanan. Betapa gembiranya dia apabila anaknya bertemu gadis yang dicintai. Tak perlu la dia aturkan blind date huhu.
Ashraf membalas pelukan dan mengangguk perlahan.
"Macam tak masuk akal. Minggu lepas minta 30K untuk bayar hutang ahlong. Minggu ni pula tiba-tiba nak kahwin. Kau jangan cakap kau beli perempuan Ash?"
"You!" Jerit Puan Afina.
"Daddy! Ash tak pernah langsung terfikir sampai macam tu. Ash tak pernah anggap perempuan tu barang!" Encik Ashrif mendengus dan bangun dari sofa.
"Sekarang perempuan hanya inginkan duit. Kau bagi je duit pada dia, sekelip mata dia sanggup hidup dengan kau. Tak dihairan dah lelaki tu dapat duit tu dari mana. Aku takkan terima menantu yang gila harta. Mak bapak dia kerja apa?"
Puan Afina menggosok lengan anaknya. Ashraf menyimpan keluh.
"Mak dia kerja penjual nasi lemak.. Bapa dia pula.. t..tak bekerja.." Agak susah untuk beritahu hal ini kerana bapa Rania melakukan kerja haram. Takkan dia nak buka aib menceritakan hal itu?
"Aku dah agak! Ash! Carilah perempuan yang sama taraf dengan kita! Perempuan macam tu hanya inginkan duit kau! Dia nak menumpang kekayaan kau!"
"Daddy! Rania tak pernah minta duit pada Ash. Dia langsung tak kisah pasal tu. Dia kenal Ash waktu Ash kerja arkitek pangkat rendah lagi. Dia kenal Ash waktu Ash berumur 24 tahun. Waktu tu zaman kejatuhan Ash. Dia cintakan Ash dengan ikhlas dy!"
Hampir ternaik suaranya apabila bapanya merendahkan martabat gadis kesayangannya.
Encik Ashrif berdecit. "Dia kenal kau masa umur 24 tahun. Lepas tu dia tinggalkan kau? Sebab apa? Sebab kau miskin masa tu. Sekarang kau dah kaya, dia datang pula pada kau? Macam tu? Kesetiaan apa tu?"
Ashraf menggeleng. "Rania tak pernah datang pada Ash tapi Ash yang terkejarkan kan dia! Ash yang rebut semula cinta dia. Dan untuk pengetahuan daddy, Rania tak tahu pangkat Ash dalam dunia arkitek sekarang. Dia hanya anggap Ash arkitek pangkat rendah buat masa ni. Ash tak beritahu tentang tu.."
Puan Afina sayu melihat anaknya. Betapa sayangnya anaknya kepada gadis itu.
Encik Ashrif mengeluh. "Cari perempuan lain yang sama taraf. Dia tak sesuai dengan keluarga kita."
Encik Ashrif ingin berlalu.
"Kalau daddy nak samakan taraf macam tu, Ash akan berhenti kerja dan akan kerja arkitek bawahan dengan syarikat lain. Barulah sama taraf dengan Rania kan?"
Encik Ashrif berhenti melangkah dan berpaling ke arah anaknya.
"ASHRAF MIKAEL! YOU'RE TOO MUCH! Takkan lah sebab prempuan, kau nak rendahkan martabat kau?! Kau nak rendahkan diri kau semata-mata sebab perempuan?!"
Ashraf memejam mata kejap. "Kalau daddy rendahkan martabat Rania, Ash pun akan rendahkan martabat Ash. Dalam hati Ash hanya ada Rania. Ash takkan lepaskan dia sampai bila-bila. Kalau daddy tak restu, Ash akan kahwin lari dengan dia."
"ASH!"
"No Ash.. Jangan.." Rintih hati Puan Afina."Mummy izinkan Ash kahwin dengan Rania tapi mummy mohon Ash jangan kahwin lari.. Mummy restu je Ash asalkan Ash bahagia.." Pujuk Puan Afina sambil mengusap belakang badan anaknya.
Encik Ashrif bernafas laju. Dia memandang tajam ke arah anaknya. "Kau dah melampau Ash."
Ashraf melawan panahan mata itu. "Daddy pun melampau. Ash nak yang terbaik untuk diri Ash. Ash tahu siapa yang boleh bahagiakan diri Ash. Daddy tak tahu hal itu kerana dalam fikiran daddy hanya bisnes 100%. Daddy hanya fikir pangkat dan taraf. Sedangkan Ash hanya fikir tentang percintaan yang tulus. Fight me dad. I will fight for my love."
Encik Ashrif mengetap bibir. Ashraf hanya memandangnya dengan berani.
Maaf Daddy. Ash tunggu Rania bertahun-tahun. Ash takkan lepaskan peluang ni..
TBC🤍
🥹🥹Vote and comment❤️
YOU ARE READING
ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]
RomancePertemuan mereka setelah 3 tahun tidak bertemu membuatkan cinta Ashraf kepada Rania semakin mekar. "Yes Encik.." -Rania Mikayla "Ashraf. Or you can call me bie,baby, sayang,love,abang, or anje." - Ashraf Mikael "Kalau anjenk boleh?" -Rania Mikayla P...